Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Daging Goreng Kunyit Kelantan



Sekarang ini banyak organisasi yang tidak lagi menyediakan kemudahan perubatan pada kakitangan selepas bersara. Saya bernasib baik kerana jabatan saya bekerja menyediakan kemudahan perubatan untuk kakitangan yang telah berada dalam perkhidmatan pada tahun tertentu. Bukan sahaja untuk kakitangan tapi juga untuk pasangan. 

Zaman sekarang, kos perubatan sangat lah tinggi terutama di hospital swasta. Hospital kerajaan masih mengenakan kos yang rendah tetapi masa menunggu adalah lama. Jadi kalau kita perlukan rawatan yang segera, perlu lah juga mendapat rawatan di hospital swasta.

Jadi amatlah penting untuk mereka yang tiada kemudahan perubatan untuk membeli insurans perubatan bagi famili kerana kos yang memang agak tinggi dan membebankan. Kena mula memperuntukkan sebahagian peratusan gaji untuk tujuan ini kerana kita tidak tahu bila kita perlukannya. 

Jika ada yang berminat untuk mendapatkan insurans Prudential takaful, boleh hubungi saya. Insya Allah kita akan menghubungi dengan secepat mungkin. Atau jika ada yang berminat untuk menjadi agen takaful juga, dialu alukan. OK sekarang kita akan masuk pula bab resipi.


Lauk ini adalah lauk mudah tapi kalau tak kena gaya, tak jadi seperti mana daging goreng kunyit yang biasa disediakan di Kelantan. Kalau terlebih daging, akan jadi sedikit keras. Saya sendiri banyak kali belajar dan banyak kali mencuba untuk menyediakannya seperti mana lauk di Kelantan. 

Untuk lauk ini sedap, kita harus menggunakan cili hijau solok tapi sebab di sini susah untuk mendapatkannya, jadi saya gunalah apa apa cili hidup yang ada. Tapi kalau guna lada solok, memang rasanya lain. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Daging Goreng Kunyit Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ kg daging
Garam
Serbuk kunyit
Sedikit gula
Perasa aji no moto
Minyak masak

Bahan hiris:
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
1 biji cili hijau

Cara cara:
Gaul rata daging dengan garam dan serbuk kunyit. Masukkan dalam kuali dan air secukupnya. Masukkan sedikit gula. Rebus sehingga daging empuk dan air hampir kering.


Setelah air hampir kering, masukkan minyak masak. kacau sehingga terbit minyak.

Masukkan bahan hiris dan aji no moto. Kacau rata. Bolehlah diangkat dan dihidangkan panas panas.



Catat Ulasan for "Daging Goreng Kunyit Kelantan"