Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kacang Bendi Goreng Telur dan Ikan Bilis Dan Tips Tak Berlendir



Kadang kadang ada perkara yang tidak ada kena mengena dengan kita tapi berlaku di sekeliling kita, akan menyebabkan kita kusut dan pening kepala. Terutama bab penyalahgunaan kuasa, bab rasuah, bab fitnah menfitnah dsb. Semua ini tidak boleh untuk kita berbuat apa apa kerana kita bukan pihak berkuasa. 

Apa yang boleh kita buat ialah melapor pada pihak berkuasa walaupun kadang kala laporan kita tidak diambil apa apa tindakan susulan. Jika melibatkan orang politik, gunakan kuasa kita untuk menolak mereka dalam pilihanraya akan datang. Sepatutnya pilih pemimpin yang bersih. Kalau ada terpalit rasuah atau seumpamanya, terus tolak. Tapi unik sedikit di Malaysia ni, pemimpin yang ada dibiacara kes rasuah juga boleh menang, alasan yang semuanya adalah fitnah yang direka untuk membunuh karier politik.

Inilah dunia akhir zaman yang disebut Rasulullah dulu yang mana penuh dengan fitnah sehingga kita sukar untuk tahu yang mana hitam dan yang mana putih. Dari zaman Nabi telah lebih 1400 tahun, tandanya kiamat atau akhir zaman semakin hampir. 

Bagaimana kita dengan mudah untuk membezakan racun dan susu, syurga dan neraka yang difitnahkan oleh dajjal di akhir zaman, kalau kita sekarang pun sukar membezakan yang mana pemimpin bercakap benar dan yang mana berbohong. Apa yang perlu kita lakukan ialah perkuatkan iman dan kefahaman tentang agama agar kita diberikan petunjuk untuk menilai kebenaran. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 


Saya memang suka kacang bendi. Lauk sayuran ini memang tidak pernah saya makan ketika kecil. Maksud saya bendi yang digoreng. Dulu dulu kacang bendi akan dicelur dan dicicah dengan budu sahaja. Atau dimasukkan sebiji sebiji ke dalam singgang ikan. 

Jadi dulu saya tak tahu bab bendi berlendir bila disiang atau dipotong. Tips untuk memotong bendi ialah selepas dibasuh, bendi ditos atau di lap kering. Kita potong sejurus sebelum dimasak. Jangan potong dan biarkan dulu. Potong menggunakan pisau kering dan papan pemotong kering. 

Setelah dimasukkan bendi, besarkan api dan kacau rata. Haa gitu, jadi bendinya tidak cepat berlendir dan lebih sedap dimakan. Di rumah ini memang ramai juga penggemar kacang bendi. Selain saya, Juita pun suka makan kacang bendi. Kalau masak kacang bendi goreng, memang akan licin. Tak membazir. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Kacang Bendi Goreng Telur dan Ikan Bilis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 biji kacang bendi
Segenggam ikan bilis - goreng garing
4 ulas bawang putih - tumbuk kasar
2 biji telur
Garam, gula, perasa
Minyak masak

Cara cara:
Basuh kacang bendi, tos kering dan hiris nipis. Hiris sebelum nak dimasukkan ke dalam kuali.



Goreng ikan bilis garing. Angkat.

Tumis pulak bawang putih tumbuk. Masukkan 2 telur. Separuh masak kacau. Kacau rata.


Masukkan bendi yang dihiris nipis. Masukkan garam, gula dan perasa, ikut yang disukai.

Tutup api. Masukkan ikan bilis goreng. Kacau rata.




Catat Ulasan for "Kacang Bendi Goreng Telur dan Ikan Bilis Dan Tips Tak Berlendir"