Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sandwich Sardin Mudah dan Sedap



Sebelum itu, jangan lupa klik follow blog saya dan klik iklan yang keluar juga tau. Terima kasih atas sokongan anda. Saya pasti ramai antara kita sekarang sedang terbeban berikutan kenaikan kos sara hidup. Dalam keadaan harga barang makanan yang tinggi, subsidi elektrik bagi isi rumah yang menggunakan elektrik yang tinggi juga dimansuhkan. Adui bertimpa timpa bagi kami dalam keadaan sekarang. 

Sebenarnya tidak semua golongan dalam T20 yang kaya raya. Ini adalah kerana kategori T20 yang terlalu besar jurang perbezaan pendapatan isi rumah dari RM10,000.00 sehingga paling atas yang mungkin beratus ribu sebulan. Pendapatan isi rumah RM20 ribu sekali pun di bandar, jauh lagi untuk dikatakan hidup senang bila segala galanya tinggi. 

Dalam kes subsidi elektrik, contoh yang Perdana Menteri beri masa press conference adalah rumah yang penggunaan kipas dan 4 aircond harus membayar kos sebenar penggunaan elektrik dan tidak lagi menerima subsidi. 

Kalau dah anak ramai, pastinya penggunaan elektrik juga banyak.Penggunaan aircond juga menyebabkan bil elektrik yang tinggi setiap bulan. Zaman sekarang cuaca sangat panas sehingga berada dalam kipas pun boleh mengalir bercucuran peluh seperti berada di tengah bendang. 

Macam rumah saya, memang saya sangat berjimat dan mengelakkan pembaziran. Sayalah yang akan menutup lampu yang tidak ditutup atau lampu yang tidak perlu dibuka. Saya yang akan menutup suis elektrik charger handphone dsb. Cuma saya tidak berkira bab air cond. Itu pun anak anak hanya buka air cond waktu malam sahaja kerana siang mereka bekerja. 

Saya amat berharap agar kerajaan mengambil langkah yang serious untuk menangani masalah kenaikan kos sara hidup. Berikan hidup yang selesa pada rakyat. Bukan review bermacam macam polisi sedia ada yang menambah kesusahan rakyat seperti subsidi penggunaan elektrik. 



Saya memang penggemar tegar sardin. Apa apa jer yang dibuat dengan sardin, saya memang suka. Antaranya karipap sardin, sandwich sardin atau roti sardin dll. Kalau sandwich sardin ni, hampir habis satu buku roti juga saya meratah sedikit demi sedikit.   

Dulu zaman sekolah, kumpul duit untuk beli sardin dan roti. Kalau dapat buat sandwich sardin, memang seronok sangat kerana sardin zaman itu sangat mahal. Maklumlah ikan segar di kampung saya sangat murah ketika itu. Beli RM1-2 dah dapat selonggok besar ikan yang dijual dengan dicucuk di mata ikan pada dawai. Hahaha tiada plastik macam sekarang.
 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.....


Sandwich Sardin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 tin sardin cap ayam - saiz sederhana
½ biji bawang besar - potong dadu
1 biji cili merah - dadu
Sedikit garam
Sedikit perahan air limau nipis

Bahan lain:
6-8 keping roti putih
Daun salad
Timun - hiris nipis
Mentega/majerin planta

Cara cara:
Masukkan sardin ke dalam mangkuk. Gunakan sedikit sahaja sos sardin. Kacau dan lenyek.

Masukkan bawang, cili, garam dan perahan air limau nipis. Kacau rata dan siap.

Sapu mentega pada roti. Susun salad dan letak sardin atas salad. 


Susun timun. Lapik sekeping lagi roti di bahagian atas.


Potong 4 dengan pisau roti yang tajam. Nota: Jangan ditekan roti bagi mengelakkan ianya menjadi kemek.


Sedia untuk dinikmati.




Catat Ulasan for "Sandwich Sardin Mudah dan Sedap"