Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Ikan Bilis



Kalau kita melihat sekeliling kita, akan rasa takut melihat banyak ujian dan fitnah akhir zaman ini. Artis artis dan founder berpakaian seksi mendapat pujian dan diikuti oleh ramai orang. Kadang kadang kita tak terfikir macam mana zaman sekarang ini, di negara kita ada mereka yang berpakaian yang teramat seksi di khalayak ramai. 

Akhir zaman juga ramai orang muda yang mati secara mengejut. Kadang kadang bila dengar berita kematian, kita akan tertanya tanya sakit apa. Walhalnya sakit bukan syarat untuk mati. Tua juga bukan syarat untuk mati. 

Kita yang masih hidup ini hendaklah mendekatkan diri dengan Allah, hendaklah berusaha menggapai cinta Allah. Bukan sebaliknya. Ini ada yang umur dah lebih 60 tahun, tiada amalan lain selain solat 5 waktu sahaja. Tiada majlis ilmu, tiada mengaji, tiada sedekah, tiada berzikir atau wirid selepas solat dan tidak pandai membaca doa pun dalam bahasa Arab atau doa dari Al Quran langsung. Sedang kubur setiap hari memanggil manggil dan rumah menghalau pergi. 

Setiap hari kita kena berusaha perbaiki diri supaya ianya menjadi lebih baik dari sebelumnya. Mudah mudahan kita semua menjadi seorang mukmin yang sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan sentiasa istiqomah pada jalanNya. Aamiin. 



Dulu dulu kalau buat sambal tumis, seingat saya tidak pernah saya menggoreng dulu ikan bilis, tapi bila dah berkerja dan berkawan dengan rakan rakan yang datang dari segenap pelusuk negeri, macam macam lah versi sambal ikan bilis yang saya pelajari. 

Sambal ikan bilis yang tak digoreng seperti ini sedap dimakan cicah lempeng atau dicicah dengan roti putih. Arwah Bonda mertua saya pun selalu juga menyediakan sambal tumis seperti ini. 

Semua bahan dilebur semua sekali ke dalam minyak dan dibiarkan sehingga kering dan terbit minyak, baru ditutup api. Sedap dan ada kelainan dari sambal tumis biasa.  

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....


Sambal Ikan Bilis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 genggam ikan bilis
Garam secukupnya
1-2 keping asam keping
½ sudu besar gula
Sedikit serbuk perasa
Minyak masak

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kering kisar

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. 

Setelah terbit minyak, masukkan garam, asam keping dan gula secukupnya. Masak sehingga terbit minyak.  

Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang dibasuh dan direndam dengan air panas seketika. Jika terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air ke dalam sambal dan masak sehingga pekat dan terbit minyak. Tutup api.



Catat Ulasan for "Sambal Ikan Bilis "