Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap
Assalamualaikum apa khabar semua. Harap anda semua sihat sihat sahaja. Sejak beberapa hari ini, mendapat khabaran rakan rakan yang tidak sihat, yang disahkan mengidap kanser, ada pulak bekas rakan sekerja yang masih muda yang telah meninggal dunia. Apa pun yang menimpa adalah takdir yang perlu kita redha.
Apa aktiviti anda di hari minggu ini. Saya seperti biasalah berada di rumah. Memasak dan bermain dengan cucu sahaja. Saya ternampak di Instagram tentang tempat makan viral di Daerah Sri Petaling. Maaf kerana saya memang tak percaya dan tak terpengaruh dengan tempat makan yang diviral oleh mereka yang memang membuat content di socia media ni. Saya percaya kepada tempat makan biasa dikunjungi dan memang sedap walaupun tak viral.
Jadi berbalik pada posting itu, saya ternampak mee hoon di jual. Masya Allah banyaknya untuk satu portion sampai 2 senduk. setengah diletakkan. Saya tak pasti kalau itu, memang portionnya atau kerana ada yang merekod, maka dibuat portion begitu besar memang lah bagus sebab banyak tapi macam tak logik untuk satu bungkus sebegitu banyak.
Biarlah berpada pada, sangat sedikit dan jangan berlebihan kerana berniaga ni perlu juga pada keuntungan. Kalau dah saiz macam tu diletakkan harga RM2.00, berapa lah keuntungannya. Maaf itu pendapat saya lah.Biar sederhana dan berpatutan. Saya tak melihat portion yang besar tapi yang sedap dan merasa bila membeli makanan.
Nampak mee hoonnya sedikit kekuningan warna pucat muda, saya suka juga mee hoon macam ni. Jadi pagi pagi saya bangun dan ke dapur kerana ingin memasak sendiri. Saya beritahu Nana yang saya nak mee hoon yang pucat, kurangkan kicap kerana tak nak mee hoon warna gelap kicap.
Kata Nana, kalau kurangkan kicap, tak terasa lah masin dan manis. Lalu saya cakap lebihkan garam dan serbuk perasa. Haa dah siap dan Alhamdulillah sedap dan menepati apa yang saya teringin nak makan. Kalau lebihkan cili kering lagi cantik sebab akan berwarna sedikit terang tapi sebab ada cucu nak makan, risau kot pedas. Alhamdulillah syukur nikmat.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....
Mee Hoon Goreng
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan :
1 bungkus mee hoon - rendam seketika bagi lembut dan toskan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 biji telur
200 gram daging - hiris nipis dan rebus
Garam secukupnya
1 sudu kecil serbuk pati ayam
½ cawan minyak masak
Daun bawang
Bawang goreng
Buah tomato
Bahan kisar:
1 sudu besar cili kering kisar - ikut pedas disukai
1 biji bawang besar
5-6 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
Cara cara:
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing.
Masukkan daging dan sedikit air rebusan dan kacau hingga sebati. Masukkan sos tiram, kicap, garam, serbuk perasa dan kacau sebati.
Masukkan sayur kubis dan kacau rata. Masukkan telur dan. biarkan seketika sebelum telur dikacau rata.
Masukkan mee hoon dan masuk air secukupnya. Kacau sehingga air kering dan mee hoon lembut.
Sedia untuk di hidang bersama daun bawang dan bawang goreng.
Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap"
Add your comment