Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Dalca Daging Kelantan



Sebelum kita masuk bab resipi, jangan lupa tau klik iklan yang keluar dari blog saya untuk terus memberikan sokongan pada blog ini. Saya ingin kongsikan secara umum surah Al Waqiah petikan dari kuliah Zoom oleh Ustaz Najib Kassim. Kelebihan berada dalam majlis ilmu iaitu Majlis Al Quran di mana Hadis Nabi menyebut tidak akan berkumpul orang dalam rumah Allah membaca ayat Al Quran dan mempelajari akan Al Quran melainkan diturunkan mereka ketenangan, diturunkan Rahmat dan malaikat turun mendatangi mereka dan nama mereka akan disebut di sisi Allah.

Nikmat orang yang hampir pada Allah diberikan mereka syurga disebut dalam ayat 15-24. Mencerita perihal syurga yang dijanjikan Allah. Bila baca ayat syurga satu gambaran masuklah syurga dan jalan ke syurga terbuka luas. Al Quran adalah satu peta untuk kita sampai ke syurga. Surah Ai Waqiah ini adalah satu jalan untuk golongan yang akan ke syurga. 

Dicerita pulak perihal syurga. Kita tak mampu nak menggambarkan syurga dengan akal kita. Sahabat tanya Nabi berkenaan sifat syurga tersebut. Nabi cerita pada sahabat disediakan syurga yang tak pernah dilihat oleh mata, tak pernah didengar telinga dan tidak pernah terlintas oleh hati sanubari manusia apa yang dia akan dapat.

Dimasuk ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka. Allah jadikan syurga tingkatan yang  menaik ke atas. Neraka pula tingkatan menurun ke bawah. Antara syurga dan neraka, adanya satu hijab dinding transparent. Ahli syurga dapat melihat ahli neraka dan sebaliknya. 

Ahli syurga dapat lihat orang yang mereka kenal di dunia dahulu. Allah sengaja temukan dengan orang kita kenal di dunia dulu. Ahli syurga tengok sahabat dia duduk dalam neraka. Telah panggil penghuni syurga pada ahli neraka, Wahai ahli neraka, betul macam Allah janjikan dalam surah Al Waqiah dulu, sungguh kita dapat. Betul tak apa yang kita sembang dalam Al Quran, betul berlaku. Ahli neraka hanya menjawab sepatah jer, betul. Sungguh berlaku apa disebut dalam Al Quran adalah benar belaka.

Setakat ini dahulu, kata ustaz ini dikira sebagai mukadimmah sahaja. Belum lagi tafsir ayat ke ayat yang akan memberikan gambaran lebih detail siapa 3 golongan yang ada di hari akhirat kelak. Dua dari tiga golongan akan menjadi penghuni syurga. Satu golongan lagi akan masuk neraka bersama sama orang orang kafir. Semoga bermanafaat. 


Saya tak letak kacang dal dalam dalca kali ini kerana secara jujur saya sebenarnya tak suka rasa yang ada kacang dal. Kiranya dalca Kelantan ni sama macam gulai daging, cuma dimasukkan sayuran.  Rempah pula menggunakan rempah dalca Kelantan. 

Untuk merasa dalca yang aunthentic Kelantan, sayuran yang digunakan terung, kacang panjang, bendi, lada solok dan jagung muda. Cili pula menggunakan lada solok yang diletak sebiji sebiji. Bendi pun diletak sebiji biji juga. Jangan dipotong.

Kalau dah tambah karot, ubi kentang semua tu dah kira dipermodenkan. Saya letak karot dan ubi kentang kerana tak ada stock kacang bendi dan jagung. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..


Dalca Daging Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
500 gram daging - bahagian ada lemak
1 mangkuk santan segar - 500 ml
½ sudu besar rempah kari Kelantan
Rempah 3 sekawan
1 sudu besar cili kering kisar
Garam
Gula
Gula Melaka
1-2 keping asam keping
Minyak masak

Bahan hiris:
4-5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
½ sudu kecil serbuk ketumbar + jintan putih

Bahan sayur:
1 biji terung
6-7 batang kacang panjang
5-6 kacang bendi
4 biji cili hijau dan merah
½ batang karot
½ biji ubi kentang

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah 3 sekawan dan bahan hiris sehingga layu. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga naik bau. 

Masukkan cili kisar dan kacau rata. Masukkan rempah kari dan kacau rata dengan cepat. Masukkan sedikit air dan kacau lagi sehingga benar benar masak dan terbit minyak. 

Masukkan daging dan sedikit air. Masak sehingga daging empuk. Nota: saya rebus daging di dalam periuk tekanan dan masukkan daging dan sedikit air rebusan. 


Setelah daging empuk, masukkan santan. Kacau rata. Masukkan sayuran dari yang keras sehingga yang mudah lembut.


Akhir sekali masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya. Sesuaikan rasa dan boleh tutup api.


Nota:
Jika suka, boleh masukkan kacang dal yang direbus sehingga empuk. Kali ini saya tak letak kerana mahukan dalca tanpa kacang dal yang ori Kelantan. 

Dalca Kelantan menggunakan sayur terung, kacang panjang, jagung muda, lada solok dan kacang bendi. Lada dan kacang bendi dimasukkan sebiji sebiji. 

Nak sedap, guna daging yang menpunyai bahagian berlemak dan berurat.

 

Catat Ulasan for "Dalca Daging Kelantan"