Kek Gula Hangus Yang Terpaling Sedap
Sebelum meneruskan coretan ini, saya ingin menjemput anda untuk klik follow blog dan klik iklan yang keluar di blog. Terima kasih atas kerjasama anda. Sejak bersara saya banyak menghabiskan masa di rumah sahaja. Sementelah pula, ada Aliya Hajar yang perlu saya tengok tengokkan walaupun ada bibik di rumah. Sejak itu, saya selesa berada di rumah. Cuma sebelah petang saya akan ikut Nana untuk mengambil Ammar di sekolah. Dapatlah saya melihat dunia luar.
Dunia saya sekarang lebih pada anak anak dan cucu sahaja. Kadang kadang saya ikut ke Tropicana Garden Mall untuk tengok kiosk Hot and Roll kami. Insya Allah saya akan ikut Nana yang menpunyai mesyuarat di Bangkok tidak lama lagi.
Lagi pun sekarang banyak kuliah secara online yang boleh saya ikuti. Saya juga sedang berjuang untuk menghabiskan mentelaah buku tafsir yang nampaknya sangat sangat slow. Fokus saya tidak lama, maklum dah berumur agaknya.
Saya tidak pasti apa yang terbaik untuk orang yang dah bersara macam saya. Keluar sekali sekala mengopi atau mendiamkan diri di rumah untuk Me Time. Siapa boleh bagi pendapat. Jom komen di bawah. Haa meh masuk bab kek pula.
Kek ini juga dikenali sebagai kek sarang semut saya buat kek ini dari saya di bangku sekolah lagi memang faveret sangat. Lagi pula, menyediakan kek ini sangat cepat. Tak perlu nak diperamkan dulu, lepas bancuh boleh terus masuk dalam loyang dan dibakar.
Kek saya hari ini memang tersangat lah sedap, rasa secukup jer manisnya. Tak pasti kerana selera saya atau memang kek ini sedap. Tapi saya memang syorkan anda mencuba kek ini dengan menggunakan resipi di bawah.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Kek Gula Hangus
Oleh: Azie Kitchen
Bahan A:
¾ cawan gula pasir
1 cawan air panas
60 gram mentega - 3 sudu besar
Bahan B:
4 biji telur saiz sederhana
1 cawan susu pekat manis - saya guna ¾ cawan
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan C:
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
Cara cara:
Panaskan gula atas api perlahan sehingga menjadi cair keperangan. Masukkan air panas dan biarkan mendidih.
Masukkan mentega. Setelah mentega cair, tutup api dan biarkan sehingga sedikit suam.
Satukan semua bahan B dan kacau sebati. Ayak bahan C ke dalamnya dan kacau rata. Tapis untuk adunan sebati tanpa bintil bintil.
Tuang dalam loyang yang dilenser dengan mentega. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 45 minit. Setelah sejuk, baru dipotong.
Catat Ulasan for "Kek Gula Hangus Yang Terpaling Sedap"
Add your comment