Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Butterprawn Versi II



Saya sebenarnya kali pertama mendengar ungkapan Al Wahan semasa kuliah zoom Ustaz Lukmanul Hakim. Al Wahan tu apa. Jawab nabi wahan itu bila kamu cinta, kasih dan tatang pada dunia itu menyebabkan kamu tidak suka pada kematian. Hadis ini diriwayat Iman Al Hakim Nabi menyatakan bahawa umat ku ketika dalam diri ada penyakit wahan takut pada kematian seperti mana menimpa umat terdahulu. Penyakit pertama terlalu banyak keseronokan yang melingkari mereka. Dunia hari ini semua banyak kepada kemewahan walaupun mulut kata susah tapi hakikatnya mewah. Saat itu umat Islam terlalu ghairah menghimpun harta sebanyak mungkin. Penyakit tipu menipu merebut harta dunia seperti bohong akan berleluasa.

Nabi juga kata umat Islam tiada perasaan sabar walaupun ada yang boleh selesai dengan sikap toleransi tapi mereka memilih untuk bergaduh bertekak sehingga menumpah darah. Penyakit hasut menghasut hasil dari hasad. Zalimi diri sendiri dan orang lain. Inilah yang disebut penyakit wahan yang cinta dunia dan benci pada kematian. Dalam Al Quran disebut Wahan dalam surah Mariam ayat 4. Bagaimana Mariam bermunajat pada Allah, sesungguhnya tulang aku sudah lemah. 

Dalam ayat lain surah lukman ayat 14 bagaimana seorang ibu hamil perintah pada manusia supaya melakukan ihsan pada kedua ibubapa kerana ibu telah mengandungkan dia di mana ibu dia hadapi kesusahan dan kelemahan demi kelemahan. Wahan diambil dari definisi Al Quran ialah lemah. Lemah dengan godaan dan kemewahan dunia yang telah menyebabkan manusia tak dapat kekuatan untuk lawan kecuali mereka faham erti dunia sebenar.

Ada 41 ayat dalam Al Quran menyebut tentang dunia. Kehidupan yang senang yang menipu. Hanya permainan semata mata. Apa maksud dunia? Dari perkataan Arab dana maksud rendah hina sempit. Sering disandingkan dengan beberapa perkataan seperti dunia adalah manafaat sementara. Contoh senang masa sihat dan masa muda. Semua senang, sihat dan muda ini tidak kekal sampai bila bila. Budak budak rasa seronok hanya sementara bila dia dewasa tak rasa dah seronok.

Dunia itu bermakna mengingkari janji kerana Allah jadikan manusia keluh kesah kerana ketika hidup di dunia akan jadi beriman pada Allah bila dia susah. Bila diberi kesenangan dia akan jadi manusia yang lupa pada kesusahan dia itu. Dunia sebagai bermain main. Keseronokan atas dunia dari muda sehingga tua kira nak seronok. Tak ada perasaan sedih.

Media social memaparkan benda seronok lebih banyak dari benda yang bawa kita pada mengjngati Allah dan akhirat. Dunia juga satu aktiviti yang tak ada tujuan. Orang hidup tak tahu kenapa dia hidup atas dunia. Pentas sandiwara yang banyak kebatilan. Dunia adalah kegiatan menyenangkan tapi tak penting. Dunia adalab satu benda melalaikan bila hati terikat pada dunia. At Qurtubi berkata dunia melalaikan.

Dunia adalah zinah dihiasi dengan perhiasan dengan syahwat, kemahuan pada anak anak, kemahuan pada harta benda, kebun dan pengangkutan. Namun begitu, sebaik baik perhiasan ialah wanita solehah. Satu perhiasan merosakkan dan perhiasan yang mendekatkan pada Allah sebagai bekal kita. Dunia itu tempat bercucuk tanam untuk menuju akhirat. Perhiasan yang menipu semua nak yang mewah dan hebat.

Hadis Nabi sebut penyakit wahan melanda umat ketika itu cinta dunia dan benci mati. Nabi berpesan pada Abdullah ibni Omar. Bagaimana nak hilangkan penyakit wahan. Lemah pada dunia. Tak mahu pada kematian. Hadis Imam al Bukhari Abdullah ibni Omar dipegang oleh Nabi di bahu, Nabi peluk aku dan menyatakan wahai Abdullah kamu hidup atas dunia sebagaimana kamu orang asing atas dunia mengembara sahaja bukan tempat tujuan.

Dunia ini diibarat seperi kapal besar sedang layari samudra luas. Atas kapal ada 3 golongan. Bila kapal berhenti di satu pulau, 1 golongan turun di pulau untuk seronok seronok dengan meoihat keindahan pulau, kedua golongan yang turun untuk cari bekal untuk sepanjang pelayaran seterusnya. Ketiga, mula mula niat nak seronok dan bila dah dipanggil naik ke kapal mula mencari bekal untuk dibawa dalam pelayaran. Naik atas kapal maka mereka tak sempat dah nak cari barang, terus naik atas kapal dengan tak bawa apa apa atas kapal. Mereka kelam kabut cari barang. Dapat tapi banyak tak dapat. Itu lah ibarat dunia. Bila dah tua baru ingat dan baru nak berubah tetapi tak seronok juga kerana perubahan itu dalam sisi kelemahan. Nak pergi masjid dah tak larat dengan lutut dah sakit.Tak sempat nak cover sedekah yang tak buat sebelum ini, tak sempat nak qadha solat yang tinggal dsb.

Hadis Nabi peringatkan siapa yang waktu pagi fikir pasal dunia apa yang aku dapat dalam dunia. Dunia adalah kesenangan yang menipu. Anak Adam jika diberi satu gedung penuh dengan emas, nescaya dia tidak akan rasa cukup. Allah akan lazimkan dalam hati seseorang 3 perkara iaitu akan rasa bimbang yang tidak kesudahan selamanya. Tidur pun tak lena bila beli kereta baru. Fikir dan terikat hatinya pada dunia. Lindung dari rasa bimbang dan sedih. Kedua, Allah akan sentiasa sibukkan dia hingga tak ada waktu luang pada dia. Kerja apa sampai tengah malam ni. Tak cukup cukup.

Ketiga, dia akan merasakan fakir dan tak cukup yang tiada kesudahan. Orang kaya pun tak cukup. Dalam hati teringin nak beli rumah kat London walaupun rumah dah ada 3 rumah. Bukan tidur 10 bilik tapi tidur dalam satu bilik. Allah lemparkan rasa tidak cukup yang tidak ada penamatnya.

Kalau ada perasaan ini dalam diri. Allah kalau nak bagi tidak pernah berkira kira. Kalau nak tahu, ketika nak bersedekah. Berkira kira bila nak sedekah. Allah nak bagi pahala tanpa berkira kira. Macam mana nak buat, nabi kata riwayat Imam Al Bukhari kalau nak lari, kalau teringat nak buat baik, terus buat jangan tangguh. Tunggu tunggu hingga tak terbuat. Jangan terpedaya dengan dunia. Kalau ada waktu subuh jangan tunggu nak buat baik waktu petang. Sihat sebelum sakit. Jangan tunggu waktu sakit. Infak lah rezeki. Jiwa tenaga pemikiran kita sebelum datangnya kematian sehingga tak sempat melakukan perbuatan tersebut. Semoga bermanafaat.


Kami sekeluarga memang suka lauk udang mentega versi telur garing ini bila makan di restoran atau kedai makan tomyam. Memang suka makan telur kuning yang rangup dengan rasa masin masin mentega. 

Tapi lauk ini tidaklah murah bila di restoran, memang mahal. Mungkin kerana udang itu sendiri mahal harganya. Bahan bahan yang digunakan juga mahal seperti mentega dan kuning telur. Jadi kalau nak berjimatt, bolehlah cuba masak sendiri di rumah. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..


Butterprawn Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A:
300 gram udang - 10 ekor
2 sudu besar tepung kastard

Bahan B:
50 gram mentega
100 gram minyak
4 biji kuning telur

Bahan C:
4-6 batang cili padi
1 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil stock pati ayam
2 sudu kecil gula - guna 1 sudu kecil jer
¼ sk garam 

Cara cara:
Goreng udang yang dilumur dengan tepung kastard. Angkat dan tos.


Panaskan minyak dan mentega sehingga mentega cair. Masukkan telur dengan menggunakan tangan kiri dan whisk secara satu arah dengan tangan kanan.

Setelah berbuih, masukkan bahan C. Kacau lagi dalam 10 saat. Angkat dan tuang atas udang yang diletak atas penapis.


Kemudian baru dituang atas pinggan hidangan.


1 ulasan for "Butterprawn Versi II"

  1. Sedappppnya. Terima kasih atas perkongsian. Akan cuba bila ada stok udang.

    BalasPadam