Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Ayam Sedap Wajib Cuba



Alhamdulillah setelah hampir seminggu tak update blog, saya pagi ini diberi sedikit kelapangan dan kekuatan untuk update blog. Kadang kadang datang rasa kurang semangat dan kurang motivasi. Haa kepada follower Azie Kitchen untuk klik follow blog saya. Anda akan mendapat notifikasi bila ada resipi di update ke dalam blog. Juga jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog tau. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.

Kali ini saya kongsikan petikan dari Kuliah Zoom Ustazah Dato Dr Fatma surah Al Fatihah bersyukur kerana Allah memilih kita untuk berada dalam majlis ilmu. Orang yang memberi ilmu dan mencari ilmu, keduanya akan berada di syurga.

Sesungguhnya ada sebab kenapa surah Al Fatihah yang mengandungi 7 ayat diletak di depan sekali. Banyak nama pada surah Al Fatihah. Dikenali juga sebagai Ummul kitab, mother of the kitab. Surah ini juga dinamakan Ummul Quran atau Ummul Kitaab kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan juga menjadi inti sari daripada kandungan Al-Quran itu sendiri.

Surah ini juga turut dinamakan sebagai As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat. Tak hafal Al Fatihah tak boleh solat. Solat tak sah jika tak baca Al Fatihah. 7 ayat yang berulang ulang dibaca setiap hari. Ianya adalah satu surah terbaik dalam Al Quran.

Kita kena tahu apa dia Al Quran. Al Quran mengandungi 5 perkara iaitu Tauhid, ibadah, hari kiamat, akhlak dan sejarah. 5 perkara tersebut terkandung dalam 7 ayat dalam surah Al Fatihah. Al Quran boleh jadikan kita ahli syurga atau sebaliknya.

Tauhid berkenaan Allah yang Maha Esa, Ibadah yang diperintahkan, bereknaan hari kiamat yang mana hari kemusnahan alam, akhlak menunjukkan cara hidup yang sebenar, sejarah apa telah terjadi pada mereka yang engkar perintah Allah.

Bismillah ialah salah satu ayat dari Al Fatihah. Semua benda kita buat, mulakan dengan kalimah Bismillah. Allah ada 99 nama. Nama teragung ialah Allah. Jadi Bismillah. Sesungguhnya Rahmat ku melebihi kemarahan ku.

Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Ar Rahman Ar Rahim. Segala pujian kepada Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita masuk Syurga dengan rahmat Allah. Bukan dengan amalan kita. Kalau kita tak ada Rahmat, Allah tak bagi rahmat. Yakin dengan Allah. Kalau saya sakit ya Allah, berilah Rahman dan Rahim pada ku ya Allah. Rahmat Allah sangat besar, Allah bagi kita ada mata, ada telinga. Jadi Bismillah dan  segala puji dan segala syukur pada mu ya Allah.

Maaliki yaumiddiin hari kiamat. Yang Menguasai hari pembalasan. Hari kiamat iaitu hari kemusnahan alam dan manusia akan dibangkit untuk menghadapi hari pembalasan. Hari di mana ibu lari dari anak, isteri lari dari suami.  

Iyyaka na'budu waiyyaka nastaiin. Ikrar yakin kebesaran mu Ya Allah. Hanya engkau yang aku sembah dan hanya engkau tempat aku minta pertolongan. Bila perlu sesuatu, contoh di LHDN cuba minta tolong dengan Allah. Kalau kita sakiit, kita bertanya siapa best doktor in gastric. Bukan minta tolong dengan Allah. Kalau abang kita PM sekali pun, kalau Allah tak bagi, tak akan jadi. Percayalah dengan kekuasaan Allah. Yakin dengan Allah. 

Ihdinashirratal mustaqim. Shiratalladzina an'amta alaihim. Tunjukkan kami jalan yang lurus that bridge dunia dan akhirat. Tunjuk lah kami jalan dan akhlak sebagaimana orang orang yang engkau beri nikmat. Keputusan aku betul dan tindankan aku buat biarlah betul. 

Ghairil maghduubi alaihim waladhaaliin. Bukan jalan jalan orang jahat yang Engkau murkai dan bukan jalan orang orang yang sesat. Orang Yahudi ada ilmu kerana mereka ada kitab Taurat tapi tak guna dan tak ikut. Tahu benda betul dia buat juga. Bani Nasrani pula adalah orang yang sesat, mereka tak tahu yang mereka sesat tapi mereka ikut kata Yahudi menyebabkan Mariam difitnah dan Nabi Isa dibunuh sebelum diangkat ke langit. 

Aamiin bukan ayat Al Quran. Orang yang solat berjemaah dan mengucapkan ‘aamiin’ (perkenankanlah) ketika imam selesai membaca surah al-Fatihah. Malaikat akan memohon Allah memperkenankan dengan berkata Aamiin di langit, maka bertepatan ucapan antara keduanya, maka diampuni dosa yang lalu bagi mereka yang mengucapkan aamiin.


Saya rajin memasak nasi ayam kerana ianya adalah kegemaran anak anak. Kedua kerana senang tak perlu nak sediakan lauk pauk sampingan seperti sayur atau lauk bergoreng atau berkuah. Kira sekali siap, dah lengkap satu hidangan. 

Kali ini adalah resipi terbaru saya yang ada sedikit kelainan kerana saya menggunakan sedikit minyak bijan semasa menumis. Nasi ayam ala chinese style saya sebelum ini menggunakan lemak ayam tapi kali ini minyak bijan pula. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di SINI dan di SINI. Selamat mencuba......


Nasi Ayam Sedap Wajib Cuba
Oleh: Azie Kitchen

Ayam Goreng
1 ekor ayam  - 1.6 kg

Bahan perap:
1 sudu kecil serbuk 5 rempah
½ sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar garam
½ sudu besar gula

Bahan Siram:
100 gram gula maltose - 3 - 4 sudu besar 
700 ml air
1 sudu besar cuka putih
Pewarna merah - jika suka

Cara cara:
Bersihkan ayam dan keringkan dengan tuala dapur. Cucuk dengan garfu supaya mudah serap bahan perap. Nota: ayam yang saiz sederhana sahaja.

Lumur rata pada ayam dan diurut urut ke seluruh ayam supaya bahan perap meresap.


Satukan semua bahan siram dan masak sehingga mendidih. Letak ayam atas penapis dan siram ayam selama 2 minit sehingga kulit ayam tegang. Gantung selama dua jam sehingga kulit tegang dan kering. Boleh juga tos atas jaring untuk keringkan air.





Panaskan minyak dalam kuali yang agak lebar. Goreng dengan cara letak ayam atas penapis dan siram minyak panas bertujuan untuk mengelakkan kulit ayam hangus. 

Siram selama 20 minit atau sehingga ayam masak. Angkat dan tos minyak. Sejukkan sebelum dipotong dan siram dengan sos kicap dan hias dengan daun ketumbar


Nota: Saya goreng seketika dalam minyak kerana anak anak tak suka isi ayam yang masih berwarna pink.




Nasi Ayam

Bahan A:
3 inci halia cincang - 15 gram
1 sudu besar bawang putih cincang - 15 gram/4 ulas
4 helai daun pandan
2 sudu besar mentega - 50 gram
2 sudu besar minyak bijan
1000 ml air - 5-6 pot air

Bahan B:
450 gram beras - 3 pot
1 ½ sudu kecil garam

Panaskan minyak dan tumis daun pandan, halia dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan air dan masak hingga mendidih. Tuang bahan ke dalam periuk nasi.


Kacau dan gaul dengan beras. Masak dalam periuk elektrik macam biasa. Nota: nisbah 1 pot beras: 2 pot air. Nota: boleh juga masukkan air siap siap dalam periuk sekali dengan beras. Kemudian tuang bahan tumis. 


Sambal Cili

Bahan kisar:
6 biji cili merah - 100 gram
6 ulas bawang putih - 30 gram
2 biji bawang merah - 25 gram
3 inci halia - 15 gram
1 ½ sudu kecil garam
2- 4 sudu besar gula - saya guna 4
9 biji limau kasturi - jus
80-100 ml air 

Kisar semua bahan sehingga halus dan siap. Nota: kuantiti gula bergantung pada kepedasan cili. Jika pedas, perlu lebih gula.


Sambal Kicap

Bahan bahan:
4 sudu besar kicap manis
6 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar minyak bijan
4 btg akar ketumbar
250 ml air

Masukkan semua bahan di dalam kuali dan masak sehingga mendidih. Tutup api.  



Sup Nasi Ayam

Bahan bahan:
Leher dan kepak ayam 
3-4 ulas bawang putih - ketuk
Daun bawang - bahagian putih
1-2 inci halia - ketuk
½ kiub pati ayam - opsyenal
Garam 
Serbuk lada sulah

Bahan lain:
Fish ball
Daun bawang
Bawang goreng

Satukan semua bahan di dalam periuk yang mengandungi air bersama keropeh ayam.

Didihkan sehingga ayam menjadi lembut selama lebih kurang 30 sehingga 40 minit.

Masukkan fish ball, jika suka. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah. Nota: saya tidak guna garam untuk sup ini. Setelah masak, taburkan daun bawang dan bawang goreng. 




Catat Ulasan for "Nasi Ayam Sedap Wajib Cuba"