Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Putih Sayur Kelantan



Saya kongsikan petikan dari kuliah Zoom Ustaz Dasuki berkenaan korban dan pengorbanan. Allah menyebut semua nikmat di dunia yang sekejap sahaja. Sebagaimana gula terletak dibibir telan dan hilang nikmat manis. Masuk perut tak rasa apa apa dah. Isteri, anak anak, harta, barang kemas pakaian semua dalam bentuk ujian yang dihias untuk memerangkap hidup kamu di dunia. Kebun luas dengan pelbagai tanaman supaya kamu rasa kagum dengan pohon dan arus sungai mengalir. Semuanya nikmat seketika sahaja. 

Allah sebut maka di sisi Allah tempat terbaik untuk hambanya kembali. Bagaimana nak selamat dari perangkap hidup di dunia ini?. Caranya dengan melakukan pengorbanam ke jalan Allah. Kamu sanggup tak berkorban dalam hidup kamu, maka dijadikan ibadah korban untuk korbankan sifat duniawi. Salahkah mencintai dunia? Allah tidak sebut salah tapi yang salah bila kamu terikat dengan dunia sehingga tidak bersedia untuk kembali pada Allah. Sehingga kita lupa pada Allah dan tidak guna segala nikmat dan harta benda untuk mentaati perintah Allah. 

Bagaimana cara nak taat perintah Allah? Allah berfirman, nak tak kamu berniaga dengan aku yang boleh selamatkan kamu dari azab pedih dari neraka Allah. Caranya kamu lakukan korban di jalan Allah. Guna kelebihan harta dan nikmat untuk ke jalan Allah. Guna harta benda kamu, jiwa raga kamu dan seluruh masa kamu untuk taat pada Allah. 

Allah nak kita lakukan korban untuk taat perintah Allah. Rasulullah sebut siapa ada kelapangan nikmat tapi tak buat korban, jangan dekat dengan masjid kami. Hidup orang ni terikat dengan dunia. Nampak hidup untuk dunia sahaja. Kalau dia mati dalam tahun tersebut, mati macam yahudi atau majusi. Hidup untuk dunia. Kita diajar untuk hidup kerana Allah. 

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail patut dicontohi pengorbanan mereka berdua. Nabi Ibrahim bersabda pada Nabi Ismail, Aku tengok dalam mimpi aku menyembelih kamu dua tiga malam. Lalu Nabi Ismail jawab (mimpi nabi adalah wahyu) lakukan apa yang disuruh Allah. Nabi Ibrahim dah tua, baru dapat anak. Dihantar ke Mekah, lembah tak ada tanaman tinggal Hajar dan Ismail. Dah akil baligh diarah untuk melakukan korban sembelih anak itu. Aku hamba Allah paling sabar dalam mentaati perintah Allah. Syaitan cuba ganggu di tempat melontar jamratul, Nabi Ibrahim baling batu rejam syaitan. Dijadikan ibadah kepada mereka yang buat ibadah haji. Rukun Haji yang perlu dilakukan. Ketika pisau di tengkuk lalu ditukar sembelihan itu dengan kibas untuk ganti Nabi Ismail. 

Buat korban satu bahagian. Allah tak kira darah dan daging korban itu tapi bila kamu buat korban, akan lahir taqwa dalam diri kamu. Kamu cari binatang yang elok dan mahal harganya kerana di akhirat kamu naiki korban kamu sebagai tunggangan untuk kamu masuk dalam syurga. Belum darah jatuh atas muka bumi, dosa orang melakukan ibadah korban telah diampun walaupun sebanyak mana dosa kita sebelum ini. Pengorbanan untuk taati perintah Allah melalui ibadah korban. Daging yang dibahagikan akan memberi lagi pahala.

Nabi Muhammad sebut yang dilakukan oleh datuk nenek moyang kita Nabi ibrahim. Kita akan selamat dari api neraka Allah. Mulai 1 Zulhijjah jaga tubuh badan kita. Supaya ibadah korban kita diterima Allah. Jadi sama sama lah kita melakukan ibadah korban kalau boleh sepanjang usia hidup kita. 

Jika ada lebihan rezeki, lakukan untuk anak anak kita yang telah dilakukan akikah. Tunjukkan contoh supaya mereka juga akan mengikutinya setelah mereka besar. Simpan duit untuk tujuan korban setahun sekali. Sangat dituntut walaupun hukumnya sunat muakkad.


Saya masa kecil, selalu dihidangkan dengan lauk masak lemak putih ini. Kalau di Kelantan, mereka akan menggunakan ikan rebus. Semua jenis sayuran boleh digunakan. Timun, kacang panjang, terung, petola, jagung muda, sawi dll.

Kalau dah ada lauk ini, maka kawan serasi ialah ikan yang digoreng dengan garam kunyit atau ikan kering goreng. Aduhai dah cukup nikmat. Nak lagi sedap, buatlah sambal Kelantan. Kalau anak anak tak makan ikan goreng, sesuai juga dengan ayam goreng garam kunyit.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Masak Lemak Putih Sayur Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 batang petola
½ batang timun
½ batang karot
Sayur kobis
2 biji lada solok
1 biji cili merah
Garam
Sedikit gula

Bahan tumbuk:
3-4 biji bawang merah
½ sudu kecil lada hitam
½ ekor ikan kembung rebus

Cara cara:
Satukan santan, air dan bahan tumbuk di dalam periuk. Nyalakan api dan masak sehingga hampir mendidih.

Masukkan karot dan kacau rata sehingga separuh lembut. Masukkan sayuran lain.

Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Akhir sekali masukkan cili merah dan cili solok hiris. Kacau rata dan tutup api.




Catat Ulasan for "Masak Lemak Putih Sayur Kelantan "