Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tempe Dengan Ikan Bilis



Alhamdulillah kerana kita masih diberi usia dan kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup ini. Saya masih ingat lagi kata kata seorang rakan sekerja, mudah mudahan kita diberi kesihatan yang baik untuk menikmati alam persaraan, dapat merasa duit pencen atau duit simpanan KWSP.

Memang banyak kes selepas beberapa bulan bersara, terus jatuh sakit dan meninggal sebelum sempat menikmati alam persaraan. Itu lah zaman dulu, persaraan wajib ditetapkan pada umur 55 tahun, tu dah cantik. 

Umur 60 tahun ni macam terlalu tua terutama untuk nenek nenek terus bekerja dengan budak budak muda. Bagi lah peluang orang muda pula untuk naik pangkat mengisi kekosongan jawatan kita. OK sekarang kita masuk pula bab resipi.


Minggu lepas saya dah kongsikan resipi ini tapi saya tak sempat buat video. Jadi kali ini, saya buat sekali lagi dan record video untuk rujukan follower saya.

Masih menggunakan resipi sama yang saya belajar dari Roslina Hitam awal tahun 2000. Sejak itu, saya setia dengan resipi ini yang simple dan kena dengan selera saya.

Saya kalau memasak sambal tempe dengan ikan bilis ini biasanya dibuat banyak banyak. Simpan dalam bekas bertutup dan boleh dimakan beberapa hari. Jadi tak perlulah dimasak selalu. Lagi pun kalau makan, satu atau 2 sudu besar, sudah memadai. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga video penyediaannya ada di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.....


Sambal Tempe Dengan Ikan Bilis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 keping tempe
2 genggam ikan bilis
Garam
1 sudu besar gula
4 biji bawang merah - tumbuk
2 sudu besar cili kering kisar
Minyak

Cara cara:
Panaskan minyak tempe sehingga garing dan angkat ketepikan. Goreng pula ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Menggunakan minyak sama, tumis bawang merah tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis atas api perlahan sehingga cili benar benar masak dan garing.

Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau rata dan tutup api. Biarkan sambal sejuk seketika.

Setelah sambal sejuk, masukkan tempe goreng dan ikan bilis goreng. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.





Catat Ulasan for "Sambal Tempe Dengan Ikan Bilis"