Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Ketayap Lembut Dan Sedap



Sekarang ini begitu ramai orang yang kaya raya. Tak pasti samada betul betul kaya atau hanya satu scam sahaja. Saya ada terbaca satu posting berkenaan pengakuan bekas founder di mana mereka akan menunjukkan gaya hidup seperti seorang yang sangat berjaya dan kaya dengan kereta mewah yang disewa dari geng founder. 

Ditukar nama, ditukar plat nombor dan ditukar cat juga selain dari rumah disewa untuk mengambil beribu ribu gambar dengan pakaian berbeza untuk menunjukkan seolah olah rumah tersebut adalah rumah mereka sendiri.

Haai macam macam penipuan sekarang ini, bukan sahaja penipuan mencuri merompak duit dari akaun akaun orang. tapi juga memperdayakan orang ramai dengan imej kaya. Dikatakan sample produk yang dihantar ke KKM untuk kelulusan adalah berbeza dengan produk yang dijual. Itulah sebabnya adakala produk dijual di pasaran ada mengandungi bahan merbahaya seperti merkuri dsb.

Geng founder ini adalah fenomena mereka yang tidak berpelajaran tinggi tapi kaya raya di zaman ini. Ada juga yang memiliki ijazah tapi majoriti yang setakat lulus SPM. Sebenarnya bukan salah mereka tapi salah pengguna yang support dan membeli barangan mereka. Mana mungkin orang yang tidak berkelulusan boleh mencipta produk sendiri. Produk minuman, produk kurus, produk sabun pemutih dll. 

Kalau doktor yang bertahun tahun belajar pun tidak mampu mencipta ubat kurus, apalagi golongan ini. Yang peliknya, founder menjual ubat kurus tapi suami gemuk dengan perut buncit lagi. Tapi masih ada yang percaya keberkesanannya. Menjual sabun pemutih tapi suami dan anak sendiri berkulit gelap. Fikir fikirkan lah. 

Itu sebab saya tidak pernah menerima tawaran untuk menghasilkan produk jenama sendiri walaupun ditawarkan sejak awal tahun 2010 dahulu. Ketika itu, belum ada ramai lagi geng founder kaya ini. Kita semua, jadilah pengguna yang bijak. 

Saya memang selalu dipesan oleh anak anak supaya tidak mengambil sebarang supplement dari produk sebegini untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang dsb. Sekarang kita masuk pula bab resipi dan masakan.


Masih teringat ingat kuih ketayap yang dihantar oleh Jaa ke homestay penginapan kami di Bicester. Lagi lagi dalam keadaan sejuk dan dah lama tak jumpa kuih muih Melayu selain dari masakan yang dimasak sendiri, bertambah tambahlah rasa sedapnya kuih ketayap tersebut. 

Secara jujur, inilah kuih yang saya tak pernah buat sendiri kerana saya tidak lah gemar sangat dengan kuih ini. Kalau nak makan seketul dua, saya beli jer. Tapi entah kenapa hari ini teringin nak makan yang dibuat sendiri. Al maklumlah yang dibeli ini, kalau bernasib baik jer, jumpa yang sedap. 

Resipi ini pada saya sangat sedap, cuma kulit tak cantik kerana saya yang tiada skil untuk membuatnya. Kononnya nak kulit yang berlubang lubang, tapi rasanya kuali dah terlebih panas dengan minyak yang tak rata. Tapi tetap sedap dan intinya pun secukup jer rasanya. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.....


Kuih Ketayap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan kulit:
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan air pandan - kisar dengan 3 helai daun pandan
Pewarna hijau - opsyenal
½ cawan susu segar atau santan
½ sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak 

Cara cara:
Kisar semua bahan di atas sampai sebati dan kemudian tapis.

Panaskan non stick pan dengan sedikit minyak (ratakan dengan tisu) hingga betul betul panas.

Tuang satu senduk adunan dan lenggang nipis. Masak di atas api kecil hingga kering di atas permukaannya. Kulit akan jadi berlubang sebab terkena pan yang betul betul panas..


Angkat dan sejukkan kulit ketayap selama 30 saat hingga 1 minit supaya kulit tidak koyak bila digulung.


Letak inti. Gulung perlahan lahan dengan kemas. Sedia di hidangkan samada utk sarapan atau minum petang.





Nota:
Saya wajib suka kulit ketayap yang berlubang lubang. Tips kuali nak kena betul betul panas sebelum dituang adunan. 

Bahan Inti:
½ cawan gula merah
30 gram gula Melaka 
2 sudu besar gula pasir
½ cawan air
Sedikit garam
1 helai daun pandan
1 ½ cawan kelapa parut - 110 gram
1 sudu besar tepung gandum

Satukan semua bahan kecuali kelapa parut dan tepung gandum. Kacau hingga gula larut dan mendidih.

Masukkan kelapa parut, kacau hingga air agak kering. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga kering.


Nota: 
Inti kelapa lebih sedap jika sedikit lembab. Sejukkan dulu.

Inti yang lebih boleh disimpan dalam bekas dimasukkan dalam freezer. Inti di atas boleh digunakan untuk 2 adunan kulit ketayap. 

Untuk 2 adunan kulit ketayap, gandakan bahan bahan kecuali telur hanya guna 1 biji. 


Catat Ulasan for "Kuih Ketayap Lembut Dan Sedap "