Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Cili Api Sardin



Alhamdulillah hari ini kita akan berada pada malam ke 29 Ramadhan, antara malam ganjil yang dinantikan seluruh umat Islam untuk mendapatkan kelebihan malam Lailatul Qadr. Insya Allah kita sama sama beribadah dan melakukan qiyam mulai sekarang. Rugi kerana Ramadhan akan meninggalkan kita beberapa hari lagi.

Masa berbuka puasa di Hotel Royale Chulan The Curve, saya nampak sambal ikan sardin dihidangkan bersama dengan roti boom, murtabak dan roti. Saya memang pantang nampak sardin, mesti terus rasa berselera.

Saya sebenarnya tak suka sangat berbuka di buffet kerana banyak banyak lauk pun, saya dah tak suka makan bercampur baur. Lagi masakan yang dihidangkan tak sedap.

Macam semalam, masak lemak daging salai pun rasa macam masak lemak daging jer. Tak ada rasa atau aroma daging salai pun. Memang rasa membazir.

Saya cuma makan ikan patin tempoyak yang sedap lah juga walaupun kuahnya terlebih masin. Biasa kan kuah masak tempoyak akan dihirup. Tapi kali ini memang tak boleh nak hirup. Gaul dengan nasi jer. OK sekarang kita beralih pula bab resipi.



Sambal cili api ikan sardin ini selain dimakan dengan nasi, sedap juga dimakan atau dicicah dengan lempeng. Memang padu. Kuahnya kena pekat pekat sikit. 

Saya makan berdua dengan Juita sahaja hari ini kerana anak anak yang lain berpuasa dan akan beraya di London. Jadi dah tak ada idea, maka jadinya sambal sardin hari ini. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba......


Sambal Sardin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 tin sardin
1-2 biji ubi kentang
Garam, gula dan perasa secukupnya
Limau nipis – jika suka

Bahan kisar:
3 biji bawang besar - saiz kecil
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi - ikut kepedasan yang disukai
1-2 biji cili merah

Cara cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan sardin yang telah diasingkan dari sosnya hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan. Nota: kena tutup kerana ia akan meletup letup.

Kemudian dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ubi kentang yang telah dihiris kecil. Nota: saya tak letak kerana tiada stock. 

Kemudian tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan sos sardin dan kacau rata.

Masukkan gula dan garam. Perahkan air limau nipis. 

Masukkan ikan sardin, kentang goreng (jika guna) dan bawang Holland. Kacau rata sehingga kuih sedikit kering. Boleh tutup api.



1 ulasan for "Sambal Cili Api Sardin"

  1. Sedapnya. Sambal sardin ni memang feveret saya. Boleh berpinggan2 nasi kalau makan dengan sardin ni

    Jemput Singgah :Cara Solat Sunat Witir

    BalasPadam