Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Tenggiri Goreng Berlado



Saya terdengar satu posting di tiktok di mana seorang ustaz berkenaan seorang artis yang tak dikenali pun.  Sebabnya ustaz tak kenal pun siapa dia. Bila dia pos gambar beratus ribu follower dia yang like dan komen pada gambar tersebut. Walhal artis tersebut tak bagi satu sen pun pada orang yang like. 

Lalu dikisahkan bagaimana kalau dajjal turun dengan pelbagai janji kekayaan dan kemewahan, pastinya ramai yang akan follow dajjal. Hmm faham tak apa maksudnya?

Memang kadang saya tengok orang terlalu obsess, like dan komen di posting artis walaupun artis tersebut tak ada balas komen atau mungkin tak baca pun komen yang ditinggalkan. Memang tak salah nak follow sesiapa termasuk bukan artis tapi jangan leka. Baca posting yang boleh memberikan manafaat. 


Saya memang suka lauk masak berlado. Saya tahu kat rumah ni tidak ramai penggemar ikan. Jadi saya minta Hubby beli 2 keping sahaja ikan tenggiri yang segar ini. 

Serious bila ikan segar, masakan kita menjadi lebih sedap. Menantu kami Alain hanya makan meratah ratah sahaja kerana dia memang tak makan nasi masa berbuka. 

Jom layan resipi dan penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINISelamat mencuba.... 


Ikan Tenggiri Goreng Berlado
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 keping ikan tenggiri
Garam
1 sudu besar gula
Minyak

Bahan kisar:
5 biji cili merah
5 biji bawang merah
2-3 ulas bawang putih
½ biji buah tomato

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan tenggiri yang telah dilumur garam kunyit sehingga masak. Angkat dan ketepikan. 


Kurangkan sedikit minyak, dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga terbit minyak. Masukkan garam dan gula.

Masukkan ikan goreng dan kacau rata. Masak sehingga sambal masak, terbit minyak dan sebati dengan ikan. 




Catat Ulasan for "Ikan Tenggiri Goreng Berlado"