Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Hati Goreng Pengantin Yang Sedap

 
Alhamdulillah kita masih menjalani ibadah puasa tat kala ramai yang tidak sempat menjalaninya atau memasuki bulan Ramadhan. Syukur kerana masih diberi peluang untuk melakukan ibadah di bulan yang mulia ini. 

Saya ingin berkongsikan antara petikan dari kuliah Ustaz kegemaran saya iaitu Tokku Pasir Gudang. Saya suka kupasan beliau dan ayat ayat yang digunakan sangat tinggi perbendaharaan kata katanya, namun mudah difahami. Saya mendengar berulang kali kata kata yang berupa nasihat dan peringatan buat diri saya sendiri. Cuba baca coretan di bawah sehingga habis untuk melihat ketinggian bahasa yang digunakan. 

Hati orang beriman sentiasa ada rasa bimbang walaupun telah berada pada darjat bercahaya seperti kilat di langit, tapi selepas itu ada hujan. Orang beriman sentiasa ada sifat sedih yang melihat dirinya cuai di hadapan Allah. Bukan dukacita. Hati hati orang beriman dalam genggaman Allah yang boleh dibolak balik.

Bimbang kalau apa berlaku pada kita kerana kita tidak tahu kesudahannya. Masih hidup bernyawa masih ada peluang yang banyak. Tapi kita tak tahu peluang akan datang. Apakah akan jadi pemurah, atau bertukar jadi bengis dan garang, atau sifat taat pada sifat engkar. Kita tak tahu. Tak boleh kata kita tak akan buat silap lagi. Ya Allah masukkan lagi dengan rahmat mu. Tiada pintu masuk melainkan ada pintu keluar. Sifat orang beriman sebenar sentiasa takut pada Allah dengan sebenar benar, takut dengan hari kiamat kelak. Apakah kita berada dalam ketenangan, apakah kita bersama dengan orang yang dicintai. Kita tak tahu kita bangkit sebelah siapa. Kita akan masuk syurga secara kumpulan mengikut level yang sama.

Sesungguh orang takutkan Allah akan sentiasa rasa bimbang. Dailog Ahli syuga waktu mereka bersembang sambil menyebut nikmat Allah, kami dahulu waktu hidup di dunia sentiasa rasa takut dan bimbang. Dan dengan sifat takut kami, Allah kurniakan kepada kami jauh dari azab neraka. Siapa yang sentiasa bimbang apa akan berlaku kepadanya bila mati kelak, akan diamankan di akhirat kelak kerana tidak akan dihimpun dua ketakutan. Semua orang akan melalui titian sirat. Allah sebut semua orang akan lintas titian sirat tapi tak semua orang akan selamat. Walaupun sekarang kita mudah bangun qiamullail, banyak berselawat, rezeki murah, tak ada rasa dengki, rasa semua kebaikan dari ketaatan kita. Namun jangan rasa selesa, perlu ada kebimbangan. Ada yang taat dan alim tapi matinya dalam murtad walaupun dia seorang penhafal Quran.

Orang beriman bila buat dosa yakin hukum Allah akan kena pada dia. Allah pasti hukum dia. Bimbang tidak terbuka pintu taubat. Inilah kebimbangan orang beriman bila buat dosa. Maka jika ada sifat bimbang ini, akan selamat lah dia. Setiap orang mesti ada rasa bimbang akan kesudahan mereka. Bukan dukacita yang jadikan kita putus asa, hilang ilmu. Contoh bila business slow. Jangan sedih dalam hal dunia. Hilangkan rasa dukacita dengan Al Quran. Sifat Al Quran adalah penyembuh dan rahmat pada orang beriman. Kita kena dukacita dalam bab hubungan dengan Allah, tentang kesudahan kita bukan dukacita dengan hal dunia. Sesudah Allah bagi segala kebaikan kita jadi sombong. Kita dengan agama ingin cari kedudukan di sisi Allah. Bukan di sisi manusia. Kurang syukur itu yang mentyebabkan Allah tarik. Apakah amalan yang setelah dapat Allah cabut balik.

Kedua, apa yang Allah beri pada kita bukan untuk dibanding. Kita kena bersyukur bila dapat baca Al Quran. Tapi kalau dunia boleh membanding umpama kita membandingkan sampah mana lebih cantik. Jangan banding ilmu saya lebih banyak dari ilmu dia. Takut ada ruang riak. Kalau sekarang kita mampu buat ibadah, kita syukur bukan membanding dengan ibadah orang lain.

Ketiga, menghina orang lain penyebab hidayah ditarik. Jangan mati dalam menghina orang lain. Orang yang menghina orang adalah orang yang sombong. Ada orang diuji dengan taat, apakah dia bersyukur. Ada diuji dengan miskin, apakah dia bersabar. Jangan hina orang kerana dia diuji. Jangan kata dia bodoh. Dalam business, jangan sebab rugi jer terus kata orang itu bodoh. Jangan menulis ketokohan seseorang melainkan sesudah dia mati. Jangan tulis kealiman seseorang masa dia hidup kerana kita tak tahu kesudahannya. Tulis berkenaan seseorang tiba tiba jadi lain. Contoh tulis rahsia kekayaan. tapi tiba tiba dia menjadi muflis. Antara sebab Allah tarik keimanan ini ialah bangga diri sendiri, hina orang lain, bila dia tidak bersyukur dengan apa yang Allah bagi.

Keempat, tidak bersyukur dg apa yang Allah bagi pada dia. Contoh isteri dah tolong macam macam suami langsung tak ucap terima kasih. Budaya tak ucap terima kasih dengan orang. Orang yang tak pandai terima kasih dengan orang, tak akan pandai terima kasih dengan Allah. Walaupun pertolongan kecil jer tapi sentiasa amalkan untuk berterima kasih dan ucap Alhamdulillah. Orang ini dapat kemuliaan dan diikat nikmat yang Allah bagi. Alhamdulillah dapat terawih. Alhamdulillah selesai terawih. Allah suka seorang hamba bila makan walaupun sesuap akan ucap Alhamdulillah dan bersyukur. Allah redha pada dia.

Alhamdulillah bila kita makan. Suap dengan bismillah. Kenapa hidayah Allah tarik kerana dia tak pernah terima kasih. Bila berdoa kena mulai dengan puji Allah dan ucap syukur Alhamdulillahi rabbil alamain dan selawat pada nabi. Baru doa dimustajab.

Antara sebab ketaatan atau kesudahan kita tidak baik. Kenapa? Asal dah bagus tapi jadi tak baik. Kerana dia masih bersahabat dengan orang tak baik. Ia membahayakan dan penyebab suul Khatimah. Orang baik kawan dengan jahat dia akan rasa dia baik. Sehingga pemerintah zalim rasa dia baik walaupun dia tak baik. Buat buat bagus walaupun dia tak bagus. Kawan tak baik kita tak berani tegur kejahatan dia. Kita redha kejahatan dia. Kita akan kena laknat sekali. Dia tak cegah kejahatan orang buat sehingga dia sendiri jadi jahat. Akhir nya seronok tengok orang jahat buat jahat. Last last tumpang sekaki. Kita teongk orang rasuah. Kita tak cegah. Contoh Kalau tak rasuah macam mana nak dapat projek. Dia belanja kita makan. Akhirnya dia bagi duit rasuah kat kita. Akhirnya kita sekali terjebak dengan rasuah.

Umur dah lanjut, gugurkan kawan yang tak membantu agama kita. Tak tunjuk jalan Tuhan. Bukan nak bermusuh tapi bukan dalam orang yang akan planning hidup kita supaya mati kita baik. kawan yang boleh tegur kita. Kita nak kawan dengan orang macam ni. Mata kena terang waktu memilih kawan. Pilih kawan yang boleh membantu agama kita. Kita jadi segan nak tinggal benda baik Dia tanya lama tak nampak kuliah. Bertanya tu akan jadikan kita istiqamah, itu tandanya masih ada hubungan persahabatan. Kalau kawan tak bertanya, itu tanda kita dalam keretakan persahabatan. Punca Allah tarik hidayah adalah kerana kawan tak baik.

Orang yang dapat rahsia Allah, tak akan mudah melatah. Dia belum tahu apa takdir Allah yang dia tahu hanya ada rahsia di sebalik takdir. Orang dapat rahsia, akan jadi tenang dengan takdir Allah walaupun berat kerana percaya ada kejayaan dan hikmah. Lagi berat, lagi hebat ganjaran. Senyum dengan segala pusingan takdir Allah. Dia faham jika rugi bisness, tetap tenang tak apalah tak ada rezeki. Dunia macam tu diuji. Hilang barang, tak apa. Dia tahu rahsia sehingga dia nampak kebaikan di sebalik takdir yang berlaku. Kekayaan datang dari Allah. Bila imam pada satu tahap. Manafaat bukan datang dari manusia. Bila manusia janji untuk beri satu manafaat, kita tak gembira. Kamu tak berdukacita dengan apa yang hilang dan tak gembira dengan apa yang datang kerana tahu semuanya ujian.

Tanda Murtad hati ialah bila Allah tarik rahsia takdir. Kedua, hati hilang kemanisan ibadah. Jiwa sekali sekala dari perkara yang dulu menjadi satu kebiasaan. Sekarang dia hilang. Dulu ada ke masjid. Sekarang tak ada langsung. Yang takut bila buat salah tapi tak rasa bersalah walaupun ditegur. Pada fizikal nya langsung tak buat. Tak puasa tak tutup aurat. Tak taat dah. Di masjid, orang munafik zahir seperti sangkar. Yang datang masjid walaupun munafik tapi kita secara syariah diajar tak menghukum. Itu urusan dia dengan Allah. Kita tak tahu hati dia. Orang buat baik, kita buat baik pada orang tu. Kita tak berhak bicara hati orang dan melampau sempadan. Siapa kita untuk kata dia tak ikhlas. Kita tak ada kuasa tu sekali pun Allah tunjuk tanda dia tak ikhlas tapi kita tak boleh hukum orang. Mungkin asal tak baik tapi lama lama jadi baik bila dia berubah jadi baik bila berada dalam suasana baik. 

Dia dah buat kebaikan yang awak tak mampu buat. Kita pandai kritik. Yang kedua dia dah mampu buat kebaikan. Andai kata dia buat untuk naikkan content, barangkali doa orang yang dia tolong dimakbulkan Allah dan jadikan hatinya berubah. Kita dok kritik tapi tak buat apa apa kebaikan. Konon tak suka tunjuk kebaikan tapi tak pernah buat baik. Jangan kritik kebaikan orang yang dia buat baik yang kita tak buat. Jadikan dunia penuh kasih sayang dan penuh prasangka baik. OK setakat ini dahulu semoga bermanafaat.


Saya belajar resipi ini dari kakak sepupu yang memang memasak untuk majlis kawin dan biasanya akan ditugas untuk menyediakan lauk pauk hidangan pengantin. Beliau memasak lauk ini untuk hidangan pengantin semasa anak saudara kami kawin. Masa dia memasak, tak ada lah kami melihat kerana semua sibuk denga tugasan masing masing. Masa makan, baru terasa, sedap nyer. Jadi saya menghubungi beliau untuk belajar cara cara memasaknya.

Saya jarang memasak lauk ini di rumah. Jarang sekali beli hati kerana semua orang di rumah ini tak suka makan hati. Hanya saya sahaja. Hari ini saya memasak pun hanya 250 gram sahaja. Beli hati setengah kilo. Kalau ikutkan nak beli 250 gram sahaja tapi tengok hati yang dihantar setengah kilo. Jadi separuh saya simpan untuk dimasak di lain kali pula. 

Puashati dapat makan hati goreng pengantin ini setelah sekian lama teringat nak makan. Saya kalau pergi makan di restoran pun, akan ambil 1 atau 2 ketul jer hati. 

Ini adalah kerana bacaan uric acid saya sekarang ini pun dah tinggi. Jadi doktor nasihatkan supaya mengurangkan makanan dari organ dalaman haiwan. Hahaha sekali sekala jer pun, rasanya last saya masak lauk hati ini pun beberapa tahun lepas. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..

Hati Goreng Pengantin

Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:

¼ kg hati lembu - potong tebal  

Garam

Serbuk kunyit 

¼ cawan minyak


Bahan tumbuk:

4 biji bawang merah 

3 ulas bawang putih 

1 inci halia  


Bahan lain:

½ senduk kicap manis

1 sudu besar sos lada hitam - boleh ganti dengan ½ sudu kecil serbuk lada hitam 

1 sudu besar sos tiram 

Gula - jika perlu 

Serbuk perasa 


Bahan lain:

½ biji bawang besar Holland - hiris halus

Cili merah dan cili hijau - belah 2

Daun sup


Cara cara:

Hiris tebal hati lembu kerana jika nipis akan liat dan tak sedap.


Panaskan minyak dan goreng hati sekadar masak sahaja. Jangan goreng garing, tak sedap. Angkat dan ketepikan. 




Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan sedikit keperangan. 


Masukkan kicap, sos tiram dan sos lada hitam atau serbuk lada hitam. Jika perlu, masukkan sedikit air. 


Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili hidup. Masukkan hati yang telah digoreng. Kacau rata. Jika suka, boleh masukkan sedikit serbuk perasa. 



Sebelum dihidangkan tabur daun bawang/daun sup. 



Catat Ulasan for "Hati Goreng Pengantin Yang Sedap"