Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Air Asam Pencicah Untuk Ikan Pari Bakar



Saya hari ini menyediakan ikan pari bakar dengan asam pencicah. Asam yang rasanya masam masam manis ini pasti sedap jika dimakan waktu berbuka puasa kan. Lauk ikan pari bakar adalah kesukaan cucu saya, Ammar Yahya. 

Insya Allah pagi esok Ammar dan Aliya akan berangkat ke London selama 2 minggu. Mereka akan beraya di sana bersama anak saya Aween. Jika tidak kerana akhir Ramadhan, pastinya saya akan ikut mereka. Tapi tengoklah macam mana kerana jika hari raya jatuh pada hari Jumaat, bermakna Nana akan beraya di bilik peperiksaan sehingga petang. 

Saya telah membekalkan lauk pauk untuk berbuka dan juga lauk pauk untuk juadah raya mereka di sana. Apa apa pun, sama sama doakan agar dipermudahkan segala urusan mereka dan Nana lulus ujian yang diduduki dengan cemerlang. Aamiin. 



Balik dari Maybank bersama Nana dan Alain serta Aliya, singgah di Village Grocer. Rasanya kali ini beli bahan bahan sikit jer pun, tapi tengok bill lebih dari RM400. Hmm patutlah, yang paling mahal ikan pari dengan harga lebih RM40. Katanya ikan pari segar. Hmm entah lah

Balik terus lumur garam kunyit dan bakar. Kalau ikan pari ni kena makan simple jer baru sedap dan terasa kesedapannya. 

Itu yang saya buat air asam pencicah untuk dicicah dengan ikan pari bakar. Kalau sebelum ini saya cicah dengan sambal kicap di SINI. Dua dua pilihan saya sebenarnya. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...



Air Asam Pencicah 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 sudu besar gula
¾ -1 sudu besar garam

Bahan Kisar:
2 biji bawang merah
3 tangkai cili padi hijau
Sebesar 2 ibu jari asam jawa tanpa biji
½ cawan air

Bahan hiris:
1 tangkai cili merah
2 tangkai cili padi hijau
½ biji buah tomato - potong dadu
½ biji bawang besar Holland

Cara-cara:
Masukkan dalam pengisar bahan kisar, 3 sudu besar gula dan ¾ sudu besar garam. Kisar sehingga lumat. Tuang dalam mangkuk. 

Masukkan bahan hiris dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Jika suka, boleh perahkan jus limau kasturi atau limau nipis.



Catat Ulasan for "Air Asam Pencicah Untuk Ikan Pari Bakar"