Percutian London Februari 2023 - Oxford Street
Alhamdulillah saya menyambung entri percutian kami di London. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Tiba di Lapangan Terbang Heathrow Terminal 4, kami dibawa ke pejabat kereta sewa untuk urusan pengambilan kereta.
Sebaik selesai urusan kereta, kami terus ke apartment penginapan di Havilland Mews di Shepherd Bush. Rumah dalam kawasan gated kepunyaan sahabat besan kami ini, menpunyai 5 tingkat dengan 6 bilik termasuk ruang solat, ruang dapur sekali ruang makan dan ruang tamu yang luas. Terdapat 2 lot parking disediakan.
Sebaik sampai, kami terus turun ke dapur dan ruang makan di tingkat bawah sekali. Kami makan sarapan yang disediakan Datin Nursinah, Dr Hamidah dan Mariam seperti roti bom dan kuah sardin, roti telur dan sandwich.
Kebetulan pula, saya lupa membawa antibiotik saya bersama di dalam handbag. Jadi saya dah terlewat mengambilnya kerana saya mengambilnya selepas sarapan pagi waktu Malaysia.
Tidak lama selepas kami sampai, Aween pun sampai dari Wales. Dia naik bas dari sana dan mengambil uber dari Victoria Station ke sini.
Selepas mengemas bag bag, kami mula bersiap siap untuk keluar. Destinasi pertama ialah Oxford Street. Kami berjalan kaki ke train station dan turun di Notting Hill Gate station berdekatan dengan dengan Primark. Biasanya kami ke Primark yang dekat dengan Marble Arch.
Saya tidak pernah sampai ke sini kerana ianya terletak jauh berhampiran dengan apartment yang kami sewa dahulu. Primark ini lebih besar dan lebih selesa kerana adanya kemudahan cafe dan juga bilik air.
Selepas berjalan kaki, terus terjumpa tempat ini yang sangat cantik dengan lampu yang berkilauan. Lupa pulak nama tempat ini. Kami singgah bergambar sebelum berjalan ke Primark. Sementara kawan kawan bershopping di Primark, kami bertiga berjalan ke Selfridge yang agak jauh.
Kemudian bertemu semula di Primark untuk sama sama berjalan mencari tempat solat. Selepas solat, kami pergi semula ke Primark kerana sebelum ini, saya tidak sempat membeli pakaian untuk cucu cucu. Seperti biasa, saya menunggu sambil minum di cafe sementara Hubby mencari baju baju untuk 4 orang cucu.
Setelah semua selesai bershopping, kami naik train untuk ke Hotel Grand Plaza. Kami dijemput oleh sahabat Dato Wan Nazari untuk makan malam di situ. Sedap makanannya, masakan Melayu ala kampung. Lengkap dengan kuih pencuci mulut juga.
Selepas makan, kami berjalan kaki balik ke train station untuk balik ke apartment. Cuaca di London ketika ini sangat sejuk sehingga mengigil. Lebih lebih lagi di waktu malam. Jangan lupa sambungannya di SINI.
Catat Ulasan for "Percutian London Februari 2023 - Oxford Street"
Add your comment