Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Paru Sambal Berlado Kegemaran Anak Anak



Alhamdulillah hari ini kita telah berpuasa dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah juga kerana berpeluang mengikuti kuliah zoom Dato Dr Fatma El Zahraa. Kebiasaannya saya memang terlepas samada tertidur atau sibuk melayan cucu. Sebelum itu, jangan lupa klik iklan di blog saya dan klik follow blog tau. Terima kasih. Hahaha kena selalu diingatkan kerana saya tahu ramai yang tak buat.

Antara yang sempat saya catit dari kuliah hari ini ialah bab bila Allah uji kita dan kita sabar, Allah akan mengganti dengan suatu yang lebih baik. Contoh ketika Rasulullah kematian anak lelaki baginda. Kaum Quraisy ketawa kerana Nabi tak ada zuriat lelaki. Allah SWT dalam surat Al Kautsar bersabda yang bermaksud semua harta dunia tak dibawa ke akhirat. Hanya amalan yang kita buat sahaja yang kita bawa ke akhirat.vSurat Al Kautsar merupakan surah ke-108 dalam Al Quran. Diturunkan di Mekah, surah ini terdiri dari 3 ayat dan terpendek dalam Al Quran.

Surat Al Kautsar menunjukkan bahwa Allah SWT memberikan nikmat yang banyak kepada Rasulullah SAW. Nikmat yang banyak itu di antaranya adalah keturunan yang banyak dan telaga al kautsar di syurga kelak. Air dari telaga yang putih lebih dari susu, harum dari kasturi, manis dari madu. Bila diminum seteguk, seorang tidak akan dahaga selamanya. 

Jadi banyakkan berdoa Ya Allah semoga aku dapat minum air dari telaga Al Kautsar kerana bila kita dapat minum bermakna kita dapat masuk syurga. Tidak semua umat Nabi Muhammad yang dapat minum air dari telaga ini. Hanya umat baginda yang taat akan minum dulu air dari kolam ini. Ianya adalah hentian akhir sebelum ke syurga. 

Disentuh juga bab Ramadhan di mana hanya Allah sahaja yang tahu kalau seseorang berpuasa atau tidak. Berbeza dengan ibadah lain yang boleh dilihat seperti solat, umrah dsb. Jadi puasa adalah salah satu ibadah ikhlas yang kita buat kerana Allah. Apa itu ikhlas? Ikhlas ialah bila kita melakukan sesuatu hanya kerana Allah Taala. 

Kita boleh sahaja, masuk ke dalam bilik dan minum air tanpa ada orang yang tahu. Tapi kita tak buat macam tu kerana kita berpuasa kerana Allah. Ikhlas ialah bila kita buat sesuatu bukan untuk tunjuk pada manusia. Kita buat semuanya kerana Allah. Contoh kita exercise bukan kerana nak kurus cantik tapi kerana mahu sihat supaya dapat beribadah pada Allah. Ada orang pakai baju pun tak ikhlas tapi nak tunjuk aku pakai baju mahal. Sepatut pakai untuk tutup aurat untuk mudah menunaikan ibadah.

Ramadhan ini jangan kita mensia siakan masa dengan keluar berbuka puasa di luar seperti di hotel hotel sehingga meninggalkan solat terawih. Maklum bila dah makan buffet, rugi lah kalau balik cepat kan. Selain itu, kita kena juga puasa mata, puasa telinga, puasa hati. Jangan marah marah dan jangan dengki mendengki. Bukan semata mata puasa tidak makan dan minum. Yang paling utama ialah memperbanyakkan bertaubat. 

Bila Nabi Adam dihantar ke bumi, syaitan juga diturunkan ke bumi. Iblis meminta penangguhan waktu kepada Allah swt hingga hari Kiamat dan usianya dipanjangkan hingga akhir zaman. Penangguhan waktu ini dilakukan Iblis bukan untuk menebus dosanya, tapi untuk membalas dendam kepada manusia dengan menggodanya supaya tergelincir dari jalan kebenaran. 

Penangguhan waktu yang diminta Iblis akhirnya dikabulkan oleh Allah swt hingga waktu yang ditentukan-Nya, bukan hari Kiamat. Syaitan berjanji untuk menyesatkan anak cucu keturunan Adam. Demi kemuliaanMu, aku akan uji semua manusia. Ada orang yang aku akan kalah. Mereka tak akan ikut aku. Mereka ialah orang yang ikhlas. 

"Iblis menjawab, demi kekuasaan Engkau, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka." (Shaad: 82 - 83) Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas". (Al Hijr: 39 - 40) . OK setakat ini dahulu, sekarang kita masuk pula bab resipi.


Paru goreng berlado adalah lauk yang saya masak pada hari pertama puasa Ramadhan tahun ini. Lauk ini adalah lauk kegemaran anak anak saya, terutama Nellisa. Nana pula memang tak makan bahan dan organ dalaman haiwan. 

Masak berlado ada pelbagai versi, ada yang memasukkan sedikit sos tiram. Tapi ini versi paling simple sahaja. Jika menpunyai buah tomato, boleh ganti asam keping. Saya ada baca kalau versi ori Minang, tidak dimasukkan bawang putih. Hanya cili merah, buah tomato dan bawang merah sahaja. 

Jom layan resipi dan penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINISelamat mencuba...


Paru Goreng Berlado
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
½ kg paru 
1 keping asam kepin
1 sudu besar gula atau secukupnya 
½ sudu kecil garam atau secukupnya

Bahan tumbuk kasar:
7 tangkai cili padi hijau dan merah
4 tangkai cili hijau
4 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah

Cara cara:
Rebus paru dengan sedikit garam dan halia sehingga empuk. Cara untuk mengetahui kalau telah empuk ialah cucuk dengan tester kek atau pisau. Bila dah empuk, ia akan lembut dan mudah dihiris. Angkat, tos dan sejukkan. Nota: saya guna periuk tekanan selama 35 minit.

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga terbit minyak dengan menggunakan api perlahan.

Masukkan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan tutup api. Biarkan betul betul sejuk.

Setelah paru sejuk, hiris nipis yang disukai. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.


Panaskan minyak dan goreng paru sehingga garing. Angkat dan tos.


Masukkan paru ke dalam sambal dan kacau rata. 





Catat Ulasan for "Paru Sambal Berlado Kegemaran Anak Anak "