Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Ayam Azie Kitchen - My Best Ever Nasi Ayam



Alhamdulillah hari ini, saya rasa lebih segar, dah kurang sedikit rasa letih dan mengantuk jet lag. Semalam, saya tidur lebih 1 jam juga di siang hari. Bila terjaga rasa amat rugi bila tidur lama lama. Itulah kerisauan saya bila bercuti di luar negara sekarang ini. Pemulihan mengambil masa bila dah berusia ini. 

Anda yang baca blog saya hari ini, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog tau. Kerjasama anda didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

Sebelum kita masuk bab resipi, saya ingin kongsikan sedikit petikan dari kuliah zoom oleh Ustaz Ahmad Dasuki berkenaan bulan Ramadhan. Ramadhan adalah tanda kasih sayang Allah. Sebelum kedatangan Rasulullah, tiada yang bercakap tentang Ramadhan. Hanya 4 bulan sahaja yang disebut iaitu bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Ramadhan tak dikenali di kalangan manusia sebelum ini.

Allah tunjukkan kasih sayang pada umat Nabi Muhammad. Allah tonjolkan Ramadhan sebagai bulan penuh dengan kebaikan yang banyak. Setiap malam bulan Ramadhan, berapa ramai dikeluarkan dari neraka.

Umat terdahulu umur panjang sehingga ratusan dan ribuan tahun. Nabi Ibrahim dikatakan mencapai umur akil baligh pada usia 120 tahun. Umur mereka hidup panjang dan tentu banyak pahala yang dibuat. 

Umur umat Nabi Muhammad hanya antara 60-70 tahun sahaja. Amalan apa yang kita ada untuk melayakkan kita masuk syurga firdaus. Tentu tak ada amalan yang terbaik. Itu pun dah tolak 15 tahun sebelum umur akil baligh. Tolak lagi masa makan, berjalan dan tidur antara 6-8 jam setiap malam. Berapa lama sahaja masa yang tinggal untuk beramal. Kita tidur malam selama 22 tahun. Bukan lagi tidur depan komputer, dalam majlis ilmu dsb. Masa beribadah hanya ada beberapa tahun tahun. 

Allah jadikan Ramadhan dan diberikan 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Malam yang jika kita baca Al Quran sama dengan baca Al Quran selama 82 tahun. Jangan berhenti sedekah setiap malam Ramadhan. Kerana jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, ia seolah kita bersedekah selama 82 tahun. 

Ramadhan tetamu agung yang besar. Orang yang tahu nilai Ramadhan akan membuat persiapan diri untuk masuk bulan Ramadhan. OK setakat ini dahulu, sekarang kita masuk pula bab resipi dan masakan hari ini iaitu nasi ayam.


Saya menyediakan lauk ini di kala hujan lebat sangat. Cuaca pula mendung. Walaupun menggunakan lampu namun tetap gelap. Jadi gambar tak berapa cantik walaupun di luar nampak lebih menarik dari di dalam gambar.

Resipi yang saya guna kali ini adalah kombinasi resipi resipi yang saya gunakan selama ini. Yang mana saya rasa sedap, saya akan ulang. Untuk nasi ayam ini, semua yang saya rasa sedap di tekak saya. Nasi ayam sedap, sup sedap, sambal cili sedap. Hahaha macam semua sedap jer.  

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...


Nasi Ayam Azie Kitchen 
Oleh:Azie Kitchen

Bahan Sup: 
7 biji bawang merah - kisar
6 ulas bawang putih - kisar
3 inci halia - kisar
1 sup bunjut
3 ketul kiub ayam
½ senduk minyak masak
1 sudu besar garam

Tumis bahan sup dan masukkan bahan kisar sehingga naik bau.

Masukkan 10 cawan air, sup bunjut, serai dan kiub ayam. Masukkan ayam. Ayam jangan masak sangat. Masukkan garam 2 sudu kfc. Kena bagi sup sedap dan secukup rasa.

Keluarkan ayam dan tos.


Bahan Ayam:
1 ekor ayam
2 senduk kicap cap kipas udang
4 sudu besar sos tiram
Madu, jika suka

Ayam yang direbus, dimasukkan 2 senduk kicap cap kipas udang, 2-3 sudu besar sos tiram sebab masa goreng jadi hitam. Panaskan minyak dan goreng secara touch n go sahaja atau air fryer. Tos dalam penapis.



Nasi Ayam:
5 cawan beras - basuh dan tos kering
7 cawan air rebusan ayam
Sedikit serbuk kunyit

Bahan Tumis: tumbuk
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 helai daun pandan
3 sudu besar majerin planta

Masukkan planta dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan air rebusan ayam. Nota: jika tak cukup air rebusan, boleh tambah air. Setelah mendidih, masukkan daun pandan dan serbuk kunyit. Masukkan beras. Masak seperti biasa.



Sambal Cili 
15 batang cili merah - 4 biji 75 gram
5 ulas bawang putih - 3 ulas 26 gram
1 ibu jari halia - guna 1 inci
15 biji limau kasturi - 5 sudu besar jus
1 sudu kecil garam
½ cawan gula - 5 sudu besar

Kisar semua bahan di atas. Nota: tak letak air.


Kicap 
2 ulas bawang putih - ketuk
Sedikit minyak

Nyalakan api. Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga keperangan.

Masukkan:
1 cawan air
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos perasa maggi
½ sudu besar lea n perrin
½ sudu besar kicap pekat
1 sudu besar gula

Masak sehingga mendidih. Angkat dan sedia untuk digunakan.



Catat Ulasan for "Nasi Ayam Azie Kitchen - My Best Ever Nasi Ayam "