Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

London Februari 2023 - Oxford



Alhamdulillah hari ini saya ingin menyambung entri hari ke3 percutian London. Boleh klik di SINI untuk entri sebelum ini. Saya akan cuba habiskan secepatnya kerana saya mahu fokuskan pada aktiviti lain di dalam bulan Ramadhan yang bermula esok. 

Seperti biasa kami menyediakan sarapan sebelum keluar. Kami para isteri masuk bersama sama ke dapur untuk memasak menu pagi ini iaitu nasi goreng dan cucur udang. Nasi ada 2 kuali satu kuali nasi goreng kampung yang dimasak besan saya Datin Setia Nursinah dan satu lagi yang saya masak dengan dibantu oleh Dr Hamidah. Saya menyediakan nasi goreng Cina. 

Selepas makan kami naik bersiap siap dan bertolak 9.50 pagi untuk ke Windsor Castle dan Oxford University dengan 2 MPV. Perjalanan mengambil masa selama lebih 1 jam.



Sebaik sampai di kawasan Windsor Castle, terpaksa beberapa kali juga pusing pusing mencari parking. Akhirnya dapat parking di kawasan yang terdapat anak sungai yang cantik dengan adanya boat dan itik itik angsa berenang renang di dalamnya. 

Bila google, sungai tersebut adalah River Thames. Jadi apa lagi, kami semua terus ke tepian sungai untuk bergambar. Boleh dikatakan sungai sungai di luar negara semuanya cantik dan terjaga. 



Windsor Castle adalah salah satu dari tarikan menarik di dunia untuk dikunjungi pelancung. Ianya berusia lebih 1000 tahun menjadi istana Diraja British yang dikunjungi di hujung minggu. 

Ketika kami sampai, jalan ditutup untuk perarakan masuk changing the guard. Kami kemudian berjalan untuk menunggu di depan pintu untuk perarakan keluar pula. Ada yang ingin masuk tapi orang beratur terlalu panjang untuk membeli tiket. Saya memang tidak lah berminat sangat pertama kerana berbayar dan keduanya kerana saya memang tidak larat nak berjalan jalan di dalamnya yang luas. 






Kami kemudian masuk ke dalam kedai kedai yang menjual souvineer berhadapan dengan pintu masuk dan sekitarnya. Selepas bergambar di sini, kami kemudian mulai berjalan ke kereta. 



Destinasi seterusnya ialah Oxford University. Tapi sebelum itu, kami mencari tempat untuk solat. Sementara mendapatkan maklumat untuk kata lauan pintu masuk ke ruang solat yang berkunci, kami masuk ke dalam muzium yang ketika itu menpunyai pameran hidupan. Hahaha dah umur macam saya ni, memang tak minat dah pameran seperti ini, jadi saya pusing pusing jer sambil melihat lihat pameran yang ada.


Kemudian kami masuk ke ruang solat. Selepas solat, kami berjalan di sekitar Oxford University dengan singgah di kedai kedai souvineer. Kemudian berjalan mencari tempat makan tapi tak jumpa. 


Sambil berjalan jalan tu, kami singgah berposing di tempat yang cantik dan menarik terutama dengan pokok pokok yang togel tanpa daun daun. Oleh kerana tak jumpa kedai makan di kawasan universiti, kami buat keputusan untuk makan di Bicester Village. Agak rushing kerana restoran Shan Shui ditutup pukul 6.00 petang. 




Ketika sampai di Shan Shui, tiada meja yang boleh memuatkan kami semua. Jadi kami perlu menunggu sehingga terdapat meja yang sesuai. Sementara menunggu, saya dan Aween masuk ke butik Gucci untuk mencari backpack Aween. 

Kemudian pergi semula ke restoran untuk makan malam. Portion hidangan di sini agak besar, jadi kalau saya mesti tak habis. Jadi kalau ada yang ke sini, jangan order banyak kerana bila tak habis, agak membazir. 


Kami tak sempat pun nak masuk ke butik lain selepas makan kerana hari pun dah hampir malam. Kedai dah hampir ditutup dan kami juga rushing untuk balik ke London. Ambil gambar pun dah dalam gelap. OK setakat ini dahulu sehingga kita jumpa di sambungannya di entri seterusnya di SINI...



Catat Ulasan for "London Februari 2023 - Oxford "