Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Umrah 23 Januari 2023 Tawaf Wada dan Bertolak ke Jeddah


Alhamdulillah. Kini saya telah tiba di entri terakhir perjalanan Umrah saya dari 12 hingga 23 januari 2023. Kebetulan juga malam ini kami akan berangkat ke London untuk bercuti bersama besan dan BFF. Hari terakhir di Masjidil Haram ini memang tiada gambar. Selepas tawaf wada, tidak digalakkan untuk kita bergambar sehingga kita meninggalkan kota Mekah. Boleh klik entri sebelum ini di SINI

Pagi pagi bangun dan berjalan ke masjid untuk melakukan solat Subuh dan seterusnya tawaf wada. Jadi kami solat di kawasan tempat solat perempuan di hadapan pintu 79. 

Selepas itu, kami turun ke dataran kaabah. Juita ingin perbaharui wudhu. Kami masuk di tempat solat wanita berhadapan juga dengan kaabah. Malah boleh dilihat kaabah di sini. Ketika itu, baru nampak tempat berwudu di bawah tangga yang bertutup dengan kain langsir berwarna hijau. Saya sekali memperbaharui wudu sebelum melakukan tawaf wada. 


Kami selesai tawaf wada hampir pukul 8.00 pagi juga. Jadi cepat cepat balik ke bilik kerana mahu meletakkan bag di luar pintu pukul 8 pagi untuk di bawa turun oleh pekerja hotel. 


Selepas itu, baru turun bersarapan kerana mahu berjumpa dengan Ustaz Amirul berkenaan dengan pembayaran dam dsb. Naik semula ke bilik untuk membawa semua barang turun. 

Pukul 11.00 pagi naik bas. Solat jamak qasar Zohor dan Asar di masjid Adhani Jeddah. Di masjid ini, memang tiada orang sebelum azan. Jadi kami masuk dan bersedia untuk solat di tingkat bawah kerana lebih banyak tempat solat di tingkat atas yang perlu naik beberapa tangga yang sempit. 


Selepas solat, nasi bungkus pun sampai. Nak makan di bawah pokok pun panas, jadi kami makan dalam bas sahaja. Terasa sedap juga ayam yang dimasak ala ala gulai kurma ayam. Ada lah rasa masakan Malaysia. Selepas makan, kami bertolak ke Jeddah airport.

Sampai di Jeddah airport, masuk ikut pintu C2 kaunter check in Malaysia Airline di sebelah kiri pintu masuk. Seperti biasa lah, di kaunter check in kena banyak bersabar samada dengan mat Arab yang bertugas di kaunter atau pun dengan jemaah yang tiba tiba memotong barisan dengan membawa 7-8 passport di tangan. 

Memang mereka tiba dahulu tapi mereka tidak beratur pun di depan kaunter check in. Sebaliknya duduk duduk di tempat berhampiran kaunter check in. Tapi mungkin mereka rasa mereka yang sampai dulu, mereka layak untuk terus ke hadapan kaunter. Mungkin.

Selepas check in, ada taklimat akhir dari pihak Wira Saujana dan bergambar beramai ramai sebagai kenangan. 


Kami kemudian masuk melalui imigresen dan pemeriksaan scanning bagasi hand carry. Alhamdulillah semua lepas tanpa ada apa apa soalan pun.

Kami kemudian turun dengan lift ke tingkat 1 untuk ke mengambil train ke bangunan terminal. Kemudian belok kiri untuk ke golden premium plaza. Agak tersorok sedikit kedudukannya. berpusing pusing juga mencari lokasinya. Banyak juga makanan yang dihidangkan tetapi bila masih kekenyangan, saya hanya minum dan makan buah kurma sahaja.  


Di situ tak ada tempat berwudu dan tempat solat. Kami ambil wudhu dan solat di lounge sahaja. Waktu Maghrib masuk pukul 6.07 petang. Kami solat berjemaah bersama dengan Hajah Saudah dan suaminya. Kemudian berjalan ke pintu pelepasan A46. Flight kami MH 151 Amal By MH berelepas pukul 7.10 petang. 


Selepas kapalterbang berlepas dari Jeddah airport, kami dihidangkan dengan makan malam. Hidangan appetiser ialah sate yang sangat sedap. Daging dan isi ayamnya besar, sangat juicy, tiada lemak dan kuah kacangnya pun sedap. Saya minta extra sate tapi diberi satu pinggan lagi. 



Kemudian dihidangkan pula dengan nasi putih dan ikan. Saya dah mula rasa tak sihat, jadi memang makan sesuap, terus ketepikan. Lagi lagi pula dah kenyang makan sate. 

Badan mula rasa tidak sihat, rasa kesejukan seluruh badan. Makan ubat dan terus berselimut dan tidur. Pukul 2.12 pagi didengarkan azan subuh. Kebetulan saya berada di tandas ketika itu, jadi saya terus mengambil wudu di sink kecuali membasuh kaki saya menggunakan spray di tempat duduk untuk mengelakkan membasahi lantai tandas kapalterbang. Kemudian saya menunaikan solat subuh di tempat duduk.

Seperti biasa, 2 jam sebelum mendarat, kami dihidangkan dengan makanan. Saya meminta milo panas kerana ketika badan dah terasa sejuk sejuk. 

Kapalterbang mendarat di KLIA dalam pukul 9.00 pagi. Sampai di tempat bagasi, terpaksa menunggu bag yang agak lama. Bag untuk penumpang kelas perniagaan keluar paling akhir. Selepas mengambil bag, kami berjalan keluar. 

Alhamdulillah gembira sangat bila melihat Ammar dan Medina berlari ke arah kami sebaik kami keluar dari pintu. Gembira melihat suami, anak anak dan menantu menantu dan cucu cucu semua ada menyambut kami, kecuali Aween. 

Sebelum beredar untuk sarapan di food court, kami berjumpa dengan Ustaz Uzair dari Wira Saujana Travel yang menunggu ketibaan jemaah untuk memberikan cenderahati. Selepas makan, kami terus bertolak balik ke rumah. 

Alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai di rumah. Seronok melihat anak anak membuka jubah dan barang lain yang dibeli untuk mereka. 

Alhamdulillah selesai sudah ibadah umrah yang dirindukan selama 5 tahun. Lama rupanya 5 tahun itu, maklumlah pandemik Covid 19 pun melanda sejak tahun 2000. Tahun 2019 saya tak ke sana memikirkan tahun 2000 saya akan bersara, jadi boleh pergi tanpa perlu mengambil cuti tahunan. OK doakan agar kami dapat mengunjungi Tanah Suci lagi. Aamiin. 



Catat Ulasan for "Umrah 23 Januari 2023 Tawaf Wada dan Bertolak ke Jeddah"