Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Umrah 17 Januari 2023 Aktiviti Bebas Hari Pertama di Mekah



Alhamdulillah kami telah selesai mengerjakan ibadah umrah. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Hari kedua di Mekah adalah hari aktiviti bebas. Kami semua kepenatan dengan perjalanan dari Madinah ke Mekah serta dengan melakukan umrah. 

Saya bangun agak lewat untuk solat Subuh di masjid. Sebaik sampai di pintu di 88 dan 87, baru tahu rupanya pintu ditutup dan dibuka hanya 15 minit sebelum azan kedua berkumandang. Terpaksa lah berdiri di situ dalam keadaan bersesak sesak dengan cuaca yang agak sejuk. Tapi ada juga kebaikannya pintu ditutup, kita dapat masuk serentak dalam masa yang sama. Tiada jemaah yang tidur baring atau booking tempat dengan segala bag. 

Balik solat Subuh, kami sambung tidur dek keletihan. Bangun jer baru terasa perut dah kelaparan. Selepas sarapan, kami terus ke masjidil haram, masuk melalui pintu King Abdul Aziz. Saya melakukan tawaf sunat. Hari ini adalah hari untuk saya explore Masjidil Haram yang tidak dapat dibuat masa biasa. 

Sebelum lupa, saya nak kongsikan gambar kami bersolat di Bukit Marwah untuk solat Zohor. Manasik Sai, Bukit Safa dan Bukit Marwah dikira sebahagian dari masjid pada ketika solat. Kalau Bukit Marwah, kita masih boleh memijak batu bukit tapi di Bukit Safa telah dipasang dengan kaca. 

Saya sempat juga merasa, memanjat dan memijak batu di Bukit Safa suatu ketika dulu. Memang tindakan kerajaan Saudi memagar Bukit Safa adalah tepat kerana sekarang jemaah sangat ramai. Nantikan ada yang memanjat dan terjatuh pulak. Bukit Safa lebih tinggi dan curam berbanding dengan Bukit Marwah.


Balik hotel untuk makan tengahari. Balik ke hotel dan kemudian turun untuk makan tengahari. Masa tu, baru tahu ramai yang keletihan sehingga tidak bangun bersarapan. Bergambar dengan seorang jemaah yang juga follower Azie Kitchen. Saya lupa menanyakan nama beliau. Dalam gambar pula, beliau memakai mask. Jadi kalau terbaca catatan ini, jangan lupa komen tau.


Kami bersolat di Masjidil Haram untuk Zohor dan pergi semula untuk solat Asar. Selepas Maghrib, kami tak balik. Terus tunggu sehingga solat Isyak. Berkenalan dengan seorang jemaah dari Indonesia yang membuat business slimming dan coaching. 


Selepas solat Isyak, saya berjanji untuk berjumpa dengan Usama. Beliau telah menunggu saya berdekatan pintu masuk ke lobi Tower 3. Saya dah 5 tahun mengenali Usama dan beliau telah membantu saya untuk mengagihkan kurma di dalam Masjidil Haram di 10 malam terakhir Ramadhan. Sebelum ini, dia bekerja di kedai menjual kurma di Safwa Tower.


Nantikan sambungan entri seterusnya di SINI.


Catat Ulasan for "Umrah 17 Januari 2023 Aktiviti Bebas Hari Pertama di Mekah"