Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap



Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya tau. Dah lama senyap dan sunyi. Terima kasih tau. Saya masih nak menulis bab umrah. Saya rasa saya tidak keseorangan, sekembali dari mengerjakan umrah, saya menjadi teramat rindu dengan tanah haram. Kalau tidur mesti bermimpi seolah masih di sana. Bila melihat gambar atau video Mekah dan Madinah, hati seolah bergetar getar. 

Itulah sebabnya kita boleh sahaja merakamkan gambar dan video semasa mengerjakan umrah di tanah suci. Yang tak bolehnya mengambil gambar atau video ketika sedang mengerjakan tawaf atau sai kerana ianya boleh memesong niat kita ketika itu. 

Walau apa pun, kita sebenarnya tiada masa pun untuk pos gambar dan video ketika masih di sana. Hanya sempat ambil gambar. Semuanya kerana masa yang diisi dengan begitu padat. Kalau pun ada masa terluang, digunakan untuk berehat, untuk merebahkan badan seketika, untuk makan dsb. 

Jika kita tidak ada apa apa yang dibuat kerana penat, boleh jer niat iktikaf dan berehat seketika dalam masjid. Jika tidak, boleh mengaji, berzikir dan berdoa. Jika di dataran Kaabah, boleh hanya duduk dan memandang kaabah, jika tidak larat untuk melakukan tawaf sunat. Semua itu juga dikira ibadah. 

Bab orang menangis semasa di Hijir Ismail itu, saya tak boleh nak komen kerana setiap orang tahu apa yang dia telah lakukan, tahu apa yang diperkatakan. Tahu dosa lampau diri masing masing. Menangis akan dosa lampau adalah salah satu dari tanda taubat, iaitu insaf dan menyesal akan dosa lampau. 

Maaf jika saya tulis, ada setengah artis bila ke sana bertudung litup siap dengan menutup muka. Bila balik, terus hilang semuanya. Untuk mendapat pengampunan dosa, kena bertaubat. Untuk bertaubat kena ada rasa menyesal dan tidak lagi mahu mengulangi dosa lama. 

Tapi kalau balik, masih buat perangai lama tu macam mana. Bak kata ustaz, jika itu berlaku, tandanya ibadah umrah yang dilakukan ada sedikit masalah. Apa apa pun dosa pahala adalah semua urusan Allah. Kita serahkan segalanya pada Allah.

Cuma jangan jadikan ibadah umrah seperti percutian untuk dijadikan content, untuk berehat dsb. Sayanglah kan jika telah dipanggil menjadi tetamu Allah, bila balik terangan terangan melakukan apa yang Allah larang. 


Hari ini saya nak kongsikan satu resipi mudah. Saya percaya tidak semua orang pandai menggoreng mee hoon walaupun ianya teramat mudah. Buktinya, tidak banyak mee hoon goreng yang dijual, rasanya sedap. Banyak mee hoon yang dibeli, memang tak sedap. 

OK kalau tak ada udang, tak ada fish cake pun, masih boleh membuat mee hoon goreng yang sedap. Itu bukan alasan mee hoon digoreng tak sedap. Haa tak lama lagi nak puasa kan. Kalau nak belajar berniaga atau nak belajar memasak untuk hidangan keluarga, boleh cuba resipi di bawah. Ikut step stepnya. 

Menjamu orang berpuasa dengan air tangan sendiri sangat besar pahalanya. Kita mendapat pahala puasa mereka tanpa mengurangkan pahala puasa mereka.Jadi apa apa lagi, jom lah rebut. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Saya tak buat video kerana jadi malas kerana macam tidak ramai yang nak tengok video di Azie Kitchen Youtube Channel saya. Jadi tengoklah macam mana. OK sehingga bertemu lagi, selamat mencuba....... 


Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 keping mee hoon
Sayur kangkung/sawi
1-2 genggam taugeh
1 keping fish cake - opsyenal
4-5 ekor udang
1 biji telur
1 sudu besar cili kering kisar
1-2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
½ sudu besar sos tomato
½ sudu kecil garam
½ sudu besar gula
¾ sudu besar serbuk pati ayam/serbuk pasti sedap

Bahan tumbuk:
Segenggam bawang merah
6 ulas bawang putih
2-3 sudu besar ikan bilis

Bahan hiasan:
Daun bawang
Cili merah
Bawang goreng

Cara cara:
Rendam mee hoon dalam air sejuk seketika sahaja. Tos dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dengan cili kering kisar atas api sederhana sehingga terbit minyak dan benar benar masak.

Masukkan udang dan fish cake. Kacau rata.

Masukkan semua sos, gula, garam dan serbuk perasa. Masukkan telur. Kacau rata.

Masukkan 1 cawan air panas dan kacau rata. Masukkan sayur kangkung.

Masukkan mee hoon dan kacau rata sehingga mee hoon lembut dan air kering. Kacau rata sehingga sebati.

Akhir sekali, masukkan taugeh. Kacau rata dan terus tutup api. Taburkan bawang goreng, cili merah dan daun bawang.

Nota:
Ada orang meletakkan sedikit cuka. Jika suka, bolehlah cuba. 

Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap"