Setiap manusia tidak lepas dari diuji. Setiap orang tidak dikatakan beriman sehingga mereka diuji. Tapi setiap kita diuji mengikut apa yang mampu ditanggung. Siapa yang bersabar dan lulus dalam menghadapi berbagai ujian di dunia, maka Allah akan memberikan pertolongan-Nya. Allah menegaskan: "Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." Dalam Hadis Nabi disebutkan manusia lah yang paling dahsyat ujiannya. Semoga Allah memberikan kita kekuatan dan kesabaran.
Kadang kadang kita nampak orang lain seperti bahagia dan sempurna semuanya. Hakikatnya mereka sahaja yang tahu apa yang sedang dilalui. Orang kaya dengan ujian mereka dan orang miskin juga dengan ujian mereka. Orang berpangkat dan berkuasa dengan ujian mereka dan orang bawahan dengan ujian tersendiri.
Saya selalu terfikir apalah rasanya menjadi orang kaya yang serba cukup dengan memakai intan berlian sebesar ibu jari, tinggal di istana atau rumah yang besar dengan kereta mewah yang berpuluh atau beratus biji.
Tapi apa pun yang kita fikirkan, pasti ada juga orang lain yang merasakan kita juga lebih baik. Hakikatnya, kita tidak merasa apa apa pun bila berada di rumah besar atau kereta besar. Agaknya itulah yang dirasakan oleh orang yang kaya raya. Seperti mana ikan tidak merasa apa apa bila berada di lautan dalam.
Saya menyediakan sup sayur selepas melihat seorang ibu menyediakan sup sayur untuk hidangan keluarganya. Saya biasanya sayur campur akan membuat sayur goreng.
Tapi selepas melihat posting video tersebut, rasa nak makan sup sayur. Jadi saya membeli pelbagai sayuran dalam jumlah yang sedikit untuk dibuat sup sayur campur.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…
Sup Sayur Campur
Oleh: Azie Kitchen
Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
½ biji bawang besar
Bahan lain:
8 biji fish ball
1 keping fish cake
1 kiub pati ayam
1 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Garam - jika perlu
Bahan sayur:
Cendawan shitake
Brokoli
Lobak merah
Saderi - tak letak
Kacang peas
Bunga kubis
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau dan sedikit keperangan, masukkan karot dan kacau rata.
Masukkan air secukupnya dan tutup periuk sehingga mendidih. Masukkan fish cake dan fish ball.
Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan kiub pati ayam. Masukkan sayur lain dari yang keras sehingga yang jenis lembut. Sesuaikan rasa dan masukkan garam secukup rasa.
Sebelum dihidangkan, tabur sedikit bawang goreng.
kadang-kadang lauk macam ni pun boleh makan bertambah..hehe
BalasPadammenggoda pulak gayanya tu. nak buatlah malam kang
BalasPadam