Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Merah Yang Sedap



Hari ini rasanya ramai orang bukan sahaja para wanita dan isteri tetapi juga para suami yang berbicara berkenaan perkahwinan kedua Syamsul Yusoff dengan Ira Kazar.

Sebenarnya dari pemerhatian saya, ramai perempuan yang terpikat dan cuba memikat suami orang yang kelihatan berjaya dan berduit. Tapi hakikatnya tidak semua berduit kerana suami orang ini bila mahu mendapatkan perempuan lain akan berpura pura berduit. 

Pada dasarnya hanya seorang isteri yang tahu kesusahan sebenar seorang suami. Lebih lebih lagi mereka yang berkahwin dari sama sama berada di bawah. Kesusahan yang dilalui untuk membina kehidupan. Orang luar memandang semuanya sebagai indah sahaja. Setuju tak?  

Cuma bila saya mendengar pengakuan Puteri Sarah berkenaan kes mereka hari ini, saya dapat merasakan betapa tabahnya beliau. Bukan sekejap tapi selama 4 tahun memendam rasa dan 1 tahun di block oleh suami sendiri. 

Masya Allah saya kagum dengan kekuatan yang ada pada beliau. Apa apa pun, saya mendoakan agar Puteri Sarah diberikan hikmah dan kebaikan dari peristiwa yang berlaku ini. Sekarang kita masuk pula bab resipi dan masakan.


Saya buat lauk ayam masak merah ini dah agak lama sebenarnya. Selepas ternampak sahabat saya Pelakon Noniswara berkongsi ayam masak merah beliau di Instagram, tiba tiba dapat idea nak masak ayam masak merah. 

Saya pun mesej Nonis menanyakan kalau ada tips atau kelainan resipi beliau dari resipi yang biasa saya gunakan. Maklumlah arwah Bonda Nonis memang hebat dalam bab masakan. Arwah pernah menjadi Chef di Concorde Hotel KL untuk masakan Pantai Timur. 

Setelah bersembang dengan Nonis, maka saya pun menggabungkan cara beliau dengan resipi asal saya. Haa nak tahu apa dia, kena tengok di bawah ini. Juga jangan lupa nantikan resipi nasi minyak yang sedap di entri akan datang. 

Jom layan resipi yang saya gunakan hari ini dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Ayam Masak Merah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ ekor ayam
4 sudu besar cili kisar
1 biji buah tomato - cincang
3 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar cuka
2-3 sudu besar gula 
½ sudu besar garam 
Sedikit kicap cap kipas udang - opsyenal
Kacang peas - opsyenal
1 biji bawang besar kuning - hiris halus
½ cawan susu cair - opsyenal
½ cawan air panas
1 ½ cawan minyak masak

Bahan kisar:
4 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara cara:
Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit dan goreng ¾ masak. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan buah tomato. Nota: lebih sedap menggunakan minyak lebihan menggoreng ayam.

Setelah terbit minyak, masukkan cili kisar. Masak lagi sehingga cili masak dan terbit minyak. Masukkan 1 cawan air dan masak lagi sehingga terbit minyak.

Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukupnya.

Sesuaikan rasa. Akhir sekali, masukkan ayam goreng dan kacau sebati. Renihkan seketika supaya ayam masak sebati dengan kuah.

Masukkan kacang peas dan bawang besar hiris. Kacau rata. Masukkan susu cair. Jika pekat, masukkan ½ cawan air panas.


Nota:
Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air panas.

Minyak perlu banyak dan boleh diceduk keluar setelah masak.



Catat Ulasan for "Ayam Masak Merah Yang Sedap"