Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sayur Taugeh Goreng Yang Sangat Sedap



Sebelum kita mulakan, jom klik follow blog supaya anda mendapat notifikasi entri blog baru dan sudilah kiranya anda klik iklan yang keluar di blog saya. Kerjasama anda didahului dengan jutaan terima kasih.

Saya tidak pasti dengan orang lain tapi ada kalanya kita membuat renungan sendiri. Semasa saya kecil, atok saya telah meninggal dunia. Ketika itu, kami sedang bermain main di bawah rumah. Tidak faham bila kenapa tiba tiba terdengar ada orang tiba tiba menangis. 

Manakala atok sebelah arwah bapa pula, langsung saya tidak pernah berjumpa. Maksudnya berapa lama mereka telah meninggal dan berada di dalam kubur. Berapa lama manusia berada di dalam kubur sejak Nabi Adam sehingga sekarang. 

Betapa takutnya berada seorang diri di dalam kubur. Kita tidak tahu masa kita akan dipanggil mengadap Illahi. Kematian boleh datang dengan tiba tiba. Kita perlu sentiasa membuat persediaan. Bila ilham untuk membuat kebaikan datang, terus buat tanpa berlengah lengah kerana ilham dan hidayah adalah kurniaan Allah. 

Di dalam rutin kehidupan seharian kita, banyak amalan kecil yang mudah tapi memberi pahala yang besar. Antara yang saya pelajari dari video Ustaz Jafri ialah doa ketika masuk ke pasar yang terdapat ramai peniaga, itu dikira pasar termasuklah supermarket. 

Bacaan doanya sama seperti bacaan doa selepas solat iaitu, “Laa ilaaha illalloohu wahdahu laa syariika lahu, lahulmulku walahulhamdu, yuhyii wa yumiitu biyadihil khoiir, wa huwa ‘ala kulli syai’in qodiir.” Hanya tambah Biyadihil Khoiir. 

Kelebihannya sangat besar bila mana kita akan diberikan 1 juta pahala, akan dihapuskan 1 juta dosa dan diangkat 1 juta darjat. Haa menarik tak? Atau tak menarik kerana tak nampak semua kelebihan itu. Insya Allah jom kita amalkan. Hentikan caci maki dan kecam mengecam kerana ianya boleh membawa dosa. OK semoga bermanafaat. 


Saya suka sangat dengan sayur taugeh yang disemai sendiri ini. Saya biasanya menggunakan segenggam kacang hijau dan disemai di dalam periuk pengukus yang bertujuan untuk menadah air di bahagian bawahnya. 

Resipi saya hari ini telah saya pelajari berpuluh tahun dahulu dari kakak ipar saya. Memang sangat sedap tapi kena pandai teknik supaya taugeh kekal rangup dan sedap. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.... 


Sayur Taugeh Goreng
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk taugeh
1 cekak daun kucai
1 biji cili merah - hiris
1 keping tauhu - potong dan goreng
3-5 ekor udang/sejemput ikan bilis

Bahan hiris:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan hiris dan ikan bilis sehingga sedikit keperangan, kemudian masukkan udang, jika guna udang sebagai ganti ikan bilis. Kacau rata.

Masukkan taugeh, daun kucai dan cili merah. Masukkan tauhu dan kicap lemak manis secukupnya.

Kacau rata dan tutup api kerana mahukan taugeh yang tidak terlalu lembik tapi masih lagi rasa rangup.




Catat Ulasan for "Sayur Taugeh Goreng Yang Sangat Sedap"