Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kari Udang Sangat Sedap



Sebelum kita masuk bab catatan isu yang saya ingin kupas kali ini, jangan lupa klik iklan yang keluar di blog dan klik follow blog, OK? Terima kasih kepada semua yang setia dengan blog saya. 

Kebelakangan ini saya banyak mendengar berkenaan dengan masalah suami yang kurang bertanggungjawab pada urusan perbelanjaan rumah tangga. Tidak memberi nafkah pada isteri dan perbelanjaan anak anak. 

Saya tak pasti kenapa terjadinya begitu. Mungkin kerana kurang didikan agama atau macam mana pun tak pasti. Jadi mahu tidak mahu, isteri terpaksa bekerja dan menanggung sendiri banyak perbelanjaan rumahtangga. 

Saya pasti kenapa kedudukan seorang suami sangat tinggi di dalam agama kerana suami sepatutnya menpunyai tanggungjawab pada keluarga, suami menjadi pembimbing hal dunia dan akhirat pada isteri dan anak anak. Tapi apa yang berlaku sekarang? Sangat jauh dari apa yang sepatutnya. 

Tidak salah seorang isteri bekerja, tidak salah untuk seorang isteri membantu keluarga tapi bukan kerana terpaksa tapi dengan kerelaan sendiri. Ini lah yang disebut di akhirat nanti, suami akan lari dari isteri dan anak anak, anak anak juga lari dari ibubapa kerana mahu lari dari terpaksa menjawab akan kegagalan mereka menunaikan tanggungjawab masing masing ketika di dunia. Semua akan menuntut hak masing masing di hadapan Allah.

Saya bukan ingin memuji ibubapa saya tetapi ibubapa saya adalah pasangan ideal yang sama sama bekerja di sawah bendang. Ibu saya ikut sama membantu di bawah panas mentari atas keinginan sendiri untuk membina keluarga. Dan bapa pulak tidak melepaskan tanggungjawabnya. 

Dengan kata lain, dia yang akan menjadi ketua dalam segala urusan kerja yang mereka lakukan bersama sama. Bukan sahaja mereka tapi kami anak anak juga membantu untuk meringankan kerja mereka. Contoh kami adik beradik kena menyiram pokok tembakau jika hari tiada hujan. 

Oleh kerana dah penat lelah, balik ke rumah seketika untuk makan dan solat sebelum pergi lagi. Jadi masak pun seadanya sahaja. Walaupun mereka tidak kaya tetapi hidup mereka penuh bermakna berjaya juga mendidik dan memberi pelajaran pada anak anak. 

Memang ibubapa saya bukan orang kaya untuk dibanggakan oleh orang lain. Tetapi di sisi Allah kemuliaan seseorang adalah mereka yang bertaqwa bukan mereka yang berpangkat, bukan yang kaya raya. Seorang bapa yang menjalankan tanggungjawab pada keluarga. OK setakat ini dahulu.


Kalau nak masak kari, memang kena guna santan segar yang diperah sendiri. Barulah kuah akan naik minyak dengan cantik. Kalau guna santan kotak, tak berapa menjadi walaupun menumis menggunakan minyak yang banyak.

Sekali sekala saya suka masak kari udang atau ketam kerana kuahnya akan menjadi sangat sedap. Kuah pun sangat sedap dimakan dengan roti, roti canai juga. Memang sangat terasa manis udang di dalam kuah. 

Jom layan resipi di bawah ini serta penyediaannya. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik follow blog supaya anda akan mendapat notifikasi setiap kali entri baru di post. Selamat mencuba…


Kari Udang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
13 ekor udang saiz besar
½ biji kelapa parut - santan secukupnya
½ sudu kecil halba campur 
2 - 2 ½ sudu besar rempah kari
2 pelepah daun kari
Asam jawa - air asam jawa
Garam
Gula
Minyak masak

Bahan hiris:
3-4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih 

Cara cara: 
Panaskan minyak dan tumis bahan hiris dan halba campur sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kacau rata dengan cepat. Masukkan sedikit air dan daun kari, kacau sehingga terbit minyak.

Masukkan santan cair dan masak lagi sehingga terbit minyak. Masukkan air asam jawa dan garam.

Setelah terbit minyak, masukkan santan pekat dan masak sehingga mendidih dan hampir terbit minyak.

Masukkan udang dan masak sehingga udang masak dan kuah terbit minyak. Jika suka, masukkan sedikit gula. Tutup api.


Nota: 
setelah dimasukkan udang, kuah akan menjadi sedikit cair kerana udang mengeluarkan air. Tapi kuah akan kembali pekat selepas ditutup api. Jadi agak agak kecairan kuah yang disukai.


Catat Ulasan for "Kari Udang Sangat Sedap"