Mee Goreng Basah Dengan Minyak Masak Alif
Saya rasa bukan saya sahaja yang sedang berdebar debar menunggu keputusan gabungan parti mana yang akan menubuhkan kerajaan. Ini adalah berikutan keputusan pilihan raya PRU15 di mana tiada gabungan mendapat majoriti mudah.
Macam macam lah yang ditulis ada yang ditulis macam mana parti yang kalah agak menggangotai kerajaan. Ya lah sebab sistem di negara kita menetapkan gabungan parti yang mendapat majoriti 2/3 yang boleh menubuhkan kerajaan.
Sedih sebenarnya kerana bila banyak parti parti ditubuhkan, besarlah perpecahan undi di kalangan umat terutama orang Melayu. Perumpamaan ada menyebut bersatu teguh bercerai roboh. Mungkin tidak lagi diterimapakai di zaman ini.
Apa apa pun kita tunggu semua pihak mengemukakan senarai dokumen pda pihak istana negara selewatnya pukul 2.00 petang nanti. Apa yang kita ada sekarang ialah doa pada Allah.
Hanya Allah sahaja yang akan menentukan segalanya. Doakan agar negara kita dijauhi dari pemimpin yang membawa mudarat pada orang Melayu dan agama Islam. Aamiin.
Saya nak kongsikan resipi mee goreng yang menjadi kegemaran keluarga saya. Anak anak saya memang suka makan mee goreng yang saya sediakan.
Saya sendiri memang cerewet bab mee goreng. Susah nak cari mee goreng yang sedap di restoran dan kedai makan. Mungkin tak jumpa pun. Ya lah sebab yang masak di kedai ni kadang kadang budak budak muda yang kerja di situ. Tak pandai memasak sedap pun. Bukan Chef atau tukang masak sepenuh masa,
Kalau nak makan yang kena dengan tekak dan selera saya ialah yang saya masak sendiri atau yang dimasak oleh kawan kawan sewaktu saya berkunjung ke rumah mereka. Contoh masa ke rumah Datin Yatt di Kajang. Mee goreng dia sedap sehingga saya makan menambah nambah.
Jom layan resipi yang saya gunakan dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…
Mee Goreng Basah Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 pek mee - 450 gram
¼ cawan minyak masak
1-2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
Kicap lemak manis secukupnya
2 biji telur
5-6 ekor udang
2 keping fish cake
Sawi
2-3 biji cili padi
Taugeh
Bahan tumbuk:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak dan terbit minyak. Jika perlu, masukkan air sedikit demi sedikit.
Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata dan biarkan masak sebati.
Masukkan udang dan kacau rata. Masukkan fish cake dan batang sawi. Jika perlu masukkan sedikit air lagi.
Masukkan mee dan daun sawi. Kacau rata. Masukkan kicap. Kacau rata.
Ketepikan sedikit mee dan pecahkan telur. Biarkan sehingga telur separuh masak, baru dikacau dan digaul rata dengan mee.
Tutup api dan akhir sekali, masukkan taugeh. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.
Catat Ulasan for "Mee Goreng Basah Dengan Minyak Masak Alif"
Add your comment