Ketam Goreng Bercili Yang Gerenti Sedap
Alhamdulillah akami telah selamat mengundi, menunaikan tanggungjawab kami sebagai warga negara. Tahun ini bukan sahaja kali pertama saya mengundi di Parlimen Sg Buloh tapi juga pertama kali saya mengundi bersama Hubby dan anak anak di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9.
Kami berempat keluar rumah seawal 7.45 pagi kerana nak memastikan senang mendapat parking. Boy pergi tengahari setelah Mia mengundi di Shah Alam dan Alain pergi sebelah petang kerana mengundi di Merbau Sempak. Nelly mengundi di Subang Jaya dan Aween berada di UK.
Tak lama pun menunggu, laju sahaja kerana pengundian hanya untuk kerusi Parlimen. Hujan renyai renyai jadi terpaksa beratur di kaki lima sekolah. Selepas mengundi, kami singgah bersarapan. Sempat lagi bergambar dengan semua bendera gabungan parti yang bertanding. 5 tahun sekali kan.
Tapi tahun depan, akan ada lagi pilihan raya peringkat negeri pula. Memang meriah sangat suasana di sini. Tidak sama dengan mengundi di kampung.
Sekarang kita masing masing menunggu keputusan pula yang dijangka mulai diumumkan seawal pukul 7.00 malam. Selepas keputusan diperolehi, harap semua dapat menerima keputusan dengan hati terbuka. Jangan buat pasal dan kekecohan terutama calon calon yang memang sangat mengharapkan jawatan dari kemenangan ini. OK sekarang kita masuk pula bab resipi.
Serius resipi ketam goreng bercili ini sangat sedap. Gaul gaul sambal dengan nasi putih, memang menjilat jari gitu. Ketam, wajiblah cari ketam yang segar baru isinya manis. Saya memang minta semuanya ketam betina yang bertelur.
Resipi yang sama sedap juga digantikan ketam dengan ikan atau udang. Pasti sedap dan boleh makan menambah nambah ni.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.....
Ketam Goreng Bercili
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
4 ekor ketam - 1 kg
1 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
½ sudu kecil garam
2 sudu besar gula
Minyak masak
Bahan kisar kering:
4 tangkai cili merah - saiz besar
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
Cara cara:
Lumur ketam dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
Keluar sedikit minyak dan tinggalkan untuk menumis.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar (kisar tanpa air) dan cili kisar sehingga terbit minyak.
Masukkan sos, garam dan gula secukup rasa. Sesuaikan rasa.
Masukkan ketam goreng dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.
Those Crab look delicious, but isnt that too much chilies ? Nail Box, Nail Box Trend
BalasPadam