Kek Gula Hangus Noxxa
Saya nak mulakan entri kali ini sebagai peringatan untuk diri saya sendiri dan mungkin juga untuk semua pembaca. Hidup kita di dunia memang tidak akan lepas dari ujian. Tapi Allah tak menguji sesuatu yang di luar kemampuan seseorang.
Bila Allah bagi musibah di dunia jangan sedih sangat kerana Allah akan ganti dengan nikmat yang besar. Allah nak ganti dengan gantian yang lebih baik. Islam ajar sabar dan redha dan melihat balasan lebih agung dari ujian yang sedikit.
Contoh, biar macam mana teruk pun kereta rosak kerana kemalangan, kita rasa kecil. Kereta dibeli dengan harga rm60k tapi disebabkan kemalangan diganti dengan kereta berharga rm600k. Besar ganjarannya kan. Hampir kita tak fikir lagi tentang musibah yang berlaku. Jadi jangan lah sedih sangat bila diuji.
Bila datang ujian kita jadi sabar. Sabar itu menjadikan kita hebat dan gagah. Jangan pandang serong setiap ujian yang Allah timpakan pada kamu. Aku ikut wasangka hambaku. Kalau kita nampak ujian positive, ia akan jadi positive.
Orang rasa kecewa bila tak nampak kebaikan. Dia tak nampak nikmat yang banyak. Nikmat ada kaki, ada tangan dan mata. Boleh minum dan makan. Bukan senang nak dapat nikmat. Pasti ada kebaikan. Allah nak ganti dengan benda lagi baik. Allah gantikan dengan syurga. Allah tak ambil sesuatu melainkan Allah nak angkat darjat dan gantikan dengan syurga. Allah ganti dengan sesuatu yang lebih baik.
Bila Allah uji pasti ada kebaikan dan kemuliaan. Allah bina kekuatan diri dan sabar kita hebat dan kita jadi kuat dan gagah. Kenapa Allah nak ganti dengan lebih baik kerana Allah pemurah penyayang, maha besar dan luas kurniaanNya pada kita.
Lupa pada nikmat dan mengenang musibah adalah perbuatan menghina nikmatnya. Nikmat banyak. Untuk kita bersyukur dengan nikmat Allah kita kena yakini bahawa Allah beri banyak kelebihan.
Walaupun kita rasa sedih dengan ujian dan kesusahan tetapi jangan terlalu bersedih kerana nikmat Allah masih banyak dengan kamu. Jangan bersedih kerana apa yang menimpa kamu lebih kecil berbanding orang lain. Jangan bersedih kerana ada orang lebih baik dari kita diuji lebih teruk dari kita.
Jangan bersedih walaupun ditimpa ujian kerana orang pilihan Allah diuji lagi berat. Lupa pada nikmat dan mengenang musibah adalah perbuatan menghina nikmat. Timbang antara nikmat dan ujian mana lebih berat. Pasti nikmat lagi banyak.
Kalau kaki sakit anggota lain masih selamat. Masih bebas berjalan. Sesiapa yang tidak melihat nikmat banyak berbanding ujian yang sedikit, dikira sebagai menghina nikmat. Kufur seseorang bila diuji akan lihat ujian dan tidak tengok nikmat.
Jadikan aku orang yang bersyukur walaupun benda tak elok kerana nikmat masih banyak. Covid yang melanda seluruh dunia melibatkan 1.4 juta dan menjadi ketakutan seluruh manusia kita mungkin fikir akan adanya pkp panjang. Ada yang tengok ianya sebagai musibah. Jangan pula kerana masih banyak yang masih sihat. Jangan meratap.
Jangan takut dan faham di dunia ini walaupun ujian bettimpa timpa tugas kita ialah beribadah solat zikir tahajud. Sentiasa rasa cukup dan puas. Bila dah beribadah jangan kita bimbang kerana Allah yang menyuruh kita beribadah ialah Allah yang akan jaga urusan kita.
Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
Kek Gula Hangus Noxxa
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar soda bikarbonat
¾ cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu besar majerin
4 biji telur
½ tin susu pekat manis - 250 gram
Esen vanilla
Cara cara:
Satukan dan ayak tepung dan baking soda. Ketepikan.
Cairkan gula sehingga sedikit keperangan. Masukkan majerin. Masukkan air panas dan masak sehingga gula hancur sepenuhnya. Ketepikan.
Blender telur, esen vanilla dan susu pekat manis. Kemudian tuang ke dalam adunan gula.
Akhir sekali masukkan bahan tepung dan kacau sebati.
Tapis dan tuang ke dalam inner pot periuk tekanan. Masak dengan fungsi mode steam selama 25 minit. Sejukkan sebelum dipotong.
Nota:
Adunan tak perlu diperap.
Pusing tombol ke arah steam.
Catat Ulasan for "Kek Gula Hangus Noxxa"
Add your comment