Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Sup dan Homemade Bebola Daging Sedap


Pening dan menyesakkan dada sungguh membaca pelbagai berita yang tidak berlaku di zaman dulu. Kalau ada pun, mungkin tiada laporan seperti sekarang dengan adanya media sosial. Laporan lebih cepat dan meluas. 

Kejadian rasuah rancak di sana sini dari atas sehingga ke bawah. Orang yang diberi amanah juga bak harapkan pegar, pegar makan padi. Dikerahkan orang untuk membayar tax sedang diri dan keluarga sendiri tak bayar tax sehingga berjuta juta. Nak mohon permit pun, dikatakan key in sistem sahaja dah kena bayar bahagian untuk orang orang tertentu. 

Ramai juga penunggang agama sekarang ini. Ada ustaz dan orang alim yang melakukan perbuatan yang terkutuk dan tidak seharusnya didekati oleh orang berpengetahuan tinggi dalam agama. 

Belum lagi masuk bab suami tak bayar nafkah pada isteri dan anak tapi mampu membuat majlis kawin dengan isteri baru secara besar besaran. Semua orang dah tak ada rasa takut dengan dosa.  

Kesusahan dan kesengsaraan rakyat sehingga terpaksa mengunakan whatsapp dan email untuk meminta sedekah dari orang yang tidak dikenali. Di saat yang sama gaji CEO dan Pengerusi GLC sesuatu yang tidak terfikir dek akal. Orang bawahan kerja berpuluh tahun sama dengan gaji mereka sebulan. Kewarasan apa yang digunakan pun tak tahu. 

Kezaliman dan penderaan berlaku dengan sewenangnya. Pembohongan menjadi asam garam. Contoh bila kes dibawa ke mahkamah mengaku tidak bersalah walaupun memang dia yang melakukannya. Cerita dan alasan direka untuk membela diri. Ini juga satu dosa jika cerita direka adalah rekaan semata. Takut bila pembohongan di media sekarang ini. Kerana jika berbohong bukan pada seorang tapi mungkin pada berjuta orang yang menontonnya. Dosa pada manusia perlu mohon kemaafan pada manusia juga. 

Banyak lagi cerita kegilaan yang menyesakkan dada. Belum lagi scammer yang menipu di sana sini sehingga duit simpanan berpuluh tahun lesap begitu sahaja. Dek kerana duit, kawan sanggup tipu kawan, kawan sanggup culik kawan dan macam macam lagi. Rasa dunia dah tak selamat dan hidup dalam ketakutan setiap masa. Belum lagi kes penculikan untuk penjualan organ dsb. 

Dunia semakin nazak dan menunggu kemusnahan sahaja. Bersedia lah kita semua. Kuatkan hati dan tingkatkan iman untuk menepis diri dari melakukan perkara yang dilarang. Kita harus ada rasa benci kepada semua perkara maksiat dan salahlaku ini. Setakat ini dahulu, semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah. 



Saya memanggil resipi ini sebagai mee hoon sup kerana menggunakan rempah sup tapi Bibik saya memanggilnya sebagai sup bakso kerana menggunakan bebola daging. Apa pun namanya, saya menyediakan kuah sup ini dengan digandingkan dengan cara cara yang Bibik saya juga. 

Untuk bebola daging, memang saya ikut cara beliau menyediakannya. Bakso kan lebih terkenal di Indonesia. Cuma kebelakangan ini sahaja, mulai dikenali ramai di sini. 

Untuk bebola daging hari ini, saya tak letak soda bikarbanat. Kalau nak bagi bebola tu naik dan kembang, masukkan sedikit.

Hari ini juga saya guna periuk vantage koleksi 3 dalam 1. Saya suka periuk anti lekat vantage kerana ianya ringan. Saya pegang sebelah tangan pun ok lagi. 

Ada periuk saya yang lain, kalau ambil dari stor, dengan menggunakan sebelah tangan memang terasa pergelangan tangan tu. Sekarang mereka tengah ada promosi, harga RM379 sahaja. Harga biasa hampir RM800. Cepat cepat dapatkannya sekarang. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....



Mee Hoon Sup Bebola Daging

Bahan bahan:
150 gram bihun - celur dalam air panas hingga lembut dan tos
Bebola daging secukupnya
3 liter air rebusan daging atau secukupnya
1 kiub pati daging
1 sudu besar garam 
Serbuk perasa secukupnya
50 gram rempah sup
1 batang kulit kayu manis
¼ cawan minyak masak

Bahan kisar:
3 biji bawang merah
1 inci halia
2 biji buah pelaga

Bahan sayur:
Taugeh
Sedikit daun sup
Hirisan limau nipis

Bebola Daging
300 gram daging
2 cawan tepung ubi kayu
1 cawan air
½ sudu kecil garam
½ ketul kiub pati ayam
Sedikit aji no moto
½ sudu besar soda bikarbanat
3 ulas bawang putih - tumbuk
2-3 tangkai daun sup - tumbuk 
Sedikit kicap

Cara cara:
Bebola Daging:
Satukan semua bahan dan kisar sebati. Kacau rata. 



Lumur sedikit minyak di tapak tangan dan ambil sedikit daging dan dibulat bulatkan. 

Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih. Bila masak, bebola akan timbul di permukaan, boleh ceduk keluar dan tos. Sedia untuk digunakan. 





Nota: Air rebusan disimpan untuk dijadikan kuah sup. 

Membuat Sup:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit bau. Masukkan rempah sup dan kayu manis. 

Setelah naik bau, masukkan air rebusan daging, bebola daging. Masukkan garam dan kiub pati lembu secukupnya. Biarkan mendidih seketika.



Goreng bawang merah dan bawang putih sehingga keperangan. Tuang ke dalam kuah sup dan tutup api.



Untuk menghidang: 
Masukkan mee hoon yang telah dicelur ke dalam mangkuk. Tuang kuah sup, susun bebola daging di atasnya.

Masukkan sedikit taugeh, hirisan daun sup dan limau nipis. Masukkan sedikit sambal kicap. Sedia dinikmati. Klik di SINI untuk sambal kicap. 


Catat Ulasan for "Mee Hoon Sup dan Homemade Bebola Daging Sedap"