Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Goreng Basah Azie Kitchen Yang Serious Sedap



Hari ini saya ingin kongsikan resipi mee goreng basah cara saya. Saya memang penggemar mee goreng. Kalau mee, saya kurang gemar mee lain, hanya mee goreng juga yang kena dengan selera. Setiap orang menpunyai cara menyediakan mee yang mungkinn berbeza walaupun bahan lebih kurang sama.

Saya pula bila memasak, memang berjimat walaupun untuk makan sendiri. Saya tidak berlebihan meletak udang yang mahal mahal. Seadanya sahaja yang penting sedap. 

Tapi sebelum kita masuk bab resipi, meh kita kongsikan dulu, bab resipi dan makanan minda iaitu perkongsian ilmu. Semoga bermanafaat dan kita semua mendapat pahala yang dijanjikan. 

Perkongsian ilmu oleh Tokku Pasir Gudang berkenaan tanda seseorang dekat dengan kematian. Orang bijak akan melihat tanda tanda ini. Analogi seperti orang bermain saham yang akan membeli saham bila tanda tanda harga saham akan naik. Bukan beli setelah harga saham naik. Tapi sebelum. lagi dengan melihat tanda tandanya.


Tanda tandanya ialah bila mana kita tidur makin banyak. Jadi orang yang bijak akan banyak berzikir untuk masa ketika tidur yang banyak adalah merugikan umur kita. Sampai masa memang kita akan tidur samada di hospital. Itu tandanya. Tidur lama lain macam kejap kejap rasa mengantuk lain macam. Tanda ini supaya kita tak persiakan masa yang ada. Cepat cepat guna masa yang ada untuk beramal soleh. 

Kedua, bila mana kita mula hilang selera makan. Kalau orang yang bijak, ketika ini mereka akan banyak melakukan puasa sunat untuk beroleh pahala. Kalau dah tak ada selera, elok lah puasa untuk kejar usia kita. Kena ada amalan khas untuk cover. Jangan sia siakan tanda. 

Ketiga, bila mana kita mula mula tidak mahu bermasyarakat dengan orang. Mula kita rasa nak menyendiri, nak seorang diri. Itu sebab orang mati, akan disedari oleh keluarganya sikapnya yang suka mendiamkan diri dari biasa hanya selepas mereka mati. Binatang pun bila nak mati, akan cari tempat tersorok untuk mati. Itu fitrah setiap makhluk Allah. Bila rasa nak menyepi, gunakan masa untuk beribadah seperti mengaji. Dah tak nak buat perkara kebiasaan yang dia suka buat dulu. Kita ada perasaan bahawa aura kematian terlalu kuat. Sehingga bertahun sebelum mati, dah datang auranya. Ini yang dikatakan buang tabiat bila dia akan buat sesuatu yang dia tak biasa buat. Covid juga ada tanda tanda, bukan terus ada covid. Allah juga hadirkan tanda kematian kepada makhluk. 

Keempat, mula berlaku perubahan kepada penghadaman kita. Selain kurang selera makan sikit tapi penghadaman kita juga berubah. Bila makan jer, kita cepat untuk membuang air besar. Mudah mengalami masalah buang air seperti sakit perut. Ini bermakna rezeki sudah sempurna. Seorang tidak akan dimati sehingga disempurnakan rezekinya. Bila makan perut dah tak boleh proses, seolah tak ada benda yang boleh dimakan. 

Kelima, badan kita makin kurang panasnya. Kita tidak lagi tahan berada di tempat sejuk atau di dalam aircond seperti. dulu dulu. Fizikal kita mula pucat, darah berkurangan dan badan mulai sejuk. Tahap kepanasan fizikal menurun. Bukan bila ada tanda, akan terus mati. Allah buat tanda untuk semua benda. Nak rasa sakit pun, ada tanda. Nak tsunami pun ada tanda cuma orang tak ambil berat pada tanda. Kita tengok tanda pada diri kita. 

Akhir sekali, badan kita mulai rasa lemah. Kalau dulu, buat kerja lebih sikit, tak menjadi masalah tapi sekarang selepas melakukan aktiviti sedikit pun, telah terasa penat dan letih. Saraf dan badan dah lemah. Semua tanda ini untuk kita melihat tempat tuju kita sebenarnya adalah akhirat. Tempat tinggal kita yang sebenarnya adalah akhirat. 

Haa dari tanda tanda di atas, berapa tanda yang telah ada pada kita? Semoga kita memperbanyakkan amal ibadah untuk persiapan kita menghadapi hari kematian. Peringatan dari kuliah Tokku Pasir Gudang ini sangat bagus kerana ianya dibahaskan dalam bahasa yang ringkas dan mudah difahami. 

Sebelum kita melihat resipi, jangan lupa untuk melihat video penuh penyediaan mee goreng basah yang sangat sedap ini di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. 

Saya memang penggemar mee goreng dan agak cerewet kerana banyak mee goreng yang saya pesan atau makan di restoran tidak menepati selera saya. 

Jom jangan lupa untuk subscribe Azie Kitchen Youtube Channel di SINI dan klik follow blog saya. Selamat mencuba. Rugi kalau tak mencubanya tau ... 


Mee Goreng Basah Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 pek mee
¼ cawan minyak masak
1-2 sudu besar cili kisar
2-3 sudu besar sos cili
1sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
Kicap lemak manis
2 biji telur
5-6 ekor udang
2 keping fish cake
Sawi
Taugeh

Bahan tumbuk:
2-3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahantumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak dan terbit minyak. Jika perlu, masukkan air sedikit demi sedikit.

Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata dan biarkan masak sebati.

Masukkan udang dan kacau rata. Masukkan fish cake dan batang sawi. Jika perlu masukkan sedikit air lagi.

Masukkan mee dan daun sawi. Kacau rata. Masukkan kicap dan sos cili jika perlu. Kacau rata.

Ketepikan sedikit mee dan pecahkan telur. Biarkan sehingga telur separuh masak, baru dikacau rata dengan mee.

Akhir sekali, masukkan taugeh dan kacau rata. Sedia untuk ditutup api.



Catat Ulasan for "Mee Goreng Basah Azie Kitchen Yang Serious Sedap"