London, Sehingga Bertemu Lagi Day 13
Akhirnya saya tiba ke catatan akhir percutian saya dan keluarga ke United Kingdom dan Scotland dari 19 March hingga 2 April. Ianya adalah percutian yang amat bermakna kerana ianya adalah sempena majlis konvokesyen Juita yang tertangguh sejak tahun 2020.
Ianya juga menyeronokkan kerana seleps Covid 19 melanda dunia, inilah pertama kali kami bercuti ke luar negara. Banyak prosedur dan SOP yang kena dipatuhi.
Banyak juga kos tambahan yang terlibat seperti travel insurans untuk cover Covid yang agak mahal dan juga test Covid yang perlu dibuat untuk menaiki kapalterbang.
Ok berbalik pada aktiviti kami pada hari akhir di London. Kami kena check out pukul 10 pagi dan flight pukul 9.00 malam. Agak lama juga kalau nak melepak di airport. Jadi kami terpaksa hubungi Dato Salahuddin untuk meninggalkan luggage bag di pejabat beliau. Hubby dan Juita mengambil teksi untuk menghantar bag bag kami ke sana.
Sementara itu, saya, Nelly dan Aween ke kedai Tumi untuk beli bag Tumi sebagai hadiah sempena tamat pengajian Master Nana.
Selepas itu, kami ke butik longchamp untuk last minute shopping. Bila dah di sana, ada jer yang terasa nak beli. Jadi saya beli handbag untuk Mia.
Selepas itu, kami kemudian ke John Lewis bertemu dengan Juita yang mencari barang barang dia di sana.
Semasa berjalan ke untuk mengambil bas ke Hotel Titiwangsa, salji turun walaupun tidak banyak cukup membuatkan saya teruja. Hahaha yang penting kita tak kacau orang kan
Kami makan di Bonda Cafe yang terletak di tingkat bawah Hotel Titiwangsa One Paddington. Sedap sedap juga makanan di sini. Hajat hati nak tumpang solat tapi bilik solat yang khusus untuk staff hanya muat seorang sahaja dalam satu satu masa. Tapi sebab tak ada selipar untuk mengambil wudhu, jadi saya tukar plan untuk solat di airport sahaja.
Kemudian kami naik ke atas sebelum Dato Salahuddin dan isteri datang bersama TukDin, owner restoran TukDin yang terkenal di London. Seronok bersembang bersama mereka. Banyak nasihat yang diberikan oleh TukDin untuk anak anak yang sedang membina kerjaya.
Kami kemudian mengambil teksi yang diuruskan oleh Dato Salahuddin untuk ke airport. Ini adalah kali pertama kami balik dari Terminal 2. Lagi boring kerana tak ada aktiviti sangat kerana nak claim VAT pun dah tak ada lagi di UK. Kami hanya duduk di kerusi sementara menunggu kaunter tiket dibuka.
Tak ada apa yang menarik sangat di sini. Kaunter untuk drop bag dibuka pukul 5.30. Hand luggage semuanya terlebih muatan. Tapi nasib baik kerana mereka tak check sangat.
Untuk Covid pula, kerajaan Malaysia masih mensyaratkan ujian RTK bagi mereka yang telah dijangkiti Covid dalam masa 60 hari dan PCR untuk yang lain lain dalam masa 48 jam sebelum menaiki kapalterbang. Kami bersedia dengan print out laporan kesihatan ketika disahkan covid positif. Kos untuk melakukan ujian PCR mahal iaitu £85 untuk seorang sedangkan kos untuk RTK hanya £30 sahaja. Di airport, staff akan memeriksa keputusan ujian ketika check in ticket.
Selepas pemeriksaan barang barang kami terus ke multi faith prayer room untuk solat. Menunggu waktu Maghrib sekali. Agak jauh berjalan untuk ke gate pelepasan B48. Memang tercungap cungap juga dibuatnya.
Lain kali kami patut solat di bilik berhampiran gate pelepasan sahaja supaya tidak terkejar kejar seperti ini. Kami lama kerana menunggu masuk waktu Maghrib. Selepas itu, kami singgah beli coklat dan parfum.
Tiada lagi barangan tanpa tax di airport kecuali barangan yang dijual di kedai bebas cukai. Barangan di butik sama harga dengan harga butik di luar. Jadi memang tak ada yang menarik melainkan kita nak menghabiskan duit pound yang ada. Sekarang ini di UK, tiada lagi VAT jadi harga barangan tidak lagi semurah seperti sebelumnya.
Kami menaiki flight MH1 yang bertolak agak lewat dari sepatutnya dengan penerbangan memakan masa 12 jam. Kami tiba pada pukul 5.50 petang.
Mungkin sebab kepenatan saya rasa gelisah sekali sepanjang perjalanan balik. Rasa lenguh betis dan kaki. Lagi pulak saya tak mahu tidur sangat kerana akan sampai di Malaysia waktu petang. Jadi supaya waktu tidur di Malaysia kembali seperti biasa. Sebaik tiba di rumah, menantu kami Alain dah bersiap untuk menunaikan solat terawih di surau. Keesokannya, umat Islam di Malaysia mulai berpuasa Ramadhan.
wah..bertuahnya dapat bertemu dgn tukdin
BalasPadam