Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM VIP Trip Jakarta Day 4 Part 2



Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk menyambung catatan percutian JJCM VIP Jakarta hari keempat bahagian kedua. Boleh klik entri sebelum ini di SINI

Dari Taman Safari Indonesia, kami kemudian menuju ke restoran untuk makan tengahari di Restoran Gili Gili. Sebelum makan, kami solat dahulu di bahagian belakang restoran. Surau yang disediakan sangat sempit. Hanya memuatkan 3 orang sahaja dalam satu masa dan terletak sekali dengan surau lelaki, cuma dibatasi dengan langsir.


Makanan di sini sedap sedap dan yang paling istimewa ialah ikan goreng yang dicicah dengan sambal berlado dan juga sambal kicap manis dengan cili padi. Ada juga lauk ayam, sotong panggang dan udang goreng mentega. 

Ulam ulaman yang disediakan juga sangat sedap dan saya pun tak pasti namanya. Bentuk macam daun kaduk pun ya. Sepanjang di sini, saya banyak makan ulam ulaman.


Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Taman Kebun Raya yang merupakan Istana Presiden Jokowi. Selepas bergambar di pintu masuk, kami berjalan kaki menyusuri taman yang menghijau. 

Tapi sayang tidak dapat berjalan menghampiri istana kerana hari telah mulai hujan renyai renyai. Nampak istana berwarna putih di belakang gambar di bawah.


Selepas bergambar secara berkumpulan, kami masih lagi sempat berehat di bawah rimbunan pokok yang besar untuk aktiviti game secara berkumpulan yang diketuai oleh Dr Abdol Aziz. 

Tapi game tak sempat dihabiskan bila kami melihat hujan turun semakin lebat. Apalagi kami berlari keluar dan ketika itu, pintu pagar juga telah mula ditutup.


Selepas balik dari situ, kami singgah di factory outlet tapi tak banyak barang yang dijual di situ. Saya kemudian naik menunggu rakan rakan di dalam bas sahaja.

Balik hotel dan berehat sementara menunggu makan malam di Mc D. Akhirnya terpaksa menukar plan kerana Mc D penuh untuk memuatkan kami di satu lokasi yang berdekatan. 

Kami sepakat untuk makan bubur nasi di Kwangtung. Bubur ini sangat sedap dan dihidangkan dengan ikan kerapu stim, lauk ayam dan sup.


Balik ke hotel, kami berjumpa dengan Raj dari D’fashion Pasar Mayestik yang datang untuk mengambil ukuran saya kerana saya ingin menempah seluar panjang.


Catat Ulasan for "JJCM VIP Trip Jakarta Day 4 Part 2"