JJCM Muar, Pontian dan Johor Bahru Day 3
Assalamualaikum, kali ini saya ingin kongsikan catatan perjalanan pada hari akhir di Johor Bahru. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.
Pagi hari ketiga kami turun bersarapan di hotel. Agak terkejut juga bila melihat orang beramai beratur untuk masuk ke cafe untuk sarapan. Kami kemudian join kawan kawan yang telah awal awal pagi turun bersarapan.
Selepas bersarapan kami berkumpul di lobi hotel. Sambil bergambar, dapat idea untuk mengadakan satu program JJCM ke Jakarta. Kalau ikutkan plan asal, kami sebelum ini bersetuju untuk mengadakan program cruise.
Selepas semua bersetuju, pembahagian tugas telah dibuat untuk menrealisasikan program JJCM ke Jakarta. Nantikan entri berkenaan JJCM. Jakarta dientri akan datang.
Kami check out pukul 11 pagi dan meneruskan perjalanan ke Warong Siput Sedut untuk makan tengahari. Makanan dihidangkan di meja rendah dan makan secara duduk bersila.
Haa bila dah berusia seperti kami yang ada yang telah menjejak usia warga emas dan ada yang menghampiri usia warga emas, duduk bersila adalah satu perkara yang mencabar. Cabaran ini yang menjadikan pengalaman makan di sini satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan.
Lagi menyeronokkan bila masing masing berkongsi cerita yang melucukan dengan pasangan masing masing terutama bab pemeriksaan kesihatan yang menjadi salah satu rutin.
Lauk yang dipilih di sini selain masak lemak siput sedut ialah ikan siakap goreng, ayam masak kicap, ulam ulaman dan sambal. Semua sedap sedap.
Yang menjadi pilihan saya ialah ayam masak kicap dan ulaman yang sangat sedap dan kena dengan selera saya. Kalau ke sini lagi, pasti lauk ini yang akan dicari.
Selepas makan, kami bertolak balik ke rumah masing masing. Sekali lagi lebuhraya sesak sepanjang perjalanan. Dengan ini, berakhirlah perjalanan JJCM Muar, Pontian dan Johor Bahru bersama rakan dan BFF alumni bekas Penghuni Kolej Ketiga Universiti Malaya.
Jangan lupa ikuti program JJCM Jakarta pakej VIP trip kami yang pasti sangat nostalgia di SINI. Program JJCM Jakarta adalah program JJCM yang kedua di Luar Negara selepas Bangkok di SINI.
Catat Ulasan for "JJCM Muar, Pontian dan Johor Bahru Day 3"
Add your comment