Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Perjalanan dari Fort William Ke Manchester Day 9



Assalamualaikum, saya ingin menyambung catatan percutian saya ke UK dan Scotland. Kali ini adalah sambungan perjalanan dari Scotland ke Manchester. Boleh klik di SINI untuk entri sebelum ini. 

Bangun pagi pagi, saya menyediakan nasi goreng kampung dengan ikan bilis goreng sebagai sarapan pagi. Saya juga menyediakan cekodok pisang untuk bekal dalam perjalanan. Pisang yang dibeli di pasaraya Aldi sehari sebelumnya. 


Bertolak dari Cuaraidh Cottage pada pukul 8.45 pagi. Sayang dan rasa tak puas berada di cottage ini. Tak puas nak lepak lepak di siang hari melihat persekitarannya. 

Maklumlah pagi pagi dah keluar dan malam baru balik. Jadi sebelum bertolak, kami bergambar sebagai kenang kenangan di hadapan rumah yang cantik ini. 


Ingat nak cari the ship wreck tapi tak jumpa. The Corpach shipwreck yang terletak di tepi pantai antara kampung di Corpach dan Caol. Hanya 5 minit sahaja dari bandar Fort William. Tak ada rezeki, terpaksa lah kami meneruskan perjalanan. 

Terus ke Firkin Point Loch Lomond, tempat piknik dan camping. Sangat cantik dengan  tasik dan gunung di sekelilingnya. Air nya sangat jernih, geram jer nak menyelam kaki di dalam air yang pastinya sejuk macam air ais.  Selepas puas berposing posing di sini, kami meneruskan perjalanan ke Manchester. 




Di dalam perjalanan, kami singgah di hentian rehat di Abington untuk ke bilik air. Anak anak kemudian ternampak kedai yang menjual nasi dan pasta. 

Memang sangat sedap nasi dan pasta ini. Dengan pelbagai kentang dan sayuran di dalamnya menjadikan hidangan ini lengkap dan sangat mengenyangkan. 


Kami sampai di Manchester pukul 5 petang. Kedai tutup pukul 5.30 petnag pada hari Ahad. Jadi kami hanya terus ke Boilin House Quay Apartment di mana kami akan menginap sepanjang di Manchester. 

Selepas bersiap siap kami terus ke restoran Arab untuk makan nasi Arab. Juita menunggu di sana kerana dia akan bermalam di rumah kawannya. Restoran ini terletak dekat dengan rumah sewa Juita sebelum ini. 


Nasi mandy di sini portionnya sangat besar. Memang tak habis atau makan sehingga kekenyangan. Untuk orang Malaysia disediakan minuman percuma. Waah special orang Malaysia nih. Hahaha. 




Selepas makan, kami terus balik ke apartment untuk berehat setelah kepenatan dengan perjalanan yang sangat jauh dari Fort Willian ke Manchester. OK sehingga kita bertemu lagi sambungannya di catatan akan datang.


Catat Ulasan for "Perjalanan dari Fort William Ke Manchester Day 9"