Gulai Udang Stail Original Kelantan Yang Sedap
Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam. Setiap hari kita belajar hatta proses pembelajaran berterusan sehingga kita meninggal dunia. Begitulah juga dengan ilmu agama dan dunia.
Sekarang kit aboleh melihat banyak video dari ustaz yang berkongsi akan kelebihan ibadah di bulan Zulhijjah yang dikatakan adalah sebaik baik amalan. Saya merujuk kepada video Ustaz. Jafri yang menyebut, solat sunah di bulan ini adalah sebaik baik solat sunat. Bersedekah di bulan ini juga adalah sebaik baik sedekah.
Itu sebab kita disarankan untuk memperbanyakkan solat sunat, bersedekah, berzikir dan membaca Al Quran di bulan ini. Juga digalakkan untuk kita berpuasa pada 1-9 Zulhijjah Lebih lebih lagi pada 9 Zulhijjah di mana ianya adalah puasa sunat Arafah yang dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Aamiin.
Haa sebelum kita masuk bab masakan, jangan lupa untuk klik follow blog Azie Kitchen supaya anda akan dapat notifikasi setiap kali entri baru di update di blog. Juga klik lah sekali iklan yang keluar di blog. Dari berpuluh ribu yang masuk ke blog saya, hanya ratus ratus sahaja yang sudi klik iklan.
OK sama juga dengan bab ilmu masakan, saya kongsikan ilmu yang saya pelajari dari seorang tukang masak yang juga berniaga kedai makan. Nampak mudah tapi tidak semua orang tahu cara memasak gulai kuning Kelantan untuk menghasilkan rasa yang sedap seperti lauk lauk nasi berlauk yang dijual di Kelantan setiap pagi.
Secara jujur dari kecil, saya selalu fail dalam memasak gulai Kelantan kerana gulai Kelantan biasanya dimasak santan dengan bahan tumbuk dulu sehingga mendidih, baru dimasukkan bahan lain seperti udang atau ikan.
Jadi bab mengacau santan ni, memang gagal sebab jenis tak reti nak dok diam tepi dapur. Ada jer nak ke sana sini, akhirnya gulai dan kuahnya berbiji biji.
Walaupun rupanya tak cantik tapi lauk saya hari ini, sangat sedap. Saya makan pula dengan sambal belacan Kelantan. Wallaa sedap sangat. Rasa sebiji macam nasi berlauk pagi di Kelantan. Tak perlu lauk lain nanti hilang rasa nasi berlauk.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya. Jangan lupa untuk melihat video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Jangan lupa untuk subscribe. Selamat mencuba.....
Gulai Kuning Udang kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
350 gram udang
Santan dari 1 biji kelapa - 700 ml
1-2 keping asam keping
1 inci lengkuas - ketuk
Garam secukup rasa
Sedikit gula
1 biji timun
Lada solok/cili padi
Bahan kisar:
5 biji bawang merah
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup atau serbuk kunyit
6-7 biji cili kering - 1 sudu besar cili kisar
Cara cara:
Masak santan dan garam sehingga hampir mendidih dan masukkan bahan kisar. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berbiji. Kacau rata sehingga mendidih.
Masukkan asam keping dan kacau atas api perlahan sehingga mendidih dan terbit minyak. Jika kuah pekat, boleh tambah 100 ml santan cair.
Setelah terbit minyak dan elok pekatnya, masukkan timun dan biarkan sehingga timun separuh lembut, masukkan udang.
Akhir sekali, masukkan cili padi. Masak daIam 5-6 minit, tutup api.
Nota:
Kuah kena pekat sebab udang akan keluarkan air.
Masukkan garam dahulu sebagai petua bagi mengelakkan santan berbiji.
can it seem that this original stail kelantan looks attractive?attractive
BalasPadamokey
BalasPadamKampus Hijau
Kampus Hijau
sekolah islam modern
BalasPadam