Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap
Assalamualaikum. Apa khabar semua? Semoga semua nya sihat dan dalam lindungan Allah. Haa siapa yang baca blog saya tu, jangan lupa follow blog dan klik iklan yang keluar di blog. Itu sahaja. Tak ada bayaran pun untuk mendapatkan resipi saya.
Sejak ketiadaan pembantu rumah, saya mengambil masa untuk adjust diri. Ini adalah kerana saya seorang sahaja di rumah. Kalau masak apa pun, macam tak berbaloi dengan masa yang dihabiskan di dapur. Ya lah nak sediakan bahan, nak memasak dan nak membasuh pinggan mangkuk selepas memasak lagi.
Tapi yang menjadi masalahnya ialah tiada makanan sedap yang dijual di kedai. Susah. Orang lain pun akan setuju dengan saya. Kadang beli juga sebab tiada pilihan. Atau pergi kedai mamak, pasti rasanya sama dan sentiasa panas.
Atau nak sedap pergi kedai atau restoran mahal macam Madam Kwan, Simply Ribs yang rasanya memang konsisten sedap. Mereka guna kaedah central kitchen.
Kalau kedai makan biasa, mee hoon pun tak sedap. Alahai bukan susah pun menggoreng mee hoon. Mungkin sebab pekerja yang masak. Objektif mereka bukan masak sedap tapi nak siapkan kerja memasak sahaja. Sedap atau tidak belakang kira. Janji setiap hari, jualan habis. Maaf lah kalau ada yang silap. Mungkin bukan semua macam tu.
Jom layan resipi yang saya gunakan hari ini. Selamat mencuba.
Mee Hoon Goreng
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
160 gram mee hoon vermecille
1 mangkuk kecil daging - hiris nipis
1 biji telur
½ mangkuk kecil kubis
1 sudu besar cili kering kisar
½ sudu kecil garam
¼ sudu kecil gula
Sedikit cuka
¼ cawan minyak masak - boleh tambah sikit lagi
Bahan kisar:
½ biji bawang besar - saiz sederhana
3 ulas bawang putih
1 sudu besar ikan bilis
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak dan terbit minyak.
Masukkan air untuk cili masak dan terbit minyak lagi. Boleh dibuat berulang kali.
Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan air untuk daging empuk dan sambal terbit minyak sekali lagi. Masukkan garam, gula dan cuka.
Setelah daging empuk, masukkan telur dan kacau rata.
Masukkan mee hoon yang telah direndam dengan air sejuk. Kacau rata.
Masukkan kubis dan kacau lagi sehingga mee hoon kering air nya dan terbit minyak. Angkat dan hidang.
Jika suka, tabur daun bawang dan bawang goreng atau cili merah yang dihiris sebagai hiasan. Semua terpulang pada bahan yang ada.
Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap"
Add your comment