Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng Kicap Mudah dan Sedap



Alhamdulillah setelah sekian lama, saya mengalami masalah sleeping disorder, akhirnya rutin dan waktu tidur saya dah kembali seperti biasa. Tidak dinafikan bila masalah tidur tidak normal, kita akan jadi kelesuan dan tidak bermaya. Hidup terasa tidak bersemangat. Selain itu saya juga menjadi lemah seluruh anggota mungkin kerana terlalu banyak masa dihabiskan dengan tidur. Sehingga saya tidak dapat berdiri terlalu lama. 

Inilah yang dikatakan nikmat kesihatan yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Ada orang yang kaya raya, kerabat diraja tapi menpunyai masalah kesihatan. Jika wang menjadi ukuran, pasti dia mampu mendapat rawatan terbaik dari pakar di seluruh di dunia.

Kadang kadang saya melihat gaya hidup orang orang kaya yang berbelanja beratus ribu sehari sedang ada yang lain, perlu menunggu hujung bulan untuk menerima gaji, manakala ada yang langsung tidak berduit. Rezeki semuanya telah tercatat untuk setiap orang. Rezeki akan datang mencari tuannya.

Jadi buat saya sendiri, saya sentiasa berpesan, jangan merasa dengki dengan kekayaan orang lain kerana harta dunia adalah mainan dan tipu tipu semata. Akhirat jua yang kekal abadi. Ya orang kaya juga banyak membuat kebajikan berbanding dengan orang biasa. 

Betul tapi kayu ukur ganjaran pahala adalah urusan Allah. Bukan untuk manusia yang mengira ngiranya. Kita tidak tahu bila kita akan dijemput, jadi seharusnya kita sentiasa bersedia dengan banyak memikirkan kematian. Orang yang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati. Ianya boleh menghilangkan kelazatan hidup di dunia. 


Saya ingin kongsikan resipi mee hoon goreng kicap yang sangat sedap. Secara jujur saya kurang suka masakan berkicap tapi sebab anak anak suka, saya banyak juga memasak lauk pauk berasaskan kicap. 

Mee hoon goreng kicap ini juga berwarna sedikit gelap. Yalah guna kicapkan jadi warna pun gelap lah juga. Tapi pada yang suka kicap, pasti anda akan suka dengan rasanya. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...



Mee Hoon Goreng
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 bungkus mee hoon vermecille - rendam
Sayur sawi
1 mangkuk taugeh
3 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
3 sudu besar cili kering kisar
10 ekor udang
1 biji telur
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk ayam
Sedikit cuka
½ cawan minyak - jangan habiskan

Bahan sos:
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap pekat - kurangkan jika tak suka warna gelap
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato

Cara cara:
Rendam mee hoon dalam air sejuk seketika. Tos dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang hiris sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak. Masukkan sedikit air dan masak sehingga terbit minyak dan cili benar benar masak.

Masukkan bahan sos dan kacau rata. Masukkan batang sawi, udang dan telur. Kacau rata. Masukkan garam dan serbuk perasa.

Masukkan mee hoon dan kacau rata. Masukkan daun sawi. Akhir sekali masukkan taugeh. Kacau rata dan tutup api.


Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng Kicap Mudah dan Sedap"