Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Cili Padi Ketam Yang Sedap



Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semua anda berada dalam keadaan sihat walafiat dan diberkati dunia dan akhirat. Jangan lupa untuk follow blog saya dengan klik butang FOLLOW BLOG dan sudi lah untuk klik satu atau dua iklan yang keluar di blog saya sebagai tanda sokongan. 

Ramai yang tak klik iklan kerana tak tahu, mereka fikir bila mereka masuk blog, saya akan dapat bayaran. Untuk mendapat bayaran 1 atau 2 sen, anda perlu klik satu iklan dulu. Tidak mahal pun bayarannya tapi cukup untuk membuatkan saya kekal bermotivasi.

Saya sebenarnya pertama kali menyiang ketam yang masih hidup dan juga kali pertama saya juga, saya beli ketam nipah. Selepas 3 hari, ia masih hidup dan siap acah acah saya lagi. 

Saya sebenarnya mudah kesian dan rasa tak sampai hati. Akhirnya saya letak dalam peti sejuk beku bagi pengsan sebelum mati. Itu pun hati rasa kesian bila tengok masih ada mata bergerak gerak, ketika saya buka freezer untuk tengok kalau ketam dah pengsan.



Saya membeli 3 ekor ketam betina dan 1 ekor ketam jantan. Yang betina, penuh dengan telur. Ketam ini dikatakan sangat bagus untuk dibuat sup bagi mereka yang mengalami demam denggi. Samada menjadi atau tidak, itu saya tak pasti tapi ianya menjadi amalan masyarakat kita sebagai satu ikhtiar.

Banyak resipi yang boleh digunakan untuk masak ketam nipah seperti ketam sambal, ketam masak 3 rasa, ketam kukus tapi saya membuat masak lemak kerana saya nak kuah gulai untuk digaul dengan nasi putih panas panas. 

Memang sedap kerana kuahnya memang berperisa ketam gitu. Kalau masak ketam atau udang, saya lebih suka menggunakan santan segar. Kuahnya akan lebih sedap dan cantik juga. Makan pula dengan petai yang digoreng atau direbus, wallaaa sedap tak terkata. Ada sepinggan ikan goreng garam kunyit dah kira lengkap satu hidangan kan. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...



Masak Lemak Cili Padi Ketam Nipah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 ekor ketam nipah
1 biji kelapa parut - santan
1 keping asam keping
1 sudu kecil garam

Bahan kisar:
1-2 genggam cili padi - ikut pedas disukai
1-2 inci kunyit hidup - saya guna ½ sudu besar kunyit kisar
Sedikit serbuk kunyit

Cara cara:
Masak bahan kisar sehingga air hampir kering, masukkan santan dan kacau rata.

Masukkan asam keping dan garam. Setelah mendidih, masukkan ketam. Masak sehingga ketam masak. Bolehlah tutup api.




Nota:
Basuh dan berus ketam bagi menghilangkan bau lumpur. Siang basuh dan tos. 


Cara nak matikan ketam nipah yang masih hidup ialah dengan dimasukkan ke dalam peti beku terlebih dahulu. 

1 ulasan for "Masak Lemak Cili Padi Ketam Yang Sedap"

  1. lama betul tak makan ketam... sebab anak anak tak berapa minat makan ketam...

    BalasPadam