Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Siakap Masak Tiga Rasa Paling Mudah Dan Sedap



Assalamualaikum. Apa khabar? Kalau anda memang follower saya, pasti anda akan mendapat notifikasi untuk entri ikan masak tiga rasa hari ini. Mudah jer nak follow, cuma perlu klik butang Klik To Follow Blog. Itu jer. Dalam blog ini, ada beribu ribu resipi yang anda boleh cuba. 

Haa di samping itu, jangan lupa klik iklan yang keluar di bahagian atas blog ini. Ramai yang bertanya, ooh kena klik ke? Jawapan saya, terpulang lah tapi kalau tak menyusahkan, klik lah. Sekurangnya dengan satu klik akan memberi income 1 atau 2 sen pada blogger. Ianya memberikan satu motivasi untuk blogger seperti saya untuk terus ber blog. OK sambung semula bab resipi. 

Memang ada banyak versi resipi masak ikan tiga rasa. Ada yang memasukkan macam macam jenis bahan seperti sos ikan dsb. Nak menambah lagi, diletakkan pelbagai aksesori sayuran seperti nenas, capsicum, celeri dsb. 

Tapi hari ini saya ingin kongsikan satu resipi ikan masak tiga rasa yang paling mudah, paling simple bahannya dan rasanya sedap dan paling disukai oleh suami dan anak anak saya. 

Untuk resipi ini pun, boleh juga dihias dengan pelbagai sayuran jika suka. Tapi itu semua, anak anak tak makan pun. Kalau ada stock dan kalau suka, boleh jer dimasukkan untuk menambah cantiknya hidangan. 


Seprti yang saya tulis di atas, versi ini adalah versi paling mudah, paling simple dan paling digemari anak anak saya. Saya pun paling suka juga kerana mudah, tak perlu nak sediakan pelbagai bahan. Dalam keadaan ekonomi seperti sekarang, kita kena pandai berjimat cermat. Yang penting, ianya sedap dan jimat bahan. Betul tak? 

Jom layan resipi yang saya gunakan hari ini dan jangan lupa untuk melihat VIDEO penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Jangan lupa untuk subscribe juga. Selamat mencuba.... 


Ikan Siakap Masak 3 Rasa
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap - lumur garam dan sedikit serbuk kunyit 
1 biji bawang besar Holland - cincang
4 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang Holland - hiris bulat
½ sudu besar serbuk pati ayam
1 sudu besar gula
1 cawan air
¼ cawan minyak masak

Bahan sos:
1 cawan sos cili
½ cawan sos tomato
3 sudu besar sos tiram

Cara cara:
Lumur ikan dengan garam dan sedikit serbuk kunyit. Nota: Sedikit sahaja serbuk kunyit. supaya tidak warna kekuningan.

Goreng ikan sekadar masak sahaja. 


Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang Holland cincang sehingga keperangan.

Setelah keperangan, masukkan bahan sos. Gaul rata.

Akhir sekali, masukkan bawang hiris, gula dan serbuk perasa.

Jika suka, ikan yang garing, tuangkan sos atas ikan. Tapi jika suka ikan yang lembut sedikit, masukkan ikan ke dalam kuali dan gaul rata dengan bahan sos. 

Hias dengan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Jika ada lebihan sos, boleh dimasukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan akan datang. Tinggal goreng ikan dan tuang bahan sos. Dah siap dihidangkan. 


Catat Ulasan for "Ikan Siakap Masak Tiga Rasa Paling Mudah Dan Sedap"