Acar Timun Masak
Antara banyak banyak lauk berasaskan sayuran, saya suka acar timun masak. Ada yang panggil acar rampai yang lebih meriah dengan pelbagai bahan termasuk ditabur bijan dsb.
Tapi saya suka acar timun yang kosong seperti ini. Suka meratah timun yang rangup krup krap krup krap. Saya hidangkan dengan nasi minyak di SINI. Lauk. Ayam Masak Merah di SINI.
Selain acar timun yang dimasak, saya juga suka acar timun mentah. Caranya hampir sama, cuma ianya tidak dimasak dan dimasukkan banyak bawang besar kuning yang dihiris halus.
Boleh tengok resipi kakak saya di SINI. Kakak saya akan menyediakan acar timun dengan menggunakan resipi ini kerana sukatan bahannya adalah telah dicuba banyak kali.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...
Acar Timun Masak
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 batang timun
½ batang karot
1 biji cili merah
4-5 biji bawang merah kecil
6 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
Sedikit biji sawi
Serbuk kunyit
½ cawan cuka
6 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
⅛ cawan minyak
Cara cara:
Hiris timun dan karot secara memanjang dan rendam dalam air kapur. Masukkan juga beberapa biji bawang merah yang diletak sebiji biji atau dipotong dua ke dalamnya.
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris. Masukkan biji sawi dan serbuk kunyit. Tumis sehingga bawang wangi.
Masukkan cuka, gula dan garam serta karot. Kacau rata dan sesuaikan rasa. Padamkan api dan masukkan timun dan cili merah. Kacau sebati.
Catat Ulasan for "Acar Timun Masak"
Add your comment