Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Tulang Istimewa Yang Wajib Cuba



Bila saya ditimpa ujian bila kena scam walaupun telah berhati hati. Namun perasaan kesian menyebabkan saya terkena jua akhirnya. Banyak kali juga saya terlepas dari ditipu. 

Kalau tengok kes scammer yang didedahkan di youtube, ramai juga orang Melayu yang terlibat dalam kegiatan ini. Terfikir orang Melayu yang dilahirkan Islam, tak ada ke sedikit rasa takut akan dosa. Tak ada ke sedikit rasa kasihan pada orang yang ditipu sehingga hilang beribu ribu duit simpanan bertahun lamanya. 

Betapa dunia sekarang yang penuh materialistik sehingga manusia berbuat apa sahaja untuk hidup mewah. Dosa pahala, rasa belas tiada lagi dalam kamus hidup mereka. 

Semoga Allah menjauhkan kita dari makan dan menjadikan darah daging kita dari sumber yang tidak halal. Biar hidup kita tidak kaya di dunia tapi kita akan kaya di akhirat. Pesan saya semoga semua berhati hati agar tidak mudah mempercayai orang lain walaupun orang yang kita kenali. OK sekarang kita masuk pula bab resipi.

Sup tulang ini sangat sedap. Ada sedikit pekat pekat ala ala sup Mamak tapi tidak berempah seperti sup mamak. Untuk menjadikan sup kita lebih sihat, semasa direbus, ceduk keluar buih buih di permukaan atas. 

Semasa menyediakan sup, ambil sedikit sahaja air rebusan dan dicampur dengan air biasa supaya kuahnya tidak terlalu berlemak. Biasanya ketika sup sejuk, saya akan ceduk lemak yang membeku. Boleh juga dicelup sudip besi dengan air sejuk air ais dan kemudian celup dalam kuah sup supaya bahan berlemak akan melekat di sudip besi.  


Saya sangat syorkan anda untuk mencuba sup tulang dengan menggunakan resipi ini dan rasakan sendiri kelainannya dari sup biasa.

Jangan lupa untuk melihat video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Kalau belum subscribe, saya sangat sangat menggalakkan anda subscribe. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...


Sup Tulang Sedap 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 biji bawang besar - hiris
1 peket kecil rempah sup - anggaran 2 sudu besar
1 liter air rebusan tulang atau secukupnya
1 batang lobak merah ~ dadu
2 biji kentang ~ dadu
1 sudu kecil lada sulah
2 kiub PATI LEMBU KNORR
1 biji tomato - potong dadu
1 batang saderi - hiris
Daun sup dan daun bawang ~ hiris
3-4 biji cili padi - hiris
1 sudu besar bawang goreng - tabur

Bahan Kisar:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang puti
1 inci halia
½ batang lobak mera
1 batang saderi
1 batang daun bawang

Cara cara:
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang saderi dan daun bawang. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.

Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.

Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, saderi dan daun bawang yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.

Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.

Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia mereneh.

Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan secukup rasa dan Kiub Pati Daging Knorr.

Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang saderi, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap.


Nota:
Semasa proses merebus tulang, akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup.

Catat Ulasan for "Sup Tulang Istimewa Yang Wajib Cuba"