Sup Kepala Ikan Yang Mudah dan Sedap
Saya kalau bulan Ramadhan akan memasak lauk simple simple sahaja. Saya tak suka yang lauk yang berlemak dan berempah. Makan juga cuma kurang suka.
Antara lauk faveret saya di bulan Ramadhan ialah sup kepala ikan. Dimasak ringkas dan tidak menggunakan rempah sup pun. Dengan adanya lada hitam, rasa sup dah cukup sedap.
Kalau anda belum pernah mencubanya, jom lah cuba resipi saya ini. Kalau nak buat lauk berniaga di bazar Ramadhan, pasti sedap dan cepat disediakan.
Jangan lupa untuk melihat video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI.
Jom layan resipi yang saya kongsikan di bawah ini. Selamat mencuba.
Sup Kepala Ikan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 kepala ikan
1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasae
Kulit kayu manis dan bunga lawang
800 ml air
Garam
Daun sup
⅛ cawan minyak
Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci halia
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bubga lawang dan bawang putih, halia dan bawang merah sehingga keperangan.
Masukkan air secukupnya. Setelah mendidih, masukkan kepala ikan. Masukkan garam dan lada hitam.
Setelah ikan masak, tabur daun sup. Tutup api. Sebelum hidang, tabur bawang goreng.
Catat Ulasan for "Sup Kepala Ikan Yang Mudah dan Sedap "
Add your comment