Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Tempoyak Ikan Patin Stail Perak



Entah kenapa sejak kebelakangan ini, saya agak down, rasa macam boring sangat. Mata asyik mengantuk sahaja. Telah lama juga saya tak melakukan briskwalk sejak hujan setiap hari sehingga banyak kawasan di Selangor yang ditimpa banjir yang agak teruk. 

Saya tahu saya tak boleh lama lama melayan perasan malas dan tidak aktif ini, jadi sejak dua hari lepas, saya sambung semula aktiviti briskwalk. Yang paling saya suka, sambil briskwalk, saya akan dengar video ceramah ustaz dan saya juga bawa tasbih untuk berzikir. 

Bila kita melakukannya begitu, tak terasa lama. Rasa macam sekejap sahaja dah cukup pusingan minimum yang saya mesti buat. OK sekarang kita masuk pula bab resipi dan masakan. 

Saya banyak kali melihat arwah Bonda Mertua dulu menyediakan masak tempoyak. Beliau menggunakan cili merah, serbuk kunyit dan tempoyak sahaja. Kuahnya sedikit kemerahan. 

Tapi semasa saya singgah di Taiping dalam perjalanan ke Pulau Pinang, saya makan masak tempoyak ikan patin yang berwarna kuning dan kuahnya pekat. Kuahnya sedap sehingga saya siap menghirup kuahnya. 

Seperti biasa saya bertanya cara menyediakannya. Kata kakak tu, biasa sahaja. Macam masak lemak cuma dimasukkan tempoyak dan tak menggunakan santan. Beliau tak bagi detail bahan pun.

Tanpa membuang masa saya menulis di handphone. Dalam perjalanan itu juga, saya mencari resipi yang hampir sama. Akhirnya terjumpa satu blog yang berkongsi resipi masak tempoyak ikan patin seperti yang saya makan di Taiping ini. 

Saya hari ini memasaknya sendiri selepas teringat dalam peti ais ada stock ikan patin dalam 1 kg. Maka menjadilah masak tempoyak ikan patin Perak style dengan sedapnya. 


Masak tempoyak ni, lagi lama lagi sedap. Tiga hari berturut turut Hubby makan masak tempoyak ini sehingga habis. 

Maklum orang Perak, memang dah sebati dengan masak tempoyak walaupun ikan yang digunakan tidak semestinya ikan patin. Semua jenis ikan sedap dimasak tempoyak seperti ikan merah, ikan kembung dan juga ikan sungai lain. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI



Selamat mencuba….


Gulai Tempoyak Ikan Patin Perak

Bahan bahan:
1 kg ikan patin
2 sudu besar gula - bergantung pada tahap masam tempoyak
½ sudu besar garam
Serbuk perasa
1 liter air

Bahan B:
1 cawan tempoyak - 10 sudu besar
2 batang serai - ketuk
½ helai daun kunyit
1 batang timun

Bahan kisar:
10 biji cili padi
½ sudu besar serbuk kunyit - atau 2 inci kunyit hidup

Cara cara:
Basuh ikan patin bersih bersih. Kemudian direndam dengan asam keping. Bilas dan tabur pula tepung gandum. Biarkan seketika sebelum dibasuh bersih. 

Satukan bahan kisar dan bahan B. Gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit untuk kepekatan yang disukai. 


Setelah mendidih besar, masukkan ikan. 


Perlahankan api dan renih sehingga keluar minyak ikan.



Catat Ulasan for "Masak Tempoyak Ikan Patin Stail Perak"