Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masalla Yang Sedap



Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur untuk menjejakkan kaki ke tahun baru 2022. Sebelum berakhir tahun 2021, negara terutamanya di Selangor dilanda banjir besar yang meragut banyak nyawa dan juga kerosakan yang besar pada harta benda.

Ujian yang diberikan ini adalah untuk memberikan ganjaran pahala yang besar pada mereka yang diuji. Insya Allah, jika sabar Allah akan berikan pahala yang besar. 

Kami dalam group Whatsapp rakan rakan semasa di universiti juga kehilangan dua orang sahabat dalam bulan Disember 2021. Kehilangan mendadak semasa tidur yang asbabnya adalah mungkin serangan jantung. Sama sama kita sedekahkan al fatihah buat semua yang telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita. Semoga roh mereka dicucuri RahmatNya.

Jadi seeloknya selain menjalani cara hidup sihat untuk kita menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan tiada blockage pada saluran jantung, tiada tahap kolesterol yang tinggi dsb. 

Untuk entri pertama 2022, saya ingin kongsikan resipi ayam masalla yang pertama kali saya mencubanya. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik follow blog dan juga klik iklan yang keluar ya. Saya memang suka mencuba resipi baru yang belum pernah dicuba untuk memberi kelainan pada hidangan keluarga. 


Alhamdulillah, rasa sangat sedap dan menyediakannya pun tidak susah. Jadi cuba tengok, kalau anda menpunyak cukup bahan bahannya di dapur, bolehlah mencuba resipi di bawah ini.

Jom saya kongsikan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.... 



Ayam Masala

Bahan bahan:
½ ekor ayam
¼ cawan minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar
3 biji buah pelaga dan 3 bunga cengkih

Bahan B:
4 tangkai cili kering - potong
1 helai daun salam
1 tangkai daun kari

Bahan C:
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 biji buah tomato - dadu
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar garam masal

Bahan D
½ kotak santan kota
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula

Bahan perap:
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ biji perahan air lemon

Cara cara:
Perap ayam dengan bahan perap selama 30 minit. Ketepikan.


Panaskan minyak dan minyak sapi dan tumis bawang besar hiris sehingga hampir kekuningan.


Masukkan bahan B. Tumis lagi sehingga bawang kekuningan.

Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga ayam kecut dan terbit minyak.


Masukkan bawang putih, halia dan buah tomato. Kacau rata. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, cili serbuk dan garam masala. Kacau rata.


Masukkan sedikit air dan biarkan semuanya mesra. Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.



Masak sehingga kuah pekat yang disukai.






Catat Ulasan for "Ayam Masalla Yang Sedap"