Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Pasti Sedap
Assalamualaikum semua? Kepada anda yang membaca entri saya hari ini, saya pasti anda pasti menpunyai akaun socia media. Saya ingin menjemput anda semua yang setia dengan blog saya untuk follow facebook page saya, Azie Kitchen Blogger dan Instagram saya @aziekitchen
Ramai menulis yang mereka baru terjumpa facebook page dan IG saya dan mereka selama ini tidak tahu kalau saya menpunyai facebook dan Instagram.
Anda juga boleh klik di butang yang disediakan di blog saya di bahagian bawah. Tinggal klik sahaja untuk follow saya. Boleh tak?
Seperti biasa meh kita sentuh sedikit bab perkongsian dari kuliah ustaz. Pernah dengar tak orang berkata, saya mulut jer macam ni tapi hati saya baik. Atau orang lain yang berkata, dia mulut macam tu pun hati baik.
Kiranya macam mulut laser, lidah tajam tapi hati baik. Mulut terjemahan hati. Kalau kita masukkan senduk dalam periuk, kalau dalam periuk ada asam pedas, akan ceduk keluar asam pedas. Tak akan keluar masak lemak.
Mulut cuma tadbir apa yang ada dalam hati. Kalau dalam hati baik, maka lidah sebagai dalil akan mengeluarkan perkataan yang baik baik. Setiap hari jasad berpesan pada lidah. Kalau kamu bengkok wahai lidah, kami pun jadi bengkok. Habis semua bengkok bila lidah silap cakap. Jangan biar mulut bercakap benda yang tak baik. Lisan adalah bukti apa yang ada dalam hati kita. Semoga bermanafaat.
Sedikit berkenaan dengan masak lemak ayam hari ini. Anak saya cukup suka dengan masak lemak ini. Kadang kadang beberapa hari dalam seminggu, masak lauk ni. Tak pernah jemu. Untuk masak lemak kita tidak cepat rasa muak, kena buat pedas pedas sikit.
Jadi kalau anda belum pernah mencubanya, jom lah cuba resipi yang awesome ini. Videonya seperti di bawah. Klik menonton di youtube, baru puashati dapat melihat screen yang penuh.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...
Ayam Masak Lemak Cili Api
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 kotak santan kotak + air secukupnya
Asam keping
3 batang serai - ketuk
2 biji buah keras - tumbuk
1 helai daun kunyit
1 sudu besar serbuk kunyit
5-6 biji cili padi - hiasan
Garam
Serbuk pati ayam - opsyenal
½ cawan minyak
Bahan Kisar:
5 biji bawang merah- size besar
4 ulas bawang putih
3 genggam cili padi - guna 1 genggam
2 inci halia
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga terbit minyak.
Masukkan ayam, asam keping, buah keras. Masak lagi sehingga terbit minyak. Masukkan daun kunyit hiris, cili padi dan serbuk kunyit. Masak sehingga kuah sedikit pekat pekat dan terbit minyak.
Masukkan 1 santan kotak. Masukkan sedikit air. Masak pekat pekat. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
Catat Ulasan for "Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Pasti Sedap"
Add your comment