Kaswi Pandan Yang Sedap
Sebelum kita bercerita bab resipi, sudi kiranya untuk anda semua klik iklan yang keluar di bahagian atas blog saya ini dan juga klik follow blog. Memang ramai sekarang suka mencari resipi di facebook dan Instagram. Tapi saya masih setia di blog.
Saya sendiri bila mencari resipi, saya akan google untuk mencari resipi di blog. Terima kasih atas kerjasama anda semua semoga akan terus memberi motivasi untuk saya terus menulis dan berkongsi resipi.
Saya terpanggil untuk menulis fenomena dan situasi sekarang yang jauh berbeza dengan dahulu. Dahulu bila kesusahan dan dalam keperluan, kita mencari ibu ayah, adik beradik atau kawan kawan untuk membantu.
Tapi sekarang orang lebih mencari orang yang tidak dikenali. Mereka lebih suka meminta bantuan dengan DM di facebook dan Instagram dari orang yang tidak dikenali pun. Saya sebenarnya tertanya tanya, tak ada ke saluran seperti wakil wakil rakyat, penghulu yang boleh diminta bantuan ke. Atau memang lebih mudah dan lebih banyak jika meminta dengan cara ini.
Maklumlah orang Malaysia ini pemurah, asal orang meminta bantuan sahaja, ramai yang yang akan menghulurkan bantuan.
Saya secara peribadi, saya akan memberi bantuan mengikut saluran yang betul seperti yang dibuat oleh ustaz ustaz yang saya kenali atau badan badan yang boleh dipercayai. Jadi bantuan akan sampai secara adil dan saksama pada mereka yang memerlukan.
Saya bagi sumbangan melalui ustaz yang setiap bulan akan membeli barang makanan dan akan dihantar ke rumah rumah. Barulah dapat diketahui jika mereka sebenarnya susah atau macam mana. Itu cara saya. Saya percaya setiap orang berbeza dan saya tidak mahu komen tentang cara orang lain.
Jadi yang meminta bantuan, pun kenalah berusaha. Jangan hanya gigih create akaun baru satu demi satu untuk meminta bantuan. Mana nak dapat duit kalau hanya berada di social media, tanpa mahu berusaha mencari rezeki dengan bekerja.
Sekarang kita masuk pula bab resipi. Seperti ramai yang tahu, saya adalah peminat resipi kuih muih tradisional juga kerana saya percaya kuih muih ini semakin kurang digemari oleh anak anak muda sekarang.
Jika tidak dikogsikan, saya percaya satu hari, ianya akan semakin kurang dan tidak mustahil akan pupus dan tidak lagi dikenali. Jadi saya harap wanita yang baru menjadi ibu, bolehlah mencuba resipi resipi tradisional ini dan memberi anak anak merasa supaya mereka terbiasa dengannya.
Kuih kaswi pandan ini sangat sedap dan cukup wangi dengan haruman pandan. Ada dua cara iaitu, jika tak mahu dimasak terlebih dahulu pun, boleh. Cuma kalau pengukus kurang baik, air akan bertakung dengan banyak walaupun kerap dibuka dan dilap penutup pengukus.
Jadi saya suka masak sekejap jadi lebih cepat masak. Apa lagi, jom lah cuba kerana ianya sangat sedap. Lebih lebih lagi jika menggunakan kelapa parut muda yang lebih berlemak.
Jom layan resipi yang saya gunakan hari ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI.
Selamat mencuba...
Kaswi Pandan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
½ cawan gula - boleh kurangkan
½ cawan air daun pandan - 5-7 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
2 cawan air
Sedikit garam
1 sudu kecil air kapur makan
Cara cara:
Satukan semua bahan dan kacau sebati.
Masak atas api perlahan sambil dikacau sehingga sekadar keluar wap sahaja. Cepat cepat tuang dalam loyang atau bekas kaca 5"x8" yang telah dilenser sedikit minyak.
Kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak bila dicucuk dengan lidi, tidak melekat.
Biarkan kuih dikukus atas dapur tanpa tudung pengukus selama beberapa minit untuk mengeringkan air di permukaan kuih.
Setelah benar benar sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
Catat Ulasan for "Kaswi Pandan Yang Sedap "
Add your comment