Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM 5: Jelajah Selangor Di Sky Mirror Part 2



Alhamdulillah, hari ini saya akan sambung Part II perjalanan JJCM Jelajah Selangor. Boleh klik di SINI untuk Part I.  Sekali lagi, jangan lupa klik iklan yang keluar di bahagian atas blog ini dan juga klik Follow Blog. Terima kasih atas kerjasama anda.

Pagi pagi hari kedua, sangat teruja kerana ini lah antara destinasi yang telah lama ingin saya kunjungi, sky mirror. Kami berkumpul di lobi pukul 6.15 pagi kerana ingin bertolak ke jeti sky mirror. Kami memakai baju yang berwarna warni supaya refleksi di dalam gambar lebih cantik. 

Pukul 7.00 pagi, kami berpecah kepada 2 kumpulan dengan menaiki 2 boat laju. Perjalanan memakan masa selama 30-40 minit juga untuk sampai di tengah laut yang merupakan sebahagian dari Selat Melaka. Boat perlu sampai sebelum air mulai surut. 


Ketika sampai, air masih di paras betis. Kami berjalan ke tempat yang ditetapkan oleh crew. Ketika itu, orang telah ramai di sana. 

Semua menunggu sehingga air hampir surut sebelum crew dan jurugambar mulai membuat persediaan untuk mengambil gambar. Charge yang dikenakan sebanyak RM80 seorang adalah termasuk servis mengambil gambar.


Sangat mengagumkan kerana kita sedang berpijak di tanah dasar laut yang pada waktu biasa airnya adalah sedalam 6 meter. Subhanallah. Bila surut beting tanah akan timbul seolah pulau yang rendah. Ketika kami di sana, langit kelihatan gelap seolah hari hendak hujan. Risau juga kalau hari gelap dan hujan.

Tapi secara tiba tiba, matahari timbul bersinar cantik dan membantu untuk kami bergambar dengan cantik. Setelah air mulai surut crew photographer mulai bersiap sedia untuk mengambil gambar dengan pelbagai aksi yang telah dipilih. 


Semasa bergambar, kami berpecah kepada 2 kumpulan di mana geng suami bergambar sesama mereka. Kita tidak boleh terlalu lama berada di sini kerana perlu balik pada masa yang tepat sebelum boat terkandas bila air terlalu surut dan kering. 


Selepas bergambar, kami mula beredar kerana tempahan untuk sarapan telah dibuat. Perjalanan balik agak mencabar kerana ombak besar menjadikan boat agak melambung lambung tinggi. Risau juga kalau mabuk dan pening. 

Balik dari sky mirror, kami terus menuju ke kedai tempat sarapan. Lontong daun pisang sangat sedap walaupun kuahnya kelihatan biasa sahaja. Itu lah keenakan masakan yang dimasak oleh gerai gerai di luar bandar. Walaupun gerai tapi masakan sedap dan cukup rencah dan bahan yang digunakan. 

Lempeng juga sangat lembut tapi sayang kerana saya tak dapat makan sambal untuk cicah dengan lempeng. Sambal ikan bilis habis kerana sambal yang sama dimakan bersama dengan kuah lontong. 

Kami kemudian balik ke hotel untuk berehat dan check out selepas solat Zohor. Sempat lah mandi dan tidur seketika. Selepas menunaikan solat, kami check out dan berkumpul di lobi untuk bergambar kenangan. Kami kemudianya beredar secara konvoi ke Restoran Ayam Kampung Menyorok. 


Di sini ayam kampung gorengnya sangat sedap. Ikan bawal yang ditempah, tak ada stock tapi digantikan dengan ikan kembung. Juga sangat sedap, bila ikan digoreng masih panas panas.

Ada 2 jenis ikan asam pedas iaitu ikan sembilang dan ikan pari. Kedua duanya sedap. Diberikan juga ulam dan telur masin. Wallaa sedap makan masakan ringkas seperti ini. 

Air minuman panas yang dipesan selepas makan tengahari juga sedap. Secukup rasa manisnya. Ada dihidangkan cucur udang. Pendek kata semua sedap. 



Selepas makan diadakan majlis penutup ringkas dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang “game”. Selepas itu, kami bersembang santai seketika sebelum berangkat balik.



Alhamdulillah selesai sudah percutian ringkas JJCM Jelajah Selangor dengan kawan baik sejak dari zaman kampus lagi. Walaupun singkat namun kenangan yang terpahat adalah sangat indah untuk dikenang selamanya. 

1 ulasan for "JJCM 5: Jelajah Selangor Di Sky Mirror Part 2"