Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kue Teow Goreng Sedap Di Hari Kemerdekaan



Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke64 buat semua rakyat Malaysia walaupun di mana anda berada. Kita kena hayati erti kemerdekaan supaya kita lebih menghargai pengorbanan mereka yang telah berusaha membebaskan Malaysia dari kuasa penjajahan. 

Sebelum masuk bab resipi, saya ingin kongsikan bab Padang Mahsyar dari Kuliah zoom oleh Ustaz Najib Kassim pada 19 Ogos 2021. Orang yang cerdik ialah orang yang persiap diri untuk kehidupan selepas mati dan orang yang ingat akhirat. Orang itu telah diberi kecerdikan oleh Allah. Rasa tak ingin akan dunia. Kita akan persiap untuk hari pertemuan dengan Allah. 

Mereka akan menghisab dulu bagaimana kalau aku hari ni dipanggil mengadap Illahi. Orang ingat akhirat akan rasa insaf bila dengar kematian yang sekarang ini berlaku hari hari. Bagaimana kalau aku mati malam ini. Apa bekalan yang nak dibawa. 

Hari akhirat bila dengar kita akan rasa gerun. Dah pencen, apa nak buat selepas ini. Apa ilmu nak belajar. Apa nak fokus bila dah berumur 40 tahun ke atas. Siapa sampai umur 40 tahun tak jumpa lagi jalan ke akhirat, tak reti lagi nak beribadat, apa nak kata kat dia? Iman Ghazali ajar supaya takbir kat dia takbir 4 kali pada dia. Solat jenazah simbolik pada dia. 

Hasilkan kegerunan pada kita bila ingat bab akhirat. Ilmu yang paling menghasilkan perasaan takut pada kita ialah ilmu akhirat tentang kematian dan tentang mahsyar. Hati kita macam kuda liar yang selalu lari dan kena tarik. Lari dan tarik lagi. 

Allah sebut pada surah Al Kahfi yang selalu dibaca pada hari Jumaat. Akan datang malaikat maut dan kamu akan dibawa mengadap Allah Taala. Malaikat maut datang dalam pelbagai keadaan. Satu surah juzuk 30 tentang bagaimana malaikat cabut nyawa dengan amat keras dan ada yang dicabut nyawa dengan cabutan yang amat lembut. Berbahagia lah orang yang dicabut dengan agak lembut. Tapi Aaisyah melihat Nabi Muhammad SAW ketika sakaratul Maut yang merasa detik kesakitannya. Apa tah lagi kita manusia biasa. 

Ketika nyawa di kerongkong orang lelaki yang menpunyai telur sehingga telur termasuk ke dalam kerana teramat sakit ketika mati. Allah berkata jangan macam tu ketika malaikat sedang tarik nyawa nafas sudah sampai di dada. Nazak dan dalam keadaan cemas ketika roh dah sampai di kerongkong. Ketika itu, akan diperlihat dihadapan mata dia. Bercakap dengan perkataan yang kita tak faham. Hanya dia er yang tahu kerana Allah telah buka hijab mata maka ketika itu dia nampk apa yang orang lain tak nampak. Kaki dia dah sebelah berada di alam barzah. 

Dia minta tangguh. Ya Allah kalaulah dipanjangkan sedikit umur aku untuk aku hidup 3 minit pun tak apa. Nak bersedekah semua harta yang ada pada ketika itu. Mereka tunduk dan berdoa dalam ketakutan, ya Allah kami dah tengok, kami dah dengar kerana kami dah yakin kerana kami telah berada di tempat tersebut. Kata Allah Kalau kami nak kami boleh beri petunjuk pada semua orang tapi tidak sebab kami dah bagi di akhirat ada 2 tempat iaitu neraka dan syurga, maka ada manusia yang akan masuk neraka. 

Sentapan pertama malaikat kata wahai si polan pergilah cari siapa boleh tolong kau. Masa tu baru dia tahu dia nak mati. Kaki menendang sehingga terkencing dan dia tahu dia akan mati. Ditengking oleh malaikat. Dulu engkau tak percaya seolah nak hidup lama. Dulu tak percaya hari akhirat. Dan engkau akan dibawa bertemu Allah Taala. 

Masuk dalam kubur jumpa mungkar nakir. Mungkar Nakir adalah semua perkara yang manusia tak suka tengok. Nama mungkar nakir pun dah dasyat. 

Cuba tengok berapa saiz kubur kita. Hanya diletak satu papan dalam bilik yang sangat kecil. Firaun yang mati beribu tahun dulu sehingga sekarang masih ada di alam Barzah. Bayangkan macam mana nak duduk dalam tempat sempit kalau tanpa bekalan. Kubur gelap yang terangkan adalah dengan al Quran. Kubur sempit yang luaskan adalah sedekah. 

Satu hari nama kita dipanggil untuk keluar dari kubur. Jadi terkejut kita. Dalam surah yassin ada diceritakan bagaimana manusia dibangkit dari kubur. Yang ada tanda saktah. Setiap yang ada tanda saktah, Bukan saja saja tapi untuk kawal intonasi dan kedua untuk kita bayangkan apa yang ada disebalik ayat. Ayat itu menceritakan satu ayat yang mendebar. Detik ketika manusia bangkit dari kubur dan menuju ke padang mahsyar. Ditiup sangkakala dan akan mati semua yang ada di langit dan di bumi kecuali yang ditentukan. Maka mereka bangun dari kubur masing masing berdiri mereka bertanya siapa yang kejutkan kami ni. Ini lah yang telah dijanjikan Allah yang kita akan dibangkitkan. 

Mereka akan keluar dari kubur masing masing umpama kelkatu terpelanting semua yang ada dalam tanah. Tertanya tanya dan hari itu jawapan kepada apa yang ditanya selama ini iaitu hari kiamat. 

Nabi Muhammad SAW menpunyai uban di kepala. Sahabat kira, kira ada 14 helai uban. Tak lebih dari 20 uban. Asbab ada uban kerana surah Al mulk, al Waqiah, al Hud, amma yatasa alum dan al Taqwir. Kenapa beruban dengan Al Quran kerana takut akan lima surah ini yang menceritakan betapa dasyatnya hari kiamat. Hari itu, terang benderang bumi. Tiba tiba datang cahaya maka terbentuk Padang mahsyar. Setiap orang akan diberi buku perhitungan masing masing. 

Ketika dibangkitkan manusia pada ketika itu. Hadis Soheh Bukhari Muslim. Nabi memberi kutbah pada sahabat, wahai manusia kamu akan dikumpul dalam keadaan telanjang bogel. Sama macam kita baru keluar dari perut mak kita. Aisyah bertanya bagaimana nak bangkit dalam keadaan telanjang. Masing masing dalam debaran amat dasyat takutkan hari yang sedang berlaku.

Akan dibawa saksi kepada perbuatan kita. Keadaan amat dasyat. Bagaimana Allah cerita detik saat ketika keluar dalam keadaan sorang diri. Tak ada siapa teman kita. Tak ada manafaat harta benda dan anak anak melainkan orang yang datang dalam hati yang sejahtera. 

Dan kamu tinggalkan belakang kamu dunia. Kami tak melihat siapa yang boleh tolong kamu yang dulu berpakat dengan kamu. Ketika ini kamu akan tinggalkan saudara mara kamu. Tak tengok muka mak. Kalau tengok pun, kita buat tak nampak dan buat tak peduli. 

Yang bersama kita hanya lah amalan kita sebagai teman. Ada yang bawa puasa, sedekah, al Quran. Terputus pertalian antara kamu. Tiada bantuan lagi waktu tersebut. 

Ada orang yang dibangkit berjalan pakai muka. Aisyah bertanya nabi macam manq berjalan pakai muka. Semuanya Allah boleh buat. Ada dibangkit dalam keadaan pekat bisu tuli mata buta. Siapa berpaling dari ingat aku akan disempitkan kehidupan. Kami bangkitkan mereka dalam keadaan mata buta. Bagaimana nak dibangkit dalam keadaan mata buta ni. 

Surah Taha juzuk ke 16. Ayat ke 124-125 dan 126. Barang siapa berpaling dari peringatan kami dia akan jalani kehidupan sempit. Mereka akan dibangkit mereka dalam keadaan buta. Kenapa dibangkit dalam keadaan buta. Di dunia aku celik. Allah kata macam tu lah telah datang pada kami ayat kami pasal Mati, pasal mahsyar dan pasal Hari kiamat. Kau mengabaikan. Sekarang kamu akan diabaikan. 

Surah Fussilat muka surat 478 ayat 19-21. Ingat hari musuh Allah akan dibahagi dengan kumpulan mereka. Sehingga mereka sampai ke neraka kulit mereka jadi saksi atas apa yang mereka kerjakan. Mereka cakap kenapa kulit engkau jadi saksi. Kenapa kau cerita apa yang aku buat. Kulit kata yang menjadikan kami bercakap adalah Allah. Allah kata kamu tak dapat sembunyi dari apa yang kamu lakukan dari saksi. 

Yang terakhir Nabi sebut ada 7 kumpulan yang selamat. Siapa mereka yang kami payungi di hari akhirat di hari yang tiada payungan. Melainkan payungan Allah. Mereka adalah:

- Pemimpin yang adil melaksana tanggungjawab dengan enuh amanah. 
- Seorang anak muda lelaki atau perempuan yang dari mula Kehidupan dari muda hingga tua menjadi baik dan soleh. 
- Seorang lelaki yang mengingati Allah secara diam. Bangun malam, ingat Allah. Tidur ingat Allah. Bangun solat di malam sehingga Mengalir air mata. Allah akan jaga dia. 
- Lelaki kena pergi solat di masjid. Manakala orang perempuan yang hati sentiasa teringat dengan perkara kebaikan dan masjid. 
- 2 orang lelaki atau perempuan yang saling berkasih sayang bertemu dan berpisah kerana Allah. Jaga silaturrahim dengan sahabat. Orang yang disukai oleh orang lain. 
- Seorang lelaki yang diajak perempuan cantik untuk berzina. Dia berkata aku takut Allah. Orang yang menjaga kehormatan diri. 
- Orang yang lelaki atau perempuan yang bersedekah dengan tangan kanan tangan kiri tak tahu. Dia melakukan kebaikan dan sedekah dengan diam diam. 

Pesan ustaz supaya kita pergi ke masjid. Hati sentiasa terikat dengan rumah Allah. Insya Allah kita akan mendapat naungan di hari yang tiada naungan. Cukup setakat ini semoga apa yang saya kongsikan memberikan manafaat buat saya dan buat anda semua. Aameen. 


Sekarang kita masuk pula bab kue teow goreng yang simple sahaja tapi serious sangat sedap. Saya memasak dua kali kerana kue teow sedap dimakan ketika panas panas dan sedap jika dimasak sedikit sedikit. Kalau di kedai akan digoreng untuk sepinggan atau dua pinggan sekali goreng. 

Menggoreng kue teow ini lebih mudah dan bahan lebih simple berbanding dengan menggoreng mee atau mee hoon. Cuma kena dilebihkan garam kerana kue teow ini kan lebih tawar. 

Nak lagi sedap, masukkan isi kerang rebus yang dibuat sendiri. Jangan beli yang dah siap dikopek. Tak sedap dan berbau serta rasa hanyir. Apa lagi, ramai ramai pakat mencuba menggoreng sendiri kue teow ni. Jangan lupa klik iklan yang keluar di blog saya dan klik follow blog. Terima kasih. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.... 


Kue Teow Goreng

Bahan bahan:
450 gram kue teow
1 cawan udang
Isi kerang - saya tak letak
1 sudu besar bawang putih - kisar/cincang
1 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar kicap sos kue teow
¼ cawan minyak masak
1 sudu kecil garam 
1 sudu besar kicap pekat
3 biji telur

Bahan sayuran:
Daun kucai
Taugeh

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kisar sehingga terbit minyak. Masukkan air dan biarkan sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. Boleh ulang proses terbit minyak ini beberapa kali untuk memastikan cili benar benar masak. 

Masukkan udang dan kacau rata. Masukkan garam, kicap kue teow, kicap pekat dan kacau rata. Kacau sehingga udang hampir masak. Biarkan sedikit berkuah. 

Masukkan kue teow, daun kucai dan taugeh. Besarkan api dan kacau rata. 



Masukkan telur dan kacau sehingga telur masak. 



Boleh lah tutup api. Sedia untuk dihidangkan.



Nota:
Kue teow diasingkan selapis selapis supaya cantik dan bergaul rata.

Lebih sedap jika ada isi kerang rebus.

Jika tak ada kicap kue teow, boleh gantikan dengan menggunakan kicap manis. sos ikan dan sos tiram.


1 ulasan for "Kue Teow Goreng Sedap Di Hari Kemerdekaan"

  1. selain resepi kueteow, terima kasih juga untuk perkongsian di atasnya

    BalasPadam